Seyes cakap MJ memang fail bab nak 'bermain' dengan coding html ni, dah puas godek, dah puas mencuba tapi tak berjaya jugak..huhu.. Dah naik frust dan sedih sebab diri tak pandai 'coding' untuk blog sendiri.. :(
Tanpa segan silu MJ nak minta bantuan pada yang pakar sesiapa yang pandai bab coding2 ni untuk membantu MJ, bak kata pepatah 'Malu bertanya sesat jalan'.
Ni MJ ambik pada hari Jumaat lepas, kalau hari ni, dah makin bertambah..
Ini kat sidebar di bawah tajuk jumpa di event Denaihati, kebanyakan jadi macam ni yang ada hosting sendiri macam PuanBee, Denaihati, Kak Siti, AriffSyah dan lain2 MJ tak masukkan sebab semuanya menunjukkan entry yang dah berkurun...
..Ada yang tak berupdate tapi realitinya bila klik kat blog tersebut ada je entry terbaru yang berupdate...huhuu.
MJ segan dah nak mintak tolong dengan Bee sebab blog MJ ni pun Bee yang buatkan, tapi ada gak roger tanya kenapa dan Bee cakap kena update RSS, so dengan menggunakan kepakaran yang memang tak pakar ni, try godek google dan cuba coding, tapi takkkkkkkk berjaya...huhuuu.. :(
Ada sesiapa yang tau tak camne nak update RSS ni atau nak tolong MJ update kan..heheee.
Kalau korang perasan semalam kan MJ dok nanges sedih pasal entry yang terDELETEtu kan, dan MJ tanya camne nak dapatkan balik kalau kita dah delete tu kan..
1st of all, million thanks to my frenz ZURA ||Nafira|| kerana sudi membantu MJ, siap bagi link lagi :)
Dan terima kasih pada TEKNIK BUAT BLOG sebab membantu MJ ye..
MJ dah pun mencuba, semalam dok try buat dan rupanya tanpa kita sedari rupanya kita tau cuma kekadang kita ni terlupa dan tak perasan kan :)
Ni contoh entry percubaan dari MJ dan selepas tu MJ klik DELETE
Dan untuk mendapatkan semula entry yang kita TERDELETE tu,
klik CTRL H atau VIEW - HISTORY
carilah post tersebut seperti contoh di bawah
Kemudian kita COPY lah entry tersebut dan PASTE ke NEW POST, makanya ia akan ada kembali tanpa kita perlu menaip semula satu persatu..
Mudah kan.. :) Tapi MJ mintak maaf kalau ini bukan cara sebenar, dan manalah tahu kan kalau ada cara lain yang lebih sempurna, sudi-sudilah syer ye :-) Bagi MJ cara ni pun dah ok, sebab takyah serabut2 nak fikir untuk menaip semula entry baru, betul tak? :)
Alhamdulillah Contest Gadget Impian anjuran Bro DenaiHati dah melabuhkan tirainya semalam. Seramai 103 peserta bersaing untuk menempatkan diri dalam Top 10 termasuklah dengan MJ. Memang persaingan sengit apatah lagi kena bersaing dengan blogger-blogger OTAI dan terkenal nieh, tapi adat pertandingan lah ada kalah dan ada yang menang.
Tapi untuk MJ tercalon dalam TOP 10 tu macam sukar je, heheee :) Markah dikira berdasarkan jumlah LIKE FB, TWEET, GOOGLE +1 dan KOMEN yang menyumbang sebanyak 25% setiap satu.
Bila join CONTEST ni MJ dapat pelajari banyak perkara terutama TOLONG MENOLONG sesama rakan peserta yang lain. Walau kita tak menang tapi kita dapat bantu kawan-kawan lain mengejar impian masing-masing, seperti matlamat CONTEST ini adalah 'HADIAH bukan keutamaan yang penting ILMU yang kita perolehi.
Masa MJ melawat peserta-peserta lain, perkara pertama MJ teruja tengok JUMLAH LIKE yang diterima mereka, ada yang mencecah ribu riban, MJ sendiri nak cecah ratus pun nanges. Memang tak tau langsung cara untuk dapatkan LIKE terbanyak macam tu. Dan bila CONTEST ni tamat, ada blogger OTAI yang sudi berkongsi bagaimana cara beliau mendapatkan jumlah LIKE tersebut..
