Lepas melawat tok MJ di Hospital P.Pinang (suspect jantung tapi alhamdulillah takdak apa-apa) kami terus singgah Padang Kota pekena Mee Sotong dengan Coconut Shake. My Mum tak pernah lagi makan di situ jadi dah alang-alang kan..
Syok kalau p makan masa hari cuti Wesak semalam sebabnya tak ramai orang dan tak payah nak 'berebut' bagai. Boleh makan dengan tenang, kalau hari lain (Isnin-Jumaat) konpem ramai orang.
Mee Goreng Sotong yang sedap!
Mee Rebus, adik MJ cakap tak sedap, kuahnya tak best. MJ tak pernah makan sebab selalunya Mee Goreng je jadi pilihan.
Ais Kacang walaupun tak setinggi macam tempat lain, tapi memang sedap secukup rasa
Dan seperti biasa Coconut Shake selalu menjadi pilihan dihati