Wednesday, July 24, 2013

Beratur Ambil Duit Selepas Mengundi?



Pandangan dari jauh kelihatan orang ramai beratur di perkarangan sebuah rumah.

KUALA BESUT: Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian.

Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi.

Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera".

Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit.

"Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau. (Hrkh)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails