Showing posts with label permit import. Show all posts
Showing posts with label permit import. Show all posts

Terima Barang dari Luar Negara Tetapi ditahan Kastam, apa perlu saya buat?




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama rasanya saya tak menulis post tentang isu semasa di dalam blog ini. Maklumlah dengan pelbagai aktiviti yang sedang saya lakukan membuatkan masa agak terhad namun itu bukanlah dijadikan alasan dan saya akan cuba menulis untuk berkongsi pengetahuan bersama.

Melihatkan tajuk diatas yang agak panjang mungkin kelihatan janggal namun tujuannya untuk memudahkan pihak pihak yang ingin mencari artikel/maklumat di dalam internet. Mengapa saya ingin buat post ini?
Ini kerana saban hari Inbox saya selalu mendapat aduan dari pihak2 yang bertanyakan tentang masalah barangnya ditahan oleh pihak Kastam. Tapi betulkah ia ditahan oleh kastam?

Sebagai contoh saya ambil satu mesej dari seseorang yang bertanyakan pasal masalah ini.

"Salam maaf saya sibuk sikit.... citernya mcm ni masalah yg pertama saya dpt gift kwn dari texas brgnya berupa gadget iphone, tab, beg, kasut, baju, set brg kemas dan ada duit 20 000 usd.... skrg ni kastam tahan semua brg termasuk duit...yg jd kemusykilan saya skrg ni pihak kastam tak ckp apa2pun...tp pihak curier yg terima brg ni suruh saya byr 10 500 utk dptkan certificate diaorg siap call pihak embassy utk dptkan certificate ni btl ke....saya dah byr 3500 utk clearance brg yg sampai....mcmana saya nak buat saya tak nak byr 10 500 tu...bkn sikit duit....nanti klu saya byr pihak kastam tetap akan holdkan brg tu kan sbb nak cek kelulusan atau nak kena byr tax btl tak....tu semua duit lg tu....lg satu memang btl ke ada peraturan tu maksud saya soal certificate tu memang wujud ke....perlu ke sampai ke pengetahuan pihak embassy negara dia kat sini sampai boleh tergugat kerjaya dia kat sana sekiranya saya tak byr duit tu....dia boleh masuk penjara dan diberhentikan kerja ke....tlg bantu saya mcmana nak buat saya tak boleh nak pegi klia2 cek sbb kerja saya cuma mengasuh bdk isnin sampai ahad.....saya ada sepupu kerja kat imegresan saya citer kat dia....jgn percaya ni semua tipu katanya....jd yg mana satu kebenarannya....masalahnya brg tu wujud dan dah sampai Msia"





Banyak lagi mesej serta email yang saya dapat dan bunyinya seakan sama sama SAHAJA iaitu dapat barang dan dapat duit. Jadi persoalannya adakah benar pihak kastam yang menahan barang tersebut?
Sebelum saya jawab soalan diatas, ingin saya beritahu tentang serba sedikit proses atau prosedur barangan yang diimport agar kita faham bagaimana proses pengimportan barang berlaku. Ini supaya kita mempunyai sedikit ilmu agar tidak mudah menjadi mangsa penipuan, InsyaaAllah.

1. Setiap barangan yang diimport dari luar negara adalah tertakluk didalam undang undang negara dibawah kuasa agensi perkastaman 

2. Pihak yang membawa barang bagi pihak pemberi dinamakan kurier. Mereka ini hanya menjalankan urusan mengendali dan menghantar barangan sahaja. Namun terdapat ejen yang diberi kuasa untuk memungut cukai bagi pihak kastam 

3. Menurut perjanjian postal Union Antarabangsa, setiap barangan yang dipos dari luar negara melalui pejabat pos negara terlibat haruslah melalui pejabat pos negera penerima. Contohnya jika seseorang ingin menghantar barang dari Amerika Syarikat ke Malaysia, pejabat pos amerika (US Post) yang menghantar barang haruslah menghantar ke Pos Malaysia juga iaitu Pos Malaysia Berhad. Dia tidak boleh menghantar kepada syarikat kurier yg lain contohnya Fedex, DHL atau lain2 kurier servis. Melainkan ada special occasion yg amat jarang berlaku. 

Pengetahun tentang ini amat kritikal kerana dengannya kita boleh mengetahui bila kita mendapat berita tentang barang yang ditahan oleh kastam itu benar atau palsu. 


Okey, mari kita lihat balik kepada persoalan diatas ye

1. Memang benar setiap barangan yang dibawa masuk dari luar negara tertakluk bawah bidang kuasa kastam NAMUN pihak kastam ada prosedur yang perlu dipatuhi. Diantaranya, cukai barangan mempunyai tarifnya yang tersendiri dan bukan semua barang bercukai.

Jika pihak kurier main borong harga cukai yang dikenakan kemungkinan besar itu adalah PENIPUAN. Dan jika anda ragu ragu tentang cukai yang dikenakan pergilah terus ke pejabat Kastam. Jangan mempercayai sepenuhnya kepada pihak kurier terutamanya yang anda sendiri tak pernah tahu kewujudannya.

2. Duit TAK BOLEH dipost menggunakan KURIER. Ia seharusnya menggunakan secure banking seperti Visa, western union, paypal dan sebagainya.

3. Kenali dengan betul siapa yang anda berurusan atau berkawan. Kalaulah anda berkawan dengan seseorang di internet yang anda sendiri tidak pernah lihat mukanya secara realiti hanya di facebook anda seharusnya berhati hati. Kebanyakan sindiket penipuan antabangsa menggunakan kaedah menjerat mangsa dengan pengenalan di facebook. Menggunakan gambar kacak lelaki idaman wanita kebanyakan orang kita mudah cair sedangkan hakikatnya yang ber chat siang malam dengan kita hanyalah PENIPU.

Cuba anda fikir sedalam dalamnya siapalah di dunia ini yang sanggup bagi wang ringgit sampai puluhan ribu, barang barang beg tangan mewah dan jam dengan hanya berkenalan melalui online. Melainkan anda artis saya sanggup bagi execption kat situ. He he. Kalau nak sesuatu benda anda perlu usaha. Tak kira lah masuk contest seperti cabaran Iphone 5s anjuran Denaihati ke. Yang penting ianya usaha bukannya mengharapkan lelaki "saranghae" memberikan hadiah puluhan ribu kiriman dari luar negara.




Apa yang dapat saya perhatikan ialah orang kita iaitu rakyat Malaysia terutamanya Melayu adalah bangsa yang baik hati dan pemurah kerana kita banyak membantu dan menderma pada orang yang susah. Itu merupakan ciri ciri yang baik dan perlu diteruskan namun kita juga amat naif dalam mempercayai seseorang. Begitu banyak penipuan sering terjadi melibatkan warga kita terutamanya yang membabitkan urusan online.




Ada sahabat di facebook kata "People cant be trust" Saya kata "No, people can be trust. The only thing we gotta change is how we trust them" Jangan salahkan orang lain mengambil kesempatan jika kita memberikan ruang untuk mereka. Jangan mudah percaya dengan apa dan siapa kita lihat didunia cyber. Terlalu banyak pembohongan dan tiada kawalan. Siasat dahulu setiap perkara sebelum membuat keputusan.



Ingatlah kita akan firman Allah SWT Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat49:6)

Rentetan dari Entry >>>> Pembelian Barangan dari Luar Negara, Apakah Undang2 dan Peraturannya

P/S: Nukilan dari Mr Jay

Re : Prosedur dan cara yang perlu dibuat apabila barang ditahan pihak Kastam?

Tujuan entry ini adalah untuk memberi maklumbalas mengenai beberapa pertanyaan dari Rakan Blogger susulan dari entry Prosedur Pembelian Barangan dari Luar Negara, harap dapat memberi manfaat dan sedikit pengetahuan buat semua termasuklah yang bertanya :)

Mohon maaf kerana lambat menjawab pertanyaan sebab MJ sibuk dengan urusan pembelajaran.


 SOALAN 1
Sebarang barangan seperti Handbag yang diimport masuk ke Malaysia adalah tertakluk kepada Duti Import Kastam dan Cukai Jualan, dan menurut perkiraan saya jika tidak salah ialah sekitar 10% dari harga barang termasuk caj penghantaran dan lain-lain caj.

Jika diikutkan, tiada istilah hadiah atau sampel di dalam Akta Kastam, walau apapun label yang diletakkan (contoh hadiah) ia tidak akan memberi kesan.


