Monday, May 11, 2009

Berterima Kasih Pada Penzalim Membebas, Sedangkan Patut Didakwa Ketika Menangkap?

P. Utahayakumar ketika dibebaskan dari tahanan di bawah Akta ISA.

BY Asyok Kumar


"SAYA setuju dengan Uthayakumar bahawa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana penahanannya itu sebenarnya tidak perlu," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang seperti menurut Bernama hari ini.


Sementara di KL, kerajaan tidak mengharapkan atau menagih ucapan terima kasih daripada pemimpin pertubuhan Hindraf P. Uthayakumar yang dibebaskan semalam dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. "Memang kita tak mengharapkan dia berterima kasih, kita pun tahu dia degil, mengoyakkan bajunya sebelum dibebaskan, dan fitnah macam-macam," katanya sebagai mengulas kenyataan Uthayakumar yang tidak akan berterima kasih kepada kerajaan zalim yang membebasnya.


Namun Menteri Dalam Negeri itu memberi amaran, "Saya nak ingatkan dia bahawa dia kini adalah rakyat biasa, bebas dari ISA tidak bermakna dia ada imuniti kepada undang-undang lain," kata Hishammuddin dalam satu kenyataan. Hishammuddin berkata, segala yang dianggap tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Uthayakumar akan dibuktikan serta tindakan tegas akan dikenakan terhadap Uthayakumar, sekiranya melanggar undang-undang sepertimana yang dilakukan orang biasa lain. " katanya seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.


Seramai 13 tahanan ISA yang ditahan sejak Dis 2007 dibebaskan semalam termasuk dua pemimpin Hindraf yang lain iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah M. Manoharan, dan K. Vasantha Kumar. “Adakah layak berterima kasih pada penzalim yang membebaskan tahanan sedangkan sepatutnya mereka (BN) perlu didakwa dan dikutuk ketika menangkap?” tanya Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang sewaktu dihubungi petang tadi.


“Kerana tak mahu terima kasih, mereka memberi amaran dan mengugut rakyat yang dizalimi itu pula? Kenapa muka tak malu sangat??” Tempelak Hj Mohd Hasyim yang juga editor Blog Ibnu Hasyim. (AK)

4 comments:

sheikh teluk intan said...

Hang nak jadi burung hantu ke Mat. Tak tidur lagi. Hang nak tulis sampai ubuh ke?

Anonymous said...

pelik.yang dah lama dan satu bangsa dan ugama tak di bebas oleh pak din,

Ibnu Hasyim said...

Sheikh...

Hang kena baca sajak Prof Dr Hamka yang berjudul... 'Bangunlah Tengah Malam'.

Anonymous said...

Sokong Pak Ibnu..

Huud. Huud. Huud..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails