Tuesday, July 23, 2013

P/Islam Ratu Cantik M'sia: Teruskan Perjuangan Wakili Melayu

Peserta Islam nekad tanding ratu cantik  
Wafa Johanna De Korte (kiri) dan Amelia Bernard.

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan
Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.
“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.

Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.(BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini. Mereka juga orang perjuangan, “Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.

Itulah perjuangan kaumiah, jahiliah asobiah yang sesat.  Perjuangan menaikkan nama bangsa dengan memijak agama itu, yang lebih patut diharamkan. Ibarat cicak terapit di balik pintu, Kalau kepalanya sudah penyet tersepit, apa nak hairankan kodek ekornya, yang sudah bercerai dari badan. Berkodeklah bagaimana pun, ianya sudah tiada apa-apa lagi.

7 comments:

Anonymous said...

Dakwa mereka seperti dua cina bakuteh tu. Ini dah kira menghina juga ni.

Anonymous said...

Kesian dia, kesian penganjur, kesian penguasa ! Mudah mudahan insaf sebelum terlambat.

Anonymous said...

Kesian mak ayah dia juga.

armorphism said...

aku setuju...tapi ada pendapat yang kita kena lebih berlunak dengan sesama muslim...dalam Al Quran tu ..dalam hadis ada jugak..Sayyidina Umar pun begitu...ko tak hingin ke mengoteikan si wafa kotei tu?...bila dah jadi bini ler...hahahaha

Anonymous said...

kita sama-sama tengok apa JAKIM nak buat nanti.....

SentiasaPanas said...

Ini la padahnya bila agama tidak lagi dihormati dan dipolitikkan..

Anonymous said...

Double standard la kalau kejaan mehukom minah ratu dua ekog ni nak btelanjang, padahal bebudak main sokan btelanjang tadak apa apa pon

Kalau acara sokan gimnas tak kira tok aji ka tok lebai ka mentri ka sepak kretaeh ka terjolor bijik mata congok depan TV, bukan nak tengok sokan sangat, bijik mata tak bekelip dok kira berapa inci, meleleh ayag liog.

Di Bukit Keluang Besut Trangganu, ada couple main sana, awat tak hukom ikut iselam? Ada ka pulak depa suroh bayag 2900 bebas. Awat Nabi mana tunjok suroh kutip 2900 ka. Agak agak berapa dirham?

Ni minah ni baru belajag nak btelanjang dok kira nak hukom,

Ini minah kalu bawak 2900 bukan kata btelanjang, langsong buleh main di Bukit Keluang

Bukit Keluang di mana ya?
Malaysia, sebahagian drp Negara Islam ala MAHATHIR

Oh Tanah Ayer Ku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails