10 Jan 2015 yang lepas genap lah usia pernikahan kami yang ke 5 tahun, Alhamdulillah fasa pertama perkahwinan (5tahun mula) kami lalui bersama mengharungi pahit getir manis indahnya perkahwinan walaupun tanpa kehadiran cahaya mata dalam hidup kami. Semoga fasa ke 2 (5 tahun kemudian) dan fasa seterusnya sehingga hujung nyawa kami tetap bersama sebagai suami isteri dan mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kami, aminnnn.
Andai rezeki anak memihak kepada kami, pastinya ketika ini 'si kecil' kami telah berusia 5 tahun dan memasuki alam persekolahan.
Tetapi tak apa kami Redha dengan Ujian Allah buat kami, biarlah orang bercakap yang penting kami dah berusaha setakat terdaya. 5 tahun dah pelbagai usaha, cara, kaedah dan tak lupa doa mengiringi setiap apa yang dilakukan, kami tawakkal.
Sedikit terubat bila MJ turut merasai pengalaman menghantar anak ke Tadika (anak sedara..heheh) pengalaman nak kejutkan Firas bangun pagi ke sekolah, melayan ragam taknak ke sekolah di hari pertama tapi lepas dah pakai 'Uniform' tadika terus semangat.
Dah sampai kelas senyum sampai ke telinga, kami nak balik pun ok je boleh tapi kami tetap tunggu sampai habis masa orientasi Firas pukul 10pagi.
Sambil tunggu abg Firas dalam kelas, kita Selfie dengan Ilhan dulu. Ilhan bila tanya nak sekolah ke, dia jawab taknak tapi dalam kelas nak duduk sebelah abang.
Sekarang hari ke 3 Firas di sekolah dah semangat, bangun pagi tanpa dikejut mungkin sebab Ummi Firas siapkan bekal ke Tadika kot (Perkembangan Firas di update oleh Ummi Firas setiap pagi - sebab MJ dah kembali ke Penang meneruskan kerja).
p/s : Seronok tengok di FB masing2 update perkembangan anak di hari pertama persekolahan, kekadang hati 'sedikit' rasa sedih apakan daya kita hanya manusia biasa..hehehee