TERIMA KASIH Kak Yan sebab sudi berkongsi, lepas ni dah tau cara la dan boleh praktis..
Kawan-Kawan kalau yang tak tau macam MJ ni jugak dan nak belajar jom terjah tip yang diberi oleh blogger otai tersebut di CARA MENDAPATKAN LIKE di FACEBOOK
p/s : Kalau MJ tau masa contest ni berlangsung pasti akan mencuba tip yang diberi, tapi takpelah kalau memang ada rezeki untuk MJ dapatlah menggapai Gadget Impian tersebut :-)
Kini tugasku sebagai seorang Pelajar telah bermula sebaik sahaja menerima kotak bungkusan ni.
So telah bertekad untuk Tahun Ke-3 ni, takmau lagi main2..wahahaa
(setiap tahun masuk belajar je niat cenggini lah, semangat pada awalnya je, pehtu hampeh)
Seyes kali nie memang bertekad betul2, sedih wooo bila keluaq result tak dapat Dekan
(Dulu masa study full time Diploma, boleh je setiap Sem dekan, tapi kali nie sekali pun tak dapat lagi...huhuuu)
Maybe tu kot beza study full time dengan Distance Learning nie,
banyak cabaran maaa.. tapi orang lain boleh nape plak MJ tak boleh kan...
..Kena tepis banyak dugaan, so kena kurangkan aktiviti yang tak sepatutnya untuk lebihkan
pemahaman dengan pelajaran baru nie..
Adoila bila tengok modul2 yang tebal2 + berlambak2 camni terus kepala jadi berat...
Korang ada tip tak camne nak buang perangai
M.A.L.A.S nieh?????
3 buku tebal yang harus dikhatamkan...
Sapa sudi nak tolong jadi translater :-)
p/s : Semangat nak study memang ada, rasa cam nakkkk je baca dulu buku2 nie sebelum kelas bermula.. Harap azam kali nie menjadi, mana tahun untuk Tahun 3 MJ dapat Dekan.. Wowwww!!!! kena skor 4 flet untuk semua subjek la jawabnya....heheeee
Tajuk bikin gempak ke??? heheee takdela sebenarnya nak luah perasaan yang terpendam nie.. Sebab MJ tengah hadapinya sekarang nie, dari dok pendam sorang2 baik luahkan kan??? Mana tau korang yang sudi singgah dan baca nie leh tolong kan...
Korang jelas tak gambaq diatas?? Nie antara beberapa blog yang sempat MJ terjah pagi tadi..
Line atas tu widget follower hilang, bukan hanya tiga blog ni je tau, malahan kesemua blog yang MJ singgah termasuklah blog MJ sendiri widget folower kosong, jadinya MJ takkan tau siapa folower terbaru blog MJ melainkan bila balik ke rumah on lappy baru dapat tengok..
p/s : Widget Folower nie dari dulu lagi memang kosong, dan takpenahnya muncul2... sobsob..Dashboard pun kosong tak baik2.. Dah frust rasanya....
Dan masalah nie jugak membuatkan aktiviti untuk join apa2 GA terbaru terbatas, yela camne nak
join sebab masa tu tak leh nak follow blog kan. MJ dah banyak hutang tag untuk GA nie
tau..huhuhuhuu, terima kasih pada yang sudi tag MJ ye :)
Line bawah sebelah kiri, dari semalam lagi bila MJ bukak je page jadi kosong, tunggu berejam pun takde pape camtu gak, sebelum nie ok je.. Wahai Dni - Myra tak dapat nak baca blog Dni lah, jadi entry terbaru tak dapat nak terjah..huwaaaaa :(
Sebelah kanan pulak MJ takleh tinggalkan komen, tekan submit 5-6kali pun takleh, langsung tak lepas, bila baca entry lain, kat bahagian komen tu akan tertinggal ayat yang sama.. hal nie terjadi kat blog Mrs Fiza. Tapi kalau komen kat blog PuanBee ngan KakYong boleh pulak, itu yang pelik tue..
Kesimpulannya disini yang MJ boleh buat, masa kerja jangan dok berblog, buat kerja saja, jangan curi tulang... hahahaahhaa.. :) Tapi kalau ada antara korang boleh tolong sangatlah dialu-alukan..
Tutorial nie sebenarnya MJ buat khas buat akak Nora Shahaira, sebab MJ ada baca dalam entry akak menanyakan bgaimana nak detect komen2 yang diterima untuk entry2 lama..
Nie MJ amik dari entry akak Nora pasal hal nie.. Maaf ye kak:)
MJ pun sebenarnya dalam proses belajar jugak, jd dari apa yg MJ tau nak gak syer pada mereka yg tak tau kan, Sharing is caring right..heheee...
Pada yg mahir, kalau MJ salah harap tegur ye..:)
Takpe kak, MJ ikhlas nie tolong akak:)
Ok,nie MJ bagi step2 nya ye..
Mula2 klik Dashboard - Settings
Akan keluaq view cenggini..
Klik dekat Comments
Blog MJ hanya untuk registered Users Only...
So En/Cik Anon tak dapat bersuara dalam entry MJ..:)
Terus kebawah dan cari tajuk
Comment Moderation
Klik Always, jadi setiap komen yang diterima akan kita baca dulu sebelum di 'publish'
Akhir sekali klik SAVE
kepada kak Nora, kalau ada yang tak berapa jelas leh gitau MJ ye..:)
MJ memang peminat no 1 kerabu pelam nie.. Kalau p kedai ternampak je makanan nie memang amik punya, tak pikiaq panjang dah, kalau boleh biaq penuh sepinggan, tp takleh la kan kena gak pikiaq orang lain sama :) Kang ada orang belakang yang mencebik..heheee..
Kalau p market ke p mana2 ke nmpak je buah pelam ni mesti dok terbayang kesedapan dan keenakannya.. :) Fuhhh pasti meleleh air liur kalau dapat pulak pelam yang masam gitu...hehee
Nie MJ baru buat semalam.. ;)
Takde pelam masak, semua baru lahir (pelam muda)
Baru2 nie en hubby bawak balik buah pelam muda, mencicah sudah, so masih ada baki kan, dari dok terperam je dalam fridge tu apa lg kan, dari terbiar busuk gitu baik kita buat sesuatu..
Lagipun dah lama rasanya tak makan kerabu nie (rasanya dah seminggu), tgk dlm fridge lengkap bahan semua, ha jadi terus.. :)
Sapa minat sama ngan MJ kat sini, ha baik ngaku cepat...heheee..
Nak buatnya senang je proses ha, simple, mudah dan yang pastinya sedap...:)
Ok jom layan resipi mudah versi MJ :)
Bahan-bahannya:-
Buah Mempelam (pastinya)
Carrot (sekadar penyeri)
2 ulas Bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (diketuk)
Kacang panjang (jika ada)
Bunga kantan (jika perlu)
Kacang tanah (ditumbuk)
Cabai Melaka (ikut pedas)
Belacan - 1-2cm
Udang kering
Garam dan Gula
Dah siap potong, tinggal nak gaul je:)
Cara Membuat:
Potong @ sagat buah pelam dan carrot, hiris bawang merah dan cabai melaka, kalau nak boh bunga kantan potong2 kecik dan masukkan je, blender belacan + udang kering (nak lg ummppphhh, goreng dulu tanpa minyak udang kering), campurkan semua sekali termasuk garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk... Memang mudah dan menyelerakan :)
Jemput makan semua..
Sangat sesuai sebagai hidangan tengah hari satgi :)
Ayam.... Semua orang suka makan Ayam kan.. Sedap sangat, tak kira goreng ke, sup ke, tomyam ke, kari ke, semua masuk je bila ada ayam nie kan.. Cepat, mudah dan pastinya sedap... :)
Tapi korang suka makan Kaki Ayam tak...?? Sedap tu kalau goreng rempah ke buat sup ke kan kan... :)
Semua orang tahu khasiat kaki ayam nie, yang utama orang cakap awet muda dan makan kaki ayam juga dapat mencantikkan kulit.. Tak percaya??? Cubalah makan dan rasai kesannya...heheee.. Macam buat promosi plak... :)
Ok, sebenarnya, baru2 nie MJ dapat emel pasai khasiat kaki ayam nie iaitu...
