Kalau ada yang perasan dalam 2-3 hari ni MJ jarang blogwalking ke rumah kawan-kawan apatah lagi membalas komen kan, setuju tak?? (Ini pada yang selalu singgah ler) Semua ni gara-gara last minute punya kerja lah, bila nak sampai Due Date baru menggelabah nak siapkan, masa awal-awal ritu MALEH atau dalam erti kata yang sedap sikit - Takdak IDEA nak buat lagi.. Bila nak dekat-dekat barulah idea mencurah-curah, wahahaaa alasan nak menyelamatkan diri la tu..
Jadi disini MJ nak mintak maaf ye sebab tak dapat memberi kunjungan balas, mana yang sempat tu ada gak MJ terjah balas, dan insyaAllah MJ akan membalas jua secepat yang boleh ye.. Terima kasih yang tak terhingga buat korang semua sebab sudi singgah blog MJ ni ye :-0
InsyaAllah jap lagi MJ akan p hantar ke USM Penang, Due 2.1.12 tapi kan cuti ganti, jadi mau tak mau Jumaat jugaklah nak kena hantar :) Ada lagi 4 esement menanti, 2 nak kena antaq Jan, 1 Feb dan 1 lagi Mac, adoyai 1 pun belum buat lagi..huhuuuu :(
Sekarang ni MJ dah tahun ke 3 PJJ USM tapi sifat MALEH nak study + siapkan esement tu takleh buang ler (ngadap blog rajin je selalu, heheee) dah ler hujung tahun depan (bulan 1) nak EXAM. Terus TENSI, wahahaaa (tekad nak capai dekan konon, huhuuu) Entahler, apapun korang tolong doakan buat MJ ye moga lulus cemerlang untuk exam nanti ye, terima kasih :)