Entry ini adalah sebagai peringatan buat diri sendiri dan MAAF ianya agak panjang.
MJ dah beberapa kali membeli barangan secara online, setakat ni alhamdulillah tiada masalah, pihak penjual pos barang yang dikehendaki tepat pada masa yang dijanjikan. Jadi kita pun seronok nak membeli dan akan teruskan belian di masa akan datang, betul tak?
Sebelum ni kecoh hal ZALORA dan LAZADA apabila barang yang dipesan senyap dan sepi begitu sahaja. MJ pun bila baca pengalaman kawan-kawan yang 'terkena' saja gatai tangan cuba order online dengan salah 1 pihak tersebut, dan MJ memilih term COD, maksudnya barang sampai baru bayar senang at least tak lah geram atau terasa ditipu.
Dan ternyata sehingga saat ni, rasanya dah hampir 2 bulan kot, barang yang dipesan langsung tak nampak batang hidung, apatah lagi pihak diorang nak email atau telefon, hmmmm malas nak bising lagipun belum bayar kan, so let it go dan ternyata betul apa yang orang perkatakan sebelum ini.. TITIK!!
Ok lain cerita baru-baru ni MJ ada membeli secara online thru FB, tertarik dengan barangan yang dijual selepas classmate MJ ada beli dan HIGHLY RECOMENDED, jadi MJ pun pilih punya pilih dan buat keputusan untuk membeli dan membayar pada hari SELASA (9 Sept 2012), penjual memaklumkan akan pos pada hari Khamis (11 Sept 2012) dan siap beri Tracking No pada MJ. MJ pun setuju dengan perkara ini.
Bila pos hari khamis dan oleh kerana MJ tinggal dalam kawasan bandar (1 hari tempoh penghantaran), maksudnya barang akan sampai pada hari Jumaat, tapi malangnya tak sampai, ok takpa tunggu hari Sabtu la tengok macam mana. (Untuk sedapkan hati)
Check dengan pejabat pos tempat MJ dan bagi tracking no, pihak pos cakap No tu tak wujud dan maksudnya belum pos lagi. Jadi MJ PM penjual tersebut untuk bertanya inginkan kepastian betul ke dah pos dan dia maklumkan bahawa barang MJ MEMANG DAH POS PADA HARI KHAMIS, dan memberitahu kebelakangan ni banyak barang customer dia sampai lewat lebih kurang seminggu sebab musim hujan, dan sistem pos down.
Dan bila tanya adakah betul Tracking No tu-yela takut silap ke apa kan - terus SENYAP tiada jawapan. Pihak POS memberitahu MJ sekiranya barang tersebut sudah dipos, automatik tempat penghantaran akan scan No Tracking tu dan direkod dalam sistem mereka tapi bila di check tak ada.
Isnin lepas (15 Sept 2012) MJ tunggu lagi barang tersebut tetapi tetap juga tak sampai, MJ PM sekali lagi penjual dan bertanya soalan yang sama, tapi tak berjawab dan MJ perasan di wall FB nya dia bagitau barangan yang dipesan akan sampai lewat sebabnya musim hujan sekarang ni dan mohon maaf tak sempat nak reply komen di Inbox sebab terlalu banyak.
Maaf, dah cuba untuk rotate tapi masih tak menjadi,
kalau korang perasan ada nampak tarikh pada 13 Oct 2012.
Kualiti gambar agak kurang jelas sebab menggunakan enset.
Dan pada hari Selasa (16 Sept 2012) barang tersebut baru sampai di Pejabat Pos tempat MJ dan bila tengok di resit tarikh penghantaran/pembayaran dibuat adalah pada hari SABTU (13 Sept 2012) jam 4.50 petang, lagi 10minit pejabat pos nak tutup memang konpem la barang MJ akan diproses pada Isnin. Dan kalau betullah masa tu barang yang dihantar, pada MJ mana ada sampai lewat pun, normal lah proses hari Isnin dan hari berikutnya MJ boleh dapat. (Sedangkan MJ juga ada pos barang kepada blogger Ina pada hari KHAMIS dan hari Jumaat tu Ina maklumkan barang dah sampai)
MJ tak kisah kalau dia nak pos lambat pun (asalkan dia bagitahu la kan) tak lah kita ni tertunggu-tunggu, takut la kot-kot barang tu hilang ke atau apa ke kan. kalau barang harga RM12.00 MJ ok lagi, tapi kalau melibatkan ratusan ringgit siapa tak risau kan.
Lepas kejadian tu MJ memang beringat la dan TAK AKAN berurusan lagi dengannya, maaf cakap tapi kalau kita berniaga secara ikhlas customer akan berpuas hati dan akan teruskan belian pada masa akan datