Buat pertama kalinya MJ nak makan di Tutti Frutti ni, wahhh teruja sangat tau,
kami pilih hari Selasa sebab Tuesday is for Ladies :--)
Ladies yang membeli Tutti Frutti ni akan dapat less 15%..
Banyak tau 15% ni compare dengan harga dia yang agak mahal sikit tu :-)
Dah alang-alang offismate nak belanja kat sini apalagi laju je angguk tanda setuju tau,
peluang tu, bukan selalu leh dapat..heheee (pantang diajak mau je kejenya.. hua hua hua )
Jadi takut tak kenyang makan Tutti Frutti ni kami lunch dulu kat Mekdi..
Atas tu la set MJ, ambik set naget je, at least takler kenyang terlampau kan..
(FYI, Mekdi tu guna duit masing-masing)
Kami cepat-cepat makan pastu terus terjah kedai ni..
1st masuk agak jakun sikit, serba tak kena jadinya.
Tengok orang ambik dah tau cara MJ apa lagi terus mencuba lah.. :-)
Punya syok dok tekan perasa nu sikit perasa ni sikit tengok-tengok alamak!!!
Penuh 1 cup dah rupanya..heheee
Masa ni nak bubuh hiasan atas yogurt aiskrim tu..
2 cup syer per couple..
Yang belanja yang sebelah kiri tu, dan kalau korang nak tau dia jugaklah yang buat
kek angry bird dalam entry MJ semalam tu... :-)
Lepas dah bubuh yogurt aiskrim tu kita boleh tambah hiasan mengikut kesukaan,
antara yang ada kat situ masa tu ialah... :-
Buah-buahan
Dan ni segala jenis toping macam coklat rice, cornflakes, coklat M&M's dan macam-macam lah :-0
Ha yang ni kami punya okeyh.. :-0
Ok standby nak p bayaq, tak sabar nak tau berapa RM yang kami bakal kena.. :-)
Oh ya kalau korang yang tak pernah p dan ada planning nak p,
better p hari Selasa sebab ada less, hari lain ketaq la tangan nak bayaq :-)
Dan 1 lagi untuk student, bawak je kad matrik, dapat gak less 10 % tau..
Dan nilah Yogurt kami, bila dah sampai ofis dah nak mencair,
nak makan kat situ masa lak mencemburui kami,
almaklumla nak rush dalam masa 1 jam lunch break mana nak sempat kan :-0
Yogurt ni bukan sahaja sedap dimakan tapi ianya jugak berkhasiat tau..
Oh ya, Yogurt Aiskrim kami berharga..
***
***
RM17++,
setelah ditolak diskaun 15% tinggal
RM 14++
Lain kali MJ nak p makan kena tunggu dapat gaji @ dapat bonus @ dapat duit kutu ke, saja-saja nak p makan pakai tak sampailah...heheee
Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)