Saturday, May 16, 2009
Kota Gereja, Patung & Salib..
Friday, May 15, 2009
Menado: Perjalanan Dalam Laut..
MAKASSAR, KOMPAS.com — Sebanyak tiga satuan setingkat kompi (SSK/100 personel) polisi bertugas mengamankan kumjungan Perdana Menteri Malaysia Mohammad Najib Tun Abdul Razak yang tiba di Makassar, Jumat. "Kunjungan sehari PM Malaysia melibatkan pengamanan sebanyak tiga SSK atau sekitar 300 orang," ujar Kabid Humas Polda Sulselbar Kombes Pol Hery Subiansauri di Makassar, Jumat.
Pengamanan terhadap PM Malaysia dalam menyambut keturunan Raja Gowa Ke-19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenangari Lakiung, ini menggunakan pola terbuka serta pola tertutup. "Pengamanan yang digunakan yakni pola terbuka dan tertutup," katanya.
Agenda utama PM Malaysia selama di Sulsel yakni diterima secara adat Kerajaan Gowa oleh 30 pasukan berkuda, 30 orang atraksi gandrang bulo (penari gendang), dan mengunjungi makam Raja Gowa. PM Malaysia dijemput oleh Gubernur Sulsel Syahrul Yasin Limpo, Bupati Gowa H Ichsan Yasin Limpo, Muspida, keluarga Kerajaan Gowa, serta undangan lainnya dengan memakai pakaian adat kerajaan.
Selain mengunjungi makam Sultan Hasanuddin yang diterima dengan prajurit kerajaan, tokoh masyarakat dengan menggunakan payung putih (lallung), PM Malaysia juga melakukan penanaman pohon di halaman rumah jabatan bupati Gowa serta peresmian Jalan Tun Abdul Razak yang sebelumnya adalah Jalan Aroepala atau jalan lingkar Hertasning Baru.
Apakah benar Datuk Seri Nagib berketurunan Bugis? Sekian catatan perjalanan untuk kali ini. Perjalanan diteruskan..Gunakan Filem Untuk Pendidikan.
“SEBELUM ni saya tak solat, tapi lepas tengok filem Syurga Cinta saya solat kerana takut masuk Neraka,” akui pelakon cilik Muhamad Hadziq Hazem atau Hadziq, 9.
Begitu besarnya moral yang diambil oleh Hadziq selepas berlakon dan menonton filem arahan pengarah terkenal Ahmad Idham itu.
Ternyata filem ini memang sarat dengan pengajaran yang secara tidak langsung mampu membentuk fikiran kanak-kanak seperti Hadziq untuk menilai mana yang baik dan buruk.
Misalnya, gambaran Api Neraka yang dipaparkan dalam filem ini boleh menyampaikan mesej kepada mereka agar jangan tinggal solat dan melakukan perkara yang dilarang jika tidak mahu dihumban dan merasa hangatnya bahang Api Neraka.
Filem Syurga Cinta turut dilakonkan oleh Awal Ashaari, Heliza, Mustapha Kamal, Dian P. Ramlee, Hisham Ahmad Tajuddin, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam dan Wazata Zain.
Filem terbitan MIG ini mengisahkan Irham (Awal Ashaari), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham.
Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal mencabar Irham memikat gadis bertudung, Syuhadah kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal (Hadziq).
Ikmal seorang budak berusia 8 tahun yang nakal tetapi cerdik dan petah apabila bercakap. Penuh dengan idea-idea yang bernas yang dipengaruhi dari kaca televisyen.
Ikmal bukan sahaja seorang budak yang mendengar kata gurunya malah kedua orang tuanya. Dia bersikap penyayang dan suka memerhati serta meletakkan guru agamanya sebagai sumber ilmu bagi pelajaran agama.
Hadziq semakin terkenal selepas muncul dalam program TV Tom Tom Bak yang disiarkan di Astro Ria.
Namun dia tidak merasakan dirinya sudah cukup glamour memandangkan dia baru berlakon sebuah filem dan hanya muncul di program Tom Tom Bak bersama pengacara terkenal Aznil Hj. Nawawi.
“Tetapi, di sekolah saya mempunyai ramai kawan kerana mereka suka saya mengajar mereka berlakon,” beritahunya yang tidak segan mengaku mempunyai seorang 'teman wanita' bernama Athirah Jane di sekolahnya.
Telatahnya yang spontan dan bersahaja membuahkan perasaan lucu di hati sesiapa yang melihat Haziq sama ada di dalam mahupun di luar tabir.
Misalnya dalam filem Syurga Cinta, lakonannya yang bersahaja itu menarik perhatian penonton untuk terus menyaksikan filem ini ke penghujungnya.
Ditanya tentang dialog dan aksi yang ditonjolkan dalam filem itu, Hadziq berkata kadangkala dia akan mengikut skrip yang dibaca dan adakalanya ia keluar dengan spontan.
“Saya akan menggunakan skrip yang diberikan dan adakalanya saya buat skrip sendiri.
“Kadangkala, saya cuba-cuba juga menolong Kak Heliza dan Abang Awal menghayati watak mereka.
“Tetapi apabila Abang Awal juga ada menolong saya buat apa yang Uncle Idham suka. Contohnya semasa babak saya perlu mengawal ‘remote control’ kereta.
“Saya perlu habiskan masa selama dua hari untuk belajar supaya pandai mengawal alat itu hingga ia nak rosak.
“Saya suka Abang Awal sebab dia selalu menolong saya dan suka buat kelakar. Saya rasa cerita ini dah hancur kalau Abang Awal tiada,” katanya yang bijak berkata-kata.
Kata anak sulung dari tiga beradik ini, dia ingin berlakon lagi jika diberikan tawaran .
Apabila dewasa, Hadziq berkata dia bercita-cita hendak bergelar seorang angkasawan seperti Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan jika ada masa terluang hendak mengikut jejak produser David Teo.
Saksikan gelagat nakal dan lucu Hadziq dalam filem Syurga Cinta di pawagam mulai 21 Mei ini!
Komen Ibnu Hasyim: Kalau betul apa yang diceritakan, bermakna filem ini termasuk filem yang baik, mempunyai matlamat baik, menghasilkan kesan yang baik yang amat digalakkan oleh semua agama. Ingat tak, tok guru Nik Aziz pun pernah memuji sebauh filem kanak-kanak dari negara Iran? Ya, kepada pengusaha-pengusaha filem, sila gunakan filem-filem untuk tujuan pendidikan dan membangunkan moral dn memotivasikan rakyat. (AK)
Thursday, May 14, 2009
Gebang-gebang Blogger -Ibnu Hasyim/SanggahTokSago
Khamis, 2009 Mei 14
"Gebang-Gebang Blogger" bincang cara telus isu-isu semasa!
Beliau pula asyik terbang ke luar negara atas urusan kerjanya. Kadang-kadang dijadikannya aktiviti pengembaraan sahaja. Dulu hampir sebulan berada di Indonesia. Kemudian di Kemboja. Lepas itu ke Thailand.
Semalam katanya, akan berangkat ke Indonesia jauh ke selatan hampir dengan kepulauan Fiji. Lepas itu nak ke Filipina.
Jadi kesempatan semalam, membincangkan beberapa perkara lama yang diperkasakan semula. Beliua juga turut menaikan motivasi saya dalam dunia kewartawanan dan penulisan blog. Saya tidak pernah lupa, Dr Mohd Hasyim adalah orang yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik pertama saya.
Bermula dari situlah, minat saya membara menulis dan menulis khususnya dalam kampung politik tanahairku. Semalam, kami bersetuju untuk menganjurkan "Gebang-Gebang Blogger" - suatu program sesi cakap-cakap yang menampilkan dua atau tiga blogger bagi mengupas tajuk atau isu yang diangkat.
Barangkali isu "Matinya Demokrasi Di Perak" atau "Mengapa BN takut Pilihan Raya Di Perak?" sesuai untuk diperkatakan dengan mengundang blogger Penarik Beca, Ibnu Hasyim dan Detikdaily. Sementara Sanggahtoksago menjadi moderatornya. Blogger-blogger lain juga akan diundang dari masa ke semasa. Saya sedang merancang aktiviti ini dan akan dimaklumkan kemudian.
Jadikan 13 Mei Hari Bersejarah –Nik Abdul Azizi
MENURUT laporan agensi berita Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mahu kerajaan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu hari bersejarah yang diingati setiap tahun supaya tragedi hitam berhubung isu perkauman itu tidak berulang.