... Dapat Mencegah Osteoporosis...
Tau tak Osteoporosis tu apa...???hehee.. Mesti korang tau kan iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak, dan patah. Ia biasanya tidak menimbulkan gejala kerana prosesnya berlangsung tanpa disedari.
Meskipun Osteoporosis terjadi pada golongan veteran, tp kini ia juga menyerang golongan muda, kerana gaya hidup yang tidak sihat seperti suka merokok, malas bersenam, minum kopi dalam dos berlebihan dan juga mengamalkan minuman keras.. sebab tu iklan di TV menyarankan kita minum SUSU ANLENE.. Mencegah tulang menjadi rapuh.. ;)
Seperti yang diambil dari bl-health, hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang binatang. Secara logiknya, memang makanan yang tepat untuk tulang adalah tulang.
Nah, salah satu makanan yang banyak mengandung zat ini adalah kaki ayam.Tanpadisedari kaki ayam banyak mengandung protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang, dan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein jaringan ikat yang liat berwarna kekuning-kuningan. Jika terkena panas, kolagen akan mencair jadi agak kental.
Selain itu, tubuh juga akan mencari cadangan kalsium yang diperlukan tulang. Hal inilah yang menyebabkan tulang kehilangan kepadatan dan kekuatannya, sehingga mudah retak, bahkan patah.
Isu laser melaser nie femes masa game bola sepak baru2 nie kan..
So MJ dapat emel nie dah lama, lepas abis je bola,
tp baru arini dapat kongsikan ngn korang semua..
Meh kita tgk 2 gmbaq nie.. Kelakar la pulak kan.. hehee
Berkulit Cerah - Banyakkan makan telur ayam kampong dan sayur bayam.
Berkulit Bersih - Jangan mengamalkan makan beras
Berambut kerinting - Makanlah siput laut seperti kerang setiap hari (5 - 10 isi kerang) hingga cukup bulan.
Bayi Yang Cergas - Makan ikan laut setiap hari
PETUA MENCANTIKKAN KULIT BAYI
Ibu-ibu dinasihatkan meminum air kacang soya dan juga air kelapa muda semasa mengandung. Insaallah bayi yang lahir nanti kulitnya sihat.
PETUA SUPAYA BAYI SIHAT
Ibu-ibu digalakkan meminum air kacang soya dicampur dengan susu yang berprotin tinggi. Jika nak mudah lagi sila beli NUTRILITE keluaran AMWAY atau jenama lain yang serupa kandungannya. Maaf, bukan nak iklan AMWAY. Amalkan meminum semasa kandungan berusia 6 bulan ke atas.Jangan amalkan terlalu awal kerana dikuatiri anak terlalu besar. Ini boleh mendatangkan masalah susah bersalin.
PETUA MENGHILANGKAN BENGKAK ATAU KEMERAHAN KESAN GIGITAN NYAMUK, SEMUT ATAU APA SAHAJA
Ibu-ibu digalakkan membeli BAM HERBA(ASAS MINYAK) . Sapu ikut putaran jam di tempat gigitan. Insyaallah dengan sekali sapuan sahaja kemerahan atau bengkak akan hilang. juga berkesan di sapu di perut bayi yang kembong. Lagi berkesan disapu diperut, tapak kaki dan betis ibu yang baru bersalin. Dapatkan sekarang
PETUA MENGHILANGKAN BATUK
Dapatkan sebotol air Coca Cola. Campurkan air tersebut dengan susu pekat. Kacau biar sebati kemudian minum. Amalkan setiap pagi. Petua dari Imam kampong.
PETUA MENGHILANGKAN PENYAKIT KENCING MANIS
Potong beberapa keping (sebesar 1in/persegi) upeh pokok pinang. Cuci bersih dan rebus hingga mendidih. Amalkan meminumnya pagi dan malam. Ada juga orang lain memberi petua iaitu meminum air rebusan kulit akar pokok kayu bakau. Juga petua menelan hempedu ayam yang telah disimpan dalam peti sejuk.