SOALAN 2
Saya bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada en Asrab, sememangnya berlaku kesukaran kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan pihak Kastam di Pejabat Pos dalam Malaysia. Masalah ini berlaku kerana kakitangan Kastam yang bertugas di Pejabat Pos tidak terdapat di semua tempat sama seperti di Semenanjung dan hanya mengikut zon seperti contoh Zon Utara hanya di Pulau Pinang (Perlis, Kedah dan Taiping kena ke Penang untuk mengambil barang yang ditahan-jadi ia akan membebankan mereka yang tinggal jauh dari Penang). Jika Sabah - Zon Kota Kinabalu.

Akan tetapi pihak Pos ada menyediakan perkhidmatan perlantikan ejen bagi pihak pelanggan dengan bayaran sebanyak lebih kurang RM50. Perlantikan itu ada dinyatakan di dalam surat yang biasanya dihantar untuk memberitahu bahawa barangan mereka telah ditahan, jadi pelanggan tidak perlulah datang untuk mengambil barangan sebaliknya hanya berurusan dengan ejen.

Tetapi bagi barangan yang memerlukan permit import seperti dari SIRIM setahu saya en Asrab perlu mendapatkan permit import dari SIRIM dan setelah itu memberi borang tersebut kepada ejen untuk berurusan dengan pihak Kastam. Ataupun en Asrab boleh melantik ejen kastam selain dari pihak pos. encik Asrab boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang ejen kastam dari pihak jabatan Kastam, mereka ini selalunya akan membuat semua urusan jika mampu, namun caj yang dikenakan mungkin berbeza dari ejen pos.

Jika barangan tersebut tidak memerlukan permit import tetapi hanya sekadar bercukai, pelanggan hanya perlu membayar cukai apabila barang tersebut telah diserahkan.


SOALAN 3
Saya rasa berkemungkinan ada dalam 10%.Tetapi ia perlu pemerhatian ke atas face mask tersebut untuk menentukan cukainya kerana ia bergantung kepada jenis material yang digunakan untuk membuat mask tersebut.

Akan tetapi face mask termasuk di dalam kategori kosmetik bermakna selalunya memerlukan kelulusan dari jabatan Farmasi. jika tiada maka barangan tersebut berkemungkinan ditahan, jadi cik perlu dapatkan kelulusan dari farmasi terlebih dahulu.



Jawapan yang dinyatakan di atas adalah sebagai panduan, apapun anda perlulah merujuk sendiri kepada pihak/jabatan yang terlibat.

Boleh refer juga entry  

Pembelian Barangan Luar Negara, Apakah Undang2 dan Peraturannya

Terima Barangan dari Luar Negara Tetapi diTahan Kastam?

Pembelian barangan dari Luar Negara, Apakah Peraturan dan Undang Undangnya?





Di zaman serba canggih penuh dengan teknologi, permintaan dan  keperluan tentang barangan harian menjadi semakin mudah. kita boleh melakukan pembelian dengan hanya perlu menaip papan kekunci di komputer samada untuk mencari barang yang diingini mahupun membeli terus di internet. Diantara laman web yang mengiklankan produk dalam negara yang popular ialah mudah.my, lelong dan sebagainya. Manakala bagi laman web luar negara yang popular seperti ebay, amazon dan Aliexpress serta berbagai bagai lagi



Pembelian dari dalam negara selalunya tidak melibatkan urusan dengan jabatan kerajaan namun apabila kita ingin membeli barangan dari luar negara,kadangkala kita terpaksa berurusan dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kastam, Jabatan kesihatan, Farmasi, SIRIM dan banyak lagi jabatan bergantung kepada jenis barang yang dibeli. Saya cuba mengaitkan isu ini kerana kebanyakan orang ramai(pengguna) tidak sedar akan adanya peraturan peraturan seperti cukai kastam, permit dan barang – barang larangan. 
Saya bagi anda beberapa situasi untuk diperhatikan.


Situasi Pertama
Ahmad Idham membeli sebuah beg berjenama Prada di laman web Ebay dengan harga RM1500. Barangan tersebut dihantar oleh penjual menggunakan USPS ke Malaysia. Sampai di KLIA, barangan tersebut ditahan oleh Jabatan Kastam kerana berkemungkinan barang bercukai (barang yang boleh diambil cukai) setelah dikira cukai yang terlibat, Encik Ahmad terpaksa membayar rmXXX kepada kerajaan Malaysia.


Situasi Kedua
Farid Kamil membeli Iphone 5 untuk tunangnya dari London. Dia pun menghantarnya melalui UK Post ke Malaysia. Sesampainya barang tersebut ke Malaysia, barang tersebut ditahan di Jabatan Kastam kerana memerlukan permit dari SIRIM.


Banyak lagi jabatan dan prosedur yang perlu dilalui jika anda ingin membeli barangan dari luar negara dalam talian ni. Antaranya ubat ubatan memerlukan kelulusan Farmasi, permit Topi Keledar daripada MITI, permit import haiwan dan tumbuhan daripada MAQIS, penerbitan dan senjata daripada KDN dan banyak lagi jabatan kerajaan yang terlibat bergantung kepada jenis barangan yang diimport. 

Seringkali kedengaran rungutan  dari pihak orang ramai ialah mereka tidak tahu terutama pasal undang undang di negara kita. Saya tidaklah menyalahkan orang ramai kerana pihak Kerajaan juga patut menghebahkan perkara ini melalui media massa agar natijahnya kerajaan tidak dilabel pelbagai gelaran yang kurang elok didengar.  


Melihatkan keadaan kekurangan informasi ini, saya merasakan adalah lebih bermanfaat bagi orang ramai mendapat sedikit pencerahan tentang akta dan undang undang serta hak hak mereka.




Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda apa yang patut anda lakukan ialah:

 1. Jika barang  anda telah ditahan, sila rujuk dengan jabatan jabatan yang berkaitan yang menahan barangan anda. Anda boleh menghubungi terus jabatan tersebut bagi mendapatkan maklumat serta sebab barangan anda ditahan    
  
 2. Rujuk mengenai barang yang dibeli mengenai status barangan tersebut samada boleh dikenakan cukai, berapa peratus cukai dan bahan bahan larangan import. Maklumat ini boleh diperolehi jika anda menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau melalui laman web JKDM HS Explorer.  

Rujuk kepada pihak berkuasa SEBELUM anda membeli barang tersebut kerana jika anda membeli barang dahulu sebelum merujuk jabatan tertentu seandainya barangan tersebut harus memiliki permit tetapi anda gagal untuk mendapat permit maka barangan anda boleh dirampas.

3.  Bawa invoice atau maklumat bayaran apabila pergi ke Jabatan yang anda ingin berurusan. Ini akan memudahkan anda dalam melakukan urusan dengan kakitangan tersebut.

4.   Sila ikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan. Pergilah pada waktu urusan seperti yang ditetapkan, jangan terlewat. Pakai pakaian kemas dan dengan senyuman. Insyaallah, jika anda murah dengan senyuman saya pasti kakitangan tersebut akan ramah dan mungkin akan membantu anda.

 
Akhir sekali apa yang saya ingin katakan anda harus mengikuti arahan yang diberikan  oleh pihak kakitangan kerajaan. Apa yang saya tuliskan disini adalah sekadar panduan bukannya bahan perundangan bermakna anda harus mengikuti apa yang pihak kerajaan tetapkan.



Mr Jay: Jika anda ada sebarang masalah berkenaan prosidur dan undang undang membeli barangan dari luar negara, anda bolehlah bertanyakan saya jika saya mampu membantu. Jika saya tak tahu saya akan cakap tak tahu.jangan pula minta tolong saya lepaskan barang kerana bukan bidang kuasa saya. lebih elok tanya nasihat dari mereka yang lebih arif.


Untuk jawapan mengenai beberapa persoalan dibawah, boleh refer entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2013/02/re-prosedur-dan-cara-yang-perlu-dibuat.html

dan juga entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2014/10/terima-barang-dari-luar-negara-tetapi.html


p/s : Nama yang digunakan untuk ke dua situasi di atas adalah sebagai pemanis cerita..


Labels

Celoteh MJ (123) layan (106) terima kasih (91) GiveAway (82) Join Contest (82) Menang GA (62) dunia artis (59) Makan Sedap (53) hadiah (53) cantik (51) nuffnang (44) Hari Raya Puasa (42) BE nuffnang (41) Resepi (40) Wordless Wednesday (35) happy (35) Firas (34) pemenang (33) Pengumuman (32) Produk Shaklee (31) contest (30) Pusat Pelancongan (27) Denaihati (26) Kenangan MJ di tahun 2011 (25) keputusan GA (25) on9 visitor (23) suami isteri (23) kenduri kawen (22) promosi hebat (20) USM Penang (19) sedap (19) Islam Agamaku (18) jalan-jalan (18) nasihat (17) pesakit (17) Fridge Magnet (16) Kenangan MJ di tahun 2012 (16) ME Nuffnang (16) Pegangan (16) Pulau Pinang (16) kelakar (16) rumah tangga (16) sedih (16) Ilhan (15) Kenangan di Tahun 2014 (15) senarai peserta (15) Celebrate Birthday (14) Exam USM (14) Fesyen (14) Followers (14) PJJ di USM Penang (14) aiskrim kek (14) lucu (14) teka-teki (14) Family Day (12) Hadiah Contest 2013 (12) Nikon D90 (12) pengalaman (12) Bercuti di Cameron Highland (11) Kenangan MJ di tahun 2016 (11) Portable Power Bank (11) islam (11) kisah tauladan (11) my birthday (11) petua (11) tips (11) Avon (10) Cameron Highland BEST (10) Nikah Kawen (10) aksi terlampau (10) sihat (10) Birthday Suami (9) CPUV Earning (9) CPUV Nuffnang (9) Cameron Highland (9) Menu Hari Raya (9) blogger Kuala Lumpur (9) heartbeat (9) kuih raya (9) tutorial (9) Hadiah Wang Tunai (8) Perodua Alza (8) Pizza Hut Promotion (8) Pulau Langkawi (8) Resipi (8) kupon (8) top komen (8) Blogger Utara (7) Kelantan (7) Kenduri (7) Mak Abah ke Umrah (7) Percutian Familyku (7) Percutian Kami (7) Strawberry Park Resort (7) iPhone 5 Gadget Impian (7) jamuan raya (7) kad raya (7) video (7) Hadiah Birthday (6) Kenangan di tahun 2013 (6) MJ dan Suami (6) Puasa Ramadhan (6) Rawatan Kesuburan MJ (6) Resepi Juadah Berbuka (6) Trying To Conceive (6) Umrah MJ 2016 (6) dalam negara (6) juadah berbuka (6) kamera (6) kupon KFC (6) review blog (6) sale (6) Cuti-Cuti Malaysia (5) Hadiah Anniversary (5) Jumpa Blogger (5) Kenangan MJ di tahun 2015 (5) Lumut (5) M'c Donalds (5) MJ bercuti di Thailand (5) Makan Sedap di Pulau Pinang (5) My Koleksi (5) Pengalaman Mengerjakan Umrah (5) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Sepetang Bersama Blogger (5) ThePopLook (5) Tudung Chiffon 3 Layer (5) adik kemalangan (5) endorscope (5) luar negara (5) online (5) ovarian cysts (5) BAJET 2012 (4) Beef Lasagna Cheese (4) Burger King (4) Cara Dekorasi Bajet (4) Cheque Nuffnang (4) Dekorasi Simple by MJ (4) Diari Umrah MJ (4) Happy Anniversary (4) HomeMade Aiskrim (4) Homemade Burger Bakar (4) IQ (4) Jemputan ke Rumah Terbuka (4) Jeruk Buah Penang (4) Kebaikan Omega Guard Shaklee (4) Kisah Kereta MJ (4) Konvo USM (4) Lecithin Shaklee (4) Lost World of Tambun (4) Meatball IKEA (4) Omega Guard Shaklee (4) Perak (4) Popia Milo (4) Popia Nestum (4) Preloved Handbag (4) Rekod Baru (4) Resepi Aiskrim (4) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Puding Triffle (4) Salak Denai Chalet (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) Trip ke Hatyai (4) ibadah puasa (4) pertunanganku (4) Apom Polkadot (3) Baju Kenangan MJ (3) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Bisnes Pelekat Pantz (3) Coconut Shake (3) Copthorne Hotel Cameron Highland (3) Fridge Magnet Oversea (3) Handbag COACH (3) Header Baru (3) Hotel Bajet/Hotel Murah (3) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Jualan Penghabisan Stok (3) Kedah Darul Aman (3) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Kelebihan Vitamin C Shaklee (3) Kenangan MJ di tahun 2017 (3) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (3) Koleksi GUESS MJ (3) Kursus Intensif USM (3) Laksa Janggus (3) Lee Gardens Hotel Hatyai (3) MH370 MAS Hilang (3) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (3) Masjid Nabawi Madinah al Munawarrah (3) Mee Sotong sedap (3) Menu Berbuka Puasa (3) Menu Diet Atkin (3) Menu Rumah Terbuka (3) My Best Moment (3) Omega Gurad Shaklee (3) Ostematrix Shaklee (3) Percutian bersama Keluarga (3) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Potluck (3) Resepi Ayam Sedap (3) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Mudah dan Sedap (3) Resepi Roti (3) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (3) SBPA (3) SPA (3) Steamboat dan Yong Taufu murah (3) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Vivix (3) Ustaz Ahar Idrus (3) cara membawa masuk barang ke malaysia (3) duti import (3) kes bunuh (3) khulafa ar rasyidin (3) mukjizat (3) mutiara kata (3) peraturan dan undang undang kerajaan (3) permit import (3) Agar-agar Milo (2) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Choki Choki (2) Aiskrim Coki Coki (2) Aiskrim Goreng sedap (2) Ayam Dendeng (2) Bahaya Ovarian Cyst (2) Bedak Miyami (2) Bekam adalah Sunnah (2) Bercuti di Taiping (2) Burger Bakar (2) Burger KOMTAR (2) Burger King Penang (2) Butter Prawn sedap (2) Cara Mengira Cukai Kastam (2) Cara Menyemak Keputusan SPM (2) Cashout Nuffnang (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (2) Chicken Chop (2) Demam Denggi (2) Diari Detox Maira (2) Facebook Fanpage (2) Fasha Sandha dan Jejai (2) Hasil BerNuffnang (2) HomeMade Burger (2) Honeymoon di Cameron Highland (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) Hukum memakai Inai Lukis (2) Ikan Terubuk Masin (2) Inai HandMade di Penang (2) Jeruk Magga AsamBoi (2) Jeruk Pelam Asamboi (2) Jom Detox dengan Shaklee (2) Jom kita Detox (2) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) Kami di Lumut (2) Kasut Baru (2) Kebaikan Lecithin (2) Kegunaan Basic H Shaklee (2) Keistimewaan ESP (2) Kek Lapis Sarawak (2) Kelebihan Al Quran (2) Kenduri Doa Selamat (2) Kenduri Kesyukuran (2) Kepentingan Detox pada Tubuh (2) Kereta yang Diubahsuai (2) Khasiat Nenas Batu (2) Koleksi Carlo RINO (2) Konvo USM ke 48 (2) Kuih Siput (2) Ladang Teh Boh Sungei Palas (2) Majlis Kenduri MJ (2) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (2) Mee Udang Special (2) Menu Barbeque BBQ (2) Menu untuk Detox (2) Nasi Arab Bandar Perda (2) Nasihat Suami Isteri (2) Original Handbag COACH (2) Panggilan Palsu (2) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (2) Pemenang Top komen (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Pengalaman HSG Test (2) Pisau Magik (2) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) Popia Barbeque BBQ (2) Popia Cheese (2) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 8000mAh (2) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Quran (2) Rawang Burger Bakar (2) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Mudah (2) Resepi Burger sedap (2) Resepi Lasagna Atkin (2) Resepi Lasagna Telur (2) Resepi Popia Goreng (2) Resepi Puding Kek Pandan (2) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (2) Resepi Spagethi mudah (2) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Rumahku Syurgaku (2) Seminar Wordpress (2) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) Set Menyusu Shaklee (2) Siapa perlukan ESP (2) Sinopsis Bukan Bidadari (2) Spagethi Meatball sedap (2) Strawberry Cheese Cake (2) Tarikh mengundi PRU13 (2) Testimoni Basic H Shaklee (2) Testimoni ESP (2) Testimoni Shaklee (2) Tiket Wayang Free (2) Tips Menabung dengan Si Hijau (2) Tips pemilihan Tudung (2) Tudung Bawal Aidijuma (2) Tutti Frutti (2) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Ziarah Nabi di Masjid Nabawi (2) ayam goreng rempah (2) baju tunang (2) bercuti di Pulau Pangkor (2) ceramah (2) coklat (2) cukai kastam (2) duit malaysia (2) games (2) ilusi optik (2) kenangan MJ di tahun 2020 (2) keputusan Peperiksaan (2) kotak sembang (2) masker wajah (2) syiah (2) temuduga (2) Air Terjun Puteri Mandi Kedah (1) Ayam Percik (1) Bahaya GLA Complex Shaklee (1) Bahaya Kencing Tikus (1) Bahtera Nabi NUH (1) Batik Pants (1) Batu 5 Char Koaw Teow (1) Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (1) Bedak Arab KokuRyu (1) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Bercuti di Melaka (1) Biskut Lasagna (1) Black Label Aidijuma (1) Blogger Kelantan (1) Blogger Perak (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Bunga Pandan (1) Burger Besar (1) Burger KOMTAR De Pauh Garden (1) Burger Leleh Warung Kuning (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) COACH For Sale (1) CY 2000 (1) Cable Car Langkawi (1) Camera SX150 IS (1) Candle Light Dinner MJ (1) Candy Crush Saga (1) Cantik dengan Omega Guard (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Berkesan untuk Menabung (1) Cara Halau Lipas (1) Cara Membuat Burger (1) Cara Menangani Perut Buncit (1) Cara Mencegah Penyakit (1) Cara Mencuci Usus (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) Cara Menjaga Usus (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara Solat (1) Cara buat Passport (1) Cara menguji Personaliti (1) Cara ubati Denggi (1) Cheese Tart sedap (1) Cheezy Magik (1) Cheque HOT FM (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) CoQ Health Plus Shaklee (1) Coklat Crepe (1) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) DIY Fridge (1) DIY Hanger (1) DIY Peti Ais (1) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) Dejavu di Kinabalu (1) Dinosour Park Danok Thailand (1) Ditipu dengan Western Union (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Doorgift Pengantin (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) Drama Dejavu di Kinabalu (1) Durian Musang King (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Endorscope Cyst (1) Erti dan Hukum Berkabung dalam Islam (1) External Hard Disk (1) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Filem Ombak Rindu (1) Fizo Mawar bersanding (1) Frozen Food (1) GLA Shaklee berisiko (1) GLA Shaklee punca ketidaksuburan (1) GST (1) GUESS (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Pelik (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) Gunung Jerai (1) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Handmade Frame (1) Hanger Tudung (1) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hasil Tanaman MJ (1) Hatyai ICEDOME (1) Header Raya (1) Henna Mehendi (1) HomeMade Nasi Arab (1) Homemade Meatball (1) Homestay Murah di Melaka (1) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet di Kuala Lumpur (1) Hotel Murah di Kuala Lumpur dan Jalan Masjid India (1) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hukum Menyebut OMG (1) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Percik (1) Inai Daun (1) Indonesia (1) Irma Hasmie (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) Jalil Coconut Shake (1) Jangkaan Kiamat (1) Jenis Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jom Kembara FF1 (JKFF1) (1) Jubah Safra keluaran MS Design (1) Kad Pengenalan MJ (1) Karnival Kerjaya (1) Kebab Daging (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kedai Kacang Bagan (1) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Ephyra (1) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan Pad Hygiene (1) Kelebihan Water Pitcher Shaklee (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) Keputusan PRU13 (1) Kerabu Sotong (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kesan setelah mengambil GLA Shaklee (1) KeyChain (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Firas (1) Koleksi Fridge Magnet (1) Koleksi Header Blog (1) Koleksi Paris dari Aidijuma (1) Koleksi Wallet MJ (1) Krabi dan Hatyai (1) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) Laksa Telur Bersarang (1) Lampu Tidur Romantik (1) Lecithin sebagai Pengemulsi Lemak (1) Lelong barang bawah RM50 (1) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) MJ (1) MJ Makan Free (1) Macarons (1) Machu Pichu (1) Magnet Board FM (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makam Nabi dan Raudhah (1) Makan Sedap di Manjung (1) Makaroni Baked Cheese (1) Makeover Fridge (1) Maksud PJJ (1) Mandi Wap (1) Mandi di Private Pool (1) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Maybank ATM Card (1) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Mee Kuah Daging (1) Mee Kuah senang (1) Mee Sotong Padang Kota (1) Melaka (1) Menabung dengan Si Hijau (1) Menu Sarapan (1) Menu di Victoria Station (1) Mineral Coffee Hai-O (1) Murtabak Telur (1) My Graduation (1) My HomeMade Kuih Raya (1) My Mum (1) Nan Cheese Meleleh (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nora Elena Vs Novel Kasih Suci (1) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Oreo CheeseCake (1) Panasonic Viera (1) Panda Park Danok Thailand (1) Panorama TV1 (1) Paris Satin Aidijuma (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Passport pertama MJ (1) Pati Ikan Haruan (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Penapis Air Portable (1) Penapis Air Shaklee (1) Penetapan Gaji Minimum (1) Pengalaman Menggunakan Western Union (1) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pensonic Warehouse Sale (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Performance Drink Shaklee (1) Perfume (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perkahwinan Artis (1) Perodua Bezza (1) Perodua MyVi 2018 (1) Persandingan MJ dan SUAMI (1) Pes Kuah Laksa Sedap (1) Petaling Jaya (1) Petua Halau Lipas (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Petua ubati batuk (1) Petua ubati sesak nafas (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) PilihanRaya (1) Popcorn Ayam (1) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 2800mAh (1) Preloved Carlo Rino (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Program Realiti TV3 (1) Promosi Ephyra (1) Promosi Tudung Murah (1) Proton Terbaru (1) Puding Milo Lapis Oreo (1) Pulau Beras Basah (1) Punca Demam Denggi (1) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Peranginan di Malaysia (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) Ramalan Kiamat (1) Rambutan Sedap dan Manis. (1) Rantai Tangan Hilang (1) Renungan Bersama (1) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Percik (1) Resepi Begedil Ayam (1) Resepi Begedil Kentang (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Jeruk Pelam (1) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Kek Minyak Kukus (1) Resepi Kek Sedap (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Mee Kuah Sedap (1) Resepi Mee Sizzling (1) Resepi Mushroom Sup (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resepi biskut Meringue (1) Restoran Bara Grill Taiping (1) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Romantika di Sungai Petani (1) Roti Bakar Meleleh (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) SC Sanitary Pad Cosway (1) SX150 IS (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Saman Hadlaju (1) Sandwich Sedap (1) Sarawak (1) Scha dan Awal (1) Sejarah Komputer (1) Selsema dengan Vitamin C Shaklee (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Set BUASIR (1) Set Berpantang Shaklee (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Sihir dan Santau (1) Singapura (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Stokin Kaki Scholl (1) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Susu Kambing sedap (1) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) Taj Mahal (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Iklan blog Celoteh MJ (1) Tapak Pesta (1) Tasik Dayang Bunting (1) Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang (1) Tempat menarik di Krabi dan Hatyai (1) Tepung Magik (1) Testimoni GLA Complex (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Ostematrix Shaklee (1) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni produk Double Stemcell (1) Tioga Deluxe Suite Strawberry Park Resort (1) Tips Memasuki dan Solat di Raudhah (1) Tips Menabung dengan Berkesan (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tiram Goreng Tepung (1) Tonsil Bengkak (1) Tragedi MH17 (1) Transaksi Luar Negara (1) Triple Stemcell (1) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Update Bloglist (1) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Victoria Sandwich (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) Virus Infection vs Demam Denggi (1) Wallet (1) Wallpaper Dinding Rumah (1) Wallpaper Fridge (1) Wallpaper Kaison (1) Wang Kelian (1) Western Union Selamat (1) White Label Aidijuma (1) Wishlist MJ (1) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Zinc Complex Shaklee (1) beauty Umaira (1) berita terkini (1) bomoh VIP penipu (1) borong.com.my (1) buku denaihati (1) cara mengira cukai (1) herblax Shaklee (1) himpunan bantah GST (1) hobi masa lapang (1) iPhone 5 Contest (1) isu agama (1) kekabu (1) kenangan MJ di tahun 2010 (1) keputusan SPM (1) keracunan (1) khalifah ganti superman (1) kontroversi (1) lukisan termahal didunia (1) mascara (1) masjid (1) melaleuca oil (1) movie (1) penipuan (1) photography (1) picaso (1) rempah sauna (1) simulator (1) sinopsis KHILAF (1) sosilawati (1) sunnah wal jamaah (1) tan sri ali hashim (1) teknik- teknik fotografi (1) titanic 2 (1) wang kertas siri baharu (1) zuriat (1)