Katanya peristiwa yang berlaku 39 tahun lalu itu perlu dijadikan iktibar oleh generasi akan datang untuk mengelakkan peristiwa yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat berbilang kaum di negara ini. "Sambutan bagi mengingati Peristiwa 13 Mei bukannya berasaskan agenda tertentu sebaliknya sebagai peringatan atau pedoman kepada masyarakat untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya kepada pemberita semalam
Nik Aziz berkata rakyat sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah hitam itu dengan meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengulangi peristiwa sedemikian. "Jangan sesekali bangkitkan masalah bangsa kerana keadaan ini akan menyebabkan timbul perasaan cemburu kaum lain sehingga menyebabkan orang Melayu dihina," katanya.
Sehubungan itu, Nik Aziz mengajak masyarakat negara memilih sistem Islam sebagai cara hidup iaitu titik perpaduan yang dianjurkan Nabi Muhammad S.A.W. yang bukan sahaja boleh diamalkan orang Melayu tetapi juga kaum lain. (Sumber Detikdaily dll 2MA).
Konsep 1 Malaysia, Ceduk Dari PAS -Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU, 13 Mei Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sama sekali tidak bersetuju cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno. Beliau berkata, PAS sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana penipuan yang dilakukan semasa PAS berada dalam kerajaan Perikatan pada 1974.
"Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan… Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978… Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno, apa jaminan Umno tidak akan menendang kami keluar lagi," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan Sejagat 13 Mei 2009 di Kota Darulnaim, hari ini.
Beliau sekali lagi mengulangi analoginya diibarat PAS menolak kereta lama Umno-BN, setelah enjin kereta itu hidup, kereta itu berjalan meninggalkan PAS di belakang yang sudah terpalit asap dan lumpur. Mengenai Deklarasi Perpaduan Nasional yang baru dicetusnya, beliau berkata PAS ada penawarnya bagi menjalin hubungan dengan Umno dengan syarat dasar parti itu ditukar daripada kebangsaan kepada Islam.
"Sekiranya Umno menukar dasarnya dengan persetujuan daripada cawangan dan negeri-negeri kepada Islam maka PAS akan menyokong.. Tidak ada sebab kita hendak melawan dasar dan perjuangan Islam. Kami melawan sekarang kerana Umno membawa jalan sesat," katanya.
Beliau juga berkata, Umnolah punca kekalutan dalam politik di negara ini kerana mereka hanya mementingkan bangsa, sedangkan Islam milik sejagat. Menyentuh suasana politik di Perak yang semakin kalut katanya, biarlah rakyat yang menjadi hakim bagi memilih seseorang Menteri Besar. Namun katanya kini sudah terbalik pula apabila mahkamah yang menjadi hakim memilih ketua kerajaan. "Saya hairan di Malaysia nampaknya ada pihak-pihak tertentu yang menjadi dalang kepada wujudnya suasana kalut ini," ujar beliau.
Logo di atas merupakan logo rasmi kempen keahlian "jom sertai PAS". Gambar 3 orang dengan warna merah, ungu dan jingga melambangkan pelawaan PAS kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama-sama dengan PAS. Moto kempen, ialah "jom sertai pas", merupakan kesinambungan daripada tema muktamar yang lepas iaitu "Pas untuk Semua".
Ditanya mengenai konsep '1 Malaysian' yang diuar-uarkan Perdana Menteri sekarang katanya, BN hanya mencedok apa yang telah dilaksanakan PAS. Menurutnya PAS membawa dasar perjuangan Islam sehingga masyarakat Cina dan India sudah menerima konsep tersebut seperti yang berlaku di Kelantan sekarang.
"Di Kelantan, kita ada wakil masyarakat bukan Melayu dalam kerajaan bagi menghubungkan mereka dengan bukan kaum Islam," ujarnya. Sementara itu, seorang usahawan Kenny Chua, 53 berkata, keluarganya mendapat perlindungan di kediaman Menteri Besar Kelantan, Dato' Asri Muda semasa berlaku peristiwa 13 Mei 1969. Menurut beliau, bapanya Chua Say Paw pernah memberitahu PAS satu hari nanti akan berjaya memerintah Kelantan sekiranya mereka mengambil berat masyarakat bukan Islam seperti yang berlaku sekarang. (2MA).