PETUA MENGGEMPISKAN BADAN / PERUT
Amalkan menyapu GEL HERBA (ASAS AIR) di bahagian perut dan juga pinggang di samping mengurangkan minum air ais dan air bergas.Gel Herba ini sangat berkesan kerana ia bertindak membakar lemak yang berlebihan di bahagian perut.Kalau hendak mengecilkan saiz paha, sapu di bahagian paha. Boleh juga mengamalkan meminum air teh cina (serbuk teh sebanyak 3 sudu besar) tanpa gula yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan sebelum sarapan dan sebelum tidur.
PETUA MERANCANG KEHAMILAN
Amalkan memakan kunyit hidup sebagai ulam. Ia juga baik untuk menghilangkan penyakit keputihan.Pastikan juga semasa melakukan hubungan bersama isteri / suami adalah masa subur. Masa subur bagi isteri ialah 7 - 10 hari selepas berhentinya haid.
PETUA MUDAH BERSALIN
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.
PETUA MEMBANYAKKAN AIR SUSU.
Parut atau kisar lobak putih yang telah dikikis kulitnya.Campur dengan segelas air suam. Minum 2 kali sehari. Boleh juga banyakkan minum air buah-buahan dan susu.
PETUA MELANCARKAN / MENSTABILKAN PENGALIRAN DARAH
Amalkan minum air bawang putih. Caranya dengan blander atau tumbuk 5 ulas bawang putih kemudian perah dan campurkan sedikit air. Atau cara yang lebih mudah beli Kapsul GARLIC yang dijual di farmasi. Amalkan 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam.
PETUA MENGHILANGKAN PARUT DI MUKA DAN BADAN
Pastikan parut masih muda. Ambil ubi keledek muda asah di belakang pasu (batu pengasah pisau pun boleh). Ambil ubi yang diasah tadi dan sapu di atas parut luka tadi. Kalau parut yang sudah lama agak susah sedikit hendak menghilangkannya. Petua ini sangat berkesan. Amalkanlah.
PETUA MENGHILANGKAN DEMAM CAMPAK
Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar. Boleh juga parutkan kunyit dan campurkan dengan asam gelugur. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari.
MELURUSKAN RAMBUT YANG KERINTING.
Dapatkan segelas santan kelapa tua. Perahkan sebiji limau nipis kedalamnya. Simpan dalam peti sejuk semalaman sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim tersebut bagi menyapu rambut anda. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala panas selama 1 jam. Basuh dan bilas. Lakukan 3 kali seminggu.
MENGELAKKAN RAMBUT BERUBAN.
Didihkan santan kelapa(1 biji) sehingga menjadi minyak. Masukkan halba ke dalam botol yang diisi minyak tadi. Gunakan minyak tadi sebagai minyak rambut setiap hari. Uban akan berkurangan dan rambut akan hitam semula.
PETUA MERAWAT TUMIT YANG PECAH-PECAH
Ambil sebiji buah betik muda dan hirislah buah tersebut supaya getahnya keluar. Guna getah tersebut bagi menyapu di tumit yang pecah-pecah tadi. Boleh juga sapu ubat gigi sebelum tidur.
Concealer atau dikenali sebagai penyamar cela berfungsi untuk menutupi parut seperti jerawat, kulit tidak sekata dan sebagainya. Teksturnya seperti bedak asas tetapi agak pekat strukturnya.
Produk ini tersedia dalam bentuk krim seperti krim atau gel atau bentuk padat seperti lipstik atau pensel. Selain menutup bekas-bekas jerawat, kedutan, ia juga berfungsi untuk menyamarkan lingkaran hitam di bawah mata. Malah ia, dapat membuatkan wajah kelihatan mulus tanpa cela. Kebiasaannya terdapat tiga warna yang hampir sama dengan kulit seseorang.
Pemilihan warna concealer ini sememangnya cukup penting bagi memberi kesempurnaan solekan. Paling ideal adalah satu tingkat lebih cerah dari warna kulit wajah anda. Ini kerana, jika menggunakan concealer dengan tingkat warna yang terlalu cerah, ia akan menonjolkan bahagian yang bermasalah.
