Kesian dengan adik lelaki MJ, dah seminggu demam tak juga kebah, kelmarin dah ambil ujian darah dan Doktor suspected Denggi.. Pelbagai cara dan petua kami cuba tapi demam tak juga turun.. Adik MJ ni takdakla pulak timbul ruam2 di badan cuma demam dan sakit kepala je.
Ni masa celebrate besday dia tahun lepas :)
Nak kata demam biasa, kami dah 'jelum' kepala dia dengan daun bunga raya putih+daun bunga melur tapi tak juga kebah, Air cap badak pun dah berbotol minum, 100plus pun dah minum, nak masak sup ketam ada yang cakap untuk denggi tak sesuai, takut makin teruk, kalau demam biasa bolehla minum sup ketam tu.
Dan yang terbaru petua suruh mandi dengan daun kekabu, semalam dah bagi mandi, pagi tadi sekali lagi adik MJ ke hospital untuk ambil darah, harap semuanya ok.. Aminnn
Ada pesanan suruh minum air sebanyak mungkin, biar kencing berkali-kali takpe bagus untuk proses pemulihan dan ada juga suruh minum air asam jawa bubuh gula bagi manis dan minum selagi mampu. Korang ada petua lain yang boleh dicuba tak?
Doakan semoga adik MJ dan anak menakan MJ cepat sembuh ye... Aminnnn