TV3 akan menerbitkan program realiti terbaru iaitu 'Bintang mencari Bintang' yang bertujuan untuk mencari bakat baru dalam bidang sketsa komedi yang tidak mempunyai persamaan dengan program komedi kini.
Menurut Penerbit eksekutifnya, Muhamad Suffian Isa berkata, walaupun program berbentuk komedi telah banyak diketengahkan oleh stesen lain namun pihaknya memberi jaminan bahawa rancangan realiti itu akan memberikan kelainan.
"Program ini diterbitkan bukan untuk meniru sesiapa dan pengisiannya nanti akan memberikan kelainan kepada penonton.
Suffian ditemui ketika majlis pelancaran program itu dan memperkenalkan barisan para artis yang akan membimbing peserta dalam program tersebut di sini pada Selasa.
Seramai enam orang artis yang dipanggil “sifu” akan menerajui program itu seperti Raja Azura, Senario, Harun Salim Bachik, Zizan Razak, Sabri Yunus dan Afdlin Shauki.
Ditanya mengenai pemilihan sifu, Suffian menjelaskan ia dibuat berdasarkan kualiti dan pengalaman luas mereka dalam kedua-dua bidang tersebut.
"Peranan mereka adalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta berkaitan bidang seni persembahan, sketsa komedi, nyanyian dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur," ujarnya.
Bintang Mencari Bintang bakal memperlihatkan setiap sifu mempunyai dua orang peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000.
Bagi uji bakat yang bakal bermula pada 19 Januari ini, dua nama besar iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Ajai akan memilih peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya sebelum dipilih oleh enam sifu sebagai anak didik mereka.
Peserta hendaklah berusia 18 hingga 28 tahun, lelaki atau perempuan, solo atau berkumpulan (tidak melebihi dua orang). Mereka yang memiliki bakat melawak dan menyanyi digalakkan hadir untuk uji bakat.
Berikut adalah tarikh dan lokasi uji bakat:
1) 19 & 20 Januari 2013 - AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang.
2) 26 & 27 Januari 2013 - Centerpoint Kota Kinabalu, Sabah.
3) 2 & 3 Februari 2013 - Boulevard Kuching, Sarawak.
4) 8 & 9 Februari 2013 - Kota Bharu Trade Centre, Kelantan.
5) 16 & 17 Februari 2013 - Plaza Angsana, Johor Bahru
6) 23 & 24 Februari 2013 - AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Sumber : mStar Online
Kalau sesiapa berminat boleh la hadir ke ujibakat seperti tarikh di atas ye.. :)

Gambar : SINI