Kaedah paling tepat mengaplikasikan concealer adalah selepas anda memakai pelembap supaya ia meresap dengan sempurna ke dalam kulit. Sapuan dengan menggunakan berus atau jari lebih praktikal. Ini memudahkan kita menekapkan pada kulit.
Setelah menyerap dengan baik ke bahagian kulit wajah, barulah diratakan dengan sapuan bedak asas.
Jenis concealer
Pensel atau stik
Mudah digunakan dan sesuai untuk kulit normal, boleh diratakan menggunakan jari dan bedak asa yg sesuai digunakan adalah jenis cecair supaya sapuan nampak lebih halus.
Biasanya kulit berminyak akan menjadikan sapuan concealer tidak sekata, oleh itu disarankan menggunakan concealer jenis padat supaya dapat mengurangkan bekas cela @ jerawat.
Palet
Sekiranya anda mempunyai masalah bekas jerawat kemerahan, bintik-bintik hitam, pilihan concealer jenis palet sesuai. Tiga warna cukup untuk membuatkan warnanya halus sekata. Misalnya, warna kuning untuk menutupi tanda-tanda merah dan jerawat, warna oren kemerahan untuk menutupi lingkaran hitam di bawah mata dan warna beige untuk mencerahkan noda yang gelap sekali.
Solid
Bagi anda yang mempunyai jadual cukup padat, pastinya memerlukan concealer jenis solid dan tahan lama. Pilihan tekstur yang kalis air, tekstur ringan dan sapuan akan lebih ringan dan nampak semula jadi. Malah, concealer jenis ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar.
Bagi yang memiliki wajah berjerawat, pilih concealer yang mempunyai formulasi seperti Tea Tree Oil dan vitamin E. Bahan ini bukan sahaja membantu mengeringkan jerawat, malah membantu menutupi rona merah disebabkan jerawat dan membuatkan kulit nampak mulus.
Krim
Concealer jenis krim amat sesuai untuk kulit kering. Ini kerana ia mudah diratakan selain dapat membantu menyamarkan lingkaran gelap di bawah mata. Setelah itu, susuli dengan sapuan bedak tabur dengan warna yang sama supaya lapisan concealer bertahan lebih lama dan kelihatan merata dan barulah anda menyapu bedak kompak.
Concealer
Jika malas menggunakan bedak asas, gunakan saja concealer di sekitar mata, hidung bagi menutupi bahagian kemerahan di dagu atau di antara kedua alis. Gunakan concealer jenis krim yang disapukan menggunakan berus. Aplikasikan tepat di bahagian bermasalah dan ratakan ia.
TIPS
• Sapukan concealer pada kulit yang sudah dikenakan pelembap.
• Gunakan hujung jari atau span lalu ratakan ia dengan lembut.
• Pilih concealer yang mengandungi vitamin A dan E kerana bahan ini turut membantu mengurangkan masalah garis-garis halus serta melindungi kulit dari kesan buruk radikal bebas.
• Jangan menggunakan gerakan melingkar atau menggosok ke kiri kanan kerana ia akan menghilangkan concealer dari bahagian yang anda mahu lindungi.
• Untuk bahagian mata, aplikasikan dari hujung dalam sehingga ke hujung luar bawah mata dan bahagian lingkaran hitam. Sebaiknya, gunakan concealer jenis cecair dengan pilihan warna satu ton lebih muda dari warna kulit wajah anda.
• Bagi bahagian hidung, sapukan pada kedua-dua sisi hidung dengan warna yang lebih gelap dari kulit kerana ia dapat membentuk shading. Concealer berbentuk airbrush dapat membantu menghasilkan lapisan yang halus dan maksimum pada hidung.
• Pada bahagian pipi, sapukan nipis concealer berbentuk krim. Hindari pemakaian concelaer jenis cecair yang bebas minyak kerana akan mudah menampakkan pipi berminyak.
• Bagi masalah noda hitam, ratakan concealer dengan span supaya kesan cela tertutup dengan sempurna. Pilih satu hingga dua ton warna concealer lebih gelap dari warna kulit. Concealer berbentuk stik dan krim paling sesuai untuk menutupi noda-noda hitam. Pilih concelaer jenis kalis air supaya tahan lebih lama.