31 Oct 2013
Inilah
perasaan berdebar pada ujian yang MJ rasakan yang telah diluahkan pada entry lepas iaitu untuk rawatan HSG (HysteroSalpingoGram) di Hospital Seberang Jaya, Penang.
Hysterosalpingogram (HSG) merupakan ujian sinar-X yang dilakukan untuk melihat di
bahagian dalam rahim dan tiub fallopio serta kawasan di sekelilingnya.
Ia akan dilakukan untuk wanita yang mempunyai kesukaran untuk hamil ( subur ).Semasa ujian
hysterosalpingogram dijalankan, sejenis pewarna (a dye) dimasukkan melalui
tiub nipis yang akan dimasukkan melalui faraj dan ke dalam rahim. Oleh kerana rahim dan tiub fallopio disambungkan bersama-sama, pewarna tersebut akan dilihat mengalir ke dalam tiub fallopio. Gambar akan diambil menggunakan X -ray (fluoroscopy ) untuk melihat samada ianya melalui rahim dan tiub fallopio dengan sempurna atau tidak.
Gambar-gambar
yang boleh menunjukkan masalah seperti struktur kecederaan atau tidak
normal rahim atau tiub fallopio, atau kaitan yang akan menghalang telur
dari bergerak melalui tiub fallopio ke rahim. Jika ianya tersumbat juga boleh menghalang sperma daripada bergerak ke dalam tiub fallopio untuk 'berjumpa' dengan telur.
Hysterosalpingogram juga dapat mengenalpasti masalah sekiranya ada di bahagian dalam rahim yang boleh menghalang
telur dari disenyawakan pada dinding rahim. Sumber SINI.
Alhamdulillah rawatan HSG MJ menunjukkan kedua-dua tiub fallopian MJ berfungsi dengan baik - maksudnya tiada 'sekatan jalan raya' yang boleh menghalang telur dari disenyawakan. Syukur... Mungkin rezeki masih belum berpihak pada kami.. Kami yakin dengan rezeki Allah buat kami akan tiba jua nanti.
Apa yang boleh MJ kongsikan dari pengalaman melalui HSG test tu, ianya sangat lah sakit, walaupun MJ pernah melalui senggugut yang teruk tapi sakit semasa rawatan tu seperti perut kembung memulas-mulas dok tahan cerry berry tapi tak nak 'terkeluar' (seperti belon kembung yang nak pecah tapi tak jadi pecah), takpun rasa kena tumbuk kat perut (tapi MJ tak pernahlah kena tumbuk).. ehhh susahlah nak bayangkan sakit tu macam mana tapi memang sakit lah.. Mujur cuma sekejap je, lebih kurang 10-15minit kot, entah lupa...hehee
Alat yang digunakan
Ok jom MJ ceritakan rentetan masa rawatan tersebut.
1. Appointment MJ dengan Jabatan X-Ray pada pukul 2pm 31 Okt 2013, rupanya rawatan HSG hanya dilakukan seminggu sekali je (
kalau tak silap) dan sekali rawatan cuma 2 orang sahaja yang boleh buat.. Patutlah berderet orang menunggu giliran dan alhamdulillah urusan MJ dipermudahkan. Sebabnya sekali period je terus MJ dapat menyelit untuk HSG Test ni.
2. Lebih kurang 2.15pm nama MJ dipanggil, debaran bertambah kencang, terbayang-bayang di kepala pengalaman mereka2 yang pernah menjalani ujian HSG ni, 95% cakap sakit dan itu yang melemahkan MJ. Suami pernah cakap kalau rasa tak mampu (nak tahan sakit HSG tu) tak payah la buat, dia kesiankan MJ, tapi MJ fikir mana tau dengan cara tu dapat membantu kami memperolehi zuriat jadi terpaksa gagahkan juga dan tepis semua perasaan tak enak.
3. MJ disuruh menukar ke pakaian Operation, adehhh malu cheq tapi takpela nak berubat kan, suami pun cakap ni proses rawatan, bukan saja2 kita nak kan.. (yang mana pernah pakai baju OT faham2 jela keseksian tu macam mana ye)
4. Lama juga MJ menunggu sebab Doctor masa tu ada hal lain, sepanjang berbaring di katil OT, MJ tak berhenti2 istighfar sambil memohon supaya urusan dipermudahkan.
5. Bila Doc sampai diterangkan serba sikit apa itu HSG pada MJ dan Doc cakap akan rasa sedikit ketidakselesaan semasa proses tu dan mungkin akan keluar darah sedikit. MJ anggukkan kepala je sambil tanya Doc lama tak proses ni? Doc cakap tak lama kejap je kalau takdak masalah.
6. Operasi pun bermula, saat Doc masukkan pewarna (a Dye) tu MJ ok lagi cool, tapi selepas belon a Dye tu dilepaskan (belon dipecahkan), MJ mula rasa perut ni memulas-mulas, kembung semacam dengan rasa nak 'tendang' je Doc tu.. Mengeliat jugaklah badan ni menahan sakit....tapi lepas pada tu ok balik..
7. Lepas tu Doc suruh MJ 'injak badan' (naikkan badan) ke atas tanpa mengangkat kaki mahupun punggung, ok lagi MJ rasa masa tu.. kekonon ingatkan kesakitan dah berakhir tapi rupanya BELUM... hohooo
8. Kali ni Doc nak ambil gambar melalui Sinar X (X-Ray) pulak, sekali lagi 'a Dye' dilepaskan dan sekali lagi MJ merasai keperitan tersebut, memang tak tertahan sangat, Doc berkali-kali cakap sekejap ye sikit lagi sekejap ye tak lama pun sekejap ye... Tapi MJ rasa masa tu macam nak jerit suruh stop..!!
9. Bila dah selesai, Doc datang ke MJ dan cakap kedua2 saluran MJ berada dalam keadaan elok, dan tak ada yang tersumbat.. Alhamdulillah.. Dalam masa sama MJ rasa macam kepala sedikit swing, Doc pesan kalau pening dia suruh baring dulu, tapi kejap je swing tu sebab MJ rasa macam kesakitan tadi dah hilang.. Terus bangun dan salin pakaian.
10. Misi (Nurse) suruh MJ ke klinik Pakar 1 (O&G) untuk set next appointment, masa tu Doc akan explain details pasal
result Pap Smear dan HSG MJ.
HSG Normal (dari En Google)
Lepas keluar dari Hosp, MJ rasa ok lagi, suami siap tanya berkali-kali betul ke ok? Tak sakit? MJ angguk je sebab memang tak rasa sakit cuma tak selesa je kat perut. Lepas tu suami ajak makan dulu (
dan baru teringat yang kami belum Lunch lagi - yela takut punya pasal untuk HSG ni..hahaa) tapi MJ suruh tapau je sebab takut perut ni meragam ke.. MJ ada baca pengalaman orang lain ada yang akan sakit semula dalam 30- 40min selepas HSG Test.
Kitorang singgah Celcom terlebih dulu sebab MJ ada masalah LINE PHONE, so my asben je yang keluar p Center, MJ tunggu dalam kereta, masa tu ok lagi siap boleh layan Candy Crush lagi..hahaa
Tapi lebih kurang dalam 20 minit MJ mula rasa tak selesa di perut (
lebih kurang nak senggugut) MJ abaikan lagi, tapi pelan lama sakit tu kian teruk dirasakan, lagi sakit dari masa HSG tu, call my asben tapi tak berjawab pulak, dengan jalan agak terkenkang ku gagahi juga memanggil my asben di Center Celcom. MJ bagi isyarat perut dah sakit, asben cakap kejap CS (Customer Service) suruh tunggu kejap, MJ cakap tak payah abaikan je diorang tu.
Masa dalam kereta dalam perjalanan nak ke rumah Mak (
bukan jauh pun lebih kurang 15minit) tapi rasa macam nak nanges, sakit tak tertahan, tarik nafas hembus nafas pun rasa tak cukup, asben ajak nak singgah klinik / nak beli pain killer pun MJ cakap tak payah, nak balik rumah terus.
Sampai rumah MJ terus berbaring tapi serba tak kena, mengiring salah berbaring salah duduk salah, berdiri lagila salah.. Lepas tu rasa macam nak buang air besar, masuk toilet MJ perasan ada secoet (sikit) darah, lepas tu bertapa kejap dalam toilet dan terus membuang.
Lepas pada tu alhamdulillah sakit dah berkurang seperti berlalu bersama bahan buangan tadi..hehehe.. Tapi kalau kata nak kena buat HSG lagi pada masa akan datang, mungkin MJ akan berfikir beribu kali..hohooo
Next appointment : 13.11.13
Kisah MJ