KETIKA berita pernikahan rahsia mereka masih hangat diperkatakan, kini muncul pula satu lagi kontroversi panas, kononnya Wawa Zainal masih tunangan orang ketika berkahwin dengan Aeril Zafrel.
BPop hari ini melaporkan, Wawa didakwa berkahwin dengan Aeril tanpa memutuskan terlebih dahulu ikatan pertunangannya dengan Abdul Rashid @ Johari Hambali yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah.
Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dikatakan bertunang dengan lelaki dari Lahad Datu, Sabah itu pada 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents. Menurut Abdul Rashid yang dipetik dari BPop, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa.
Majlis pertunangan berlangsung di Lahad Datu, yang dibuat antara keluarga sahaja tanpa kehadiran mereka berdua. Dikatakan kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet, dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak didedahkan di akhbar minggu lalu.
Menurut Abdul Rashid lagi, Wawa juga ada menghubunginya selepas berita mengenai dirinya mendapat liputan meluas media.
"Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi, inilah risiko bertunang dengan seorang artis.
“Tapi Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang.
"Bagaimanapun, saya tidak mempu menutup mulut orang terutama di kalangan keluarga yang mengetahui kami masih ada ikatan pertunangan," antara kata-kata Abdul Rashid yang dipetik dari BPop.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di luar dari benar tidaknya berita ini, perlu diketahui, mengorat tunang orang adalah salah. Bagaimana pula kahwin dengan tunang orang?
Ust Azhar Idrus- Mengorat Tunang Orang | Minum Celup Jari & Santau
Lihat sebelum ini..
Lihat sebelum ini..
4 comments:
org tu da kahwin & ada anak dah pon....kalau tak puas hati pon tak perlu sampai nak sebar kepada umum...ckp la berbincang antara dua pihak sebab benda macam ni da kira mengaib kan org....bkn kah kita perlu menjaga aib org lain....lg pon tak berkenan sgt la dgn wartawan bpop tu????agak2 nya apa hukum bekerja dan hasil pendapatan dgn menjaja hidup peribadi & buka aib org ye???
Salam penulis,
1)Setahu saya, berkahwin dengan bini orang yang salah, bukan berkahwin dengan tunang orang..
2)Wawa merahsiakannya pasti sudah kerana bersebab..dah la pulak dia muda lagi..bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga..ini la sebabnya bertunang paksa..tanpa persetujuan tuan badan...
3)Kes ini kalau bukan artis, xde kecoh mana pun, sebab artis la saja wartawan nak buat kecoh..kan seronok..
4)Jangan nanti dikategorikan manusia makan daging kawan sendiri sudah..
wassalam..
salam andi_husin. hukumnya haram pinang tunang orang. kecuali dah putus atau tunang(lelaki) tersebut memberi izin. tapi hanya haram bila laki2 tersebut tahu bahwa tu tunang orang. so kalau x tau laki tu x salah tapi perempuan yang terima tunang tu ttp salah. x tau la sah ke x kahwin pasal hukum perempuan tu terima pinangan lain tanpa putusnya tunang atau izin tunang yg pertama adalah haram sebab dia x bagi tau lelaki tersebut bahwa dia dah bertunang dan pinangan nya itu harusnya haram.
Terima kasih Anon 2:38pm,
Kerana memberikan nasihat kepada saya..Saya sudah merujuk kepada beberapa hukum dan semua mengatakan adaalah haram hukumnya menikah dengan tunangan orang..
Namun dosa itu berlaku bukanlah kerana nikah itu tidak sah dan mereka berzina, tetapi dosa terhasil disebabkan kerana perlakuan mereka mengeruhkan dan memutuskan tali silaturrahim antara sesama manusia apatah lagi keluarga mereka dan sesama mereka.
Kesimpulannya, bukanlah hukuman yang patut diberikan, akan tetapi jalan penyelesaianyan supaya ia dapat ditiadakan pada masyarakat kita..
Post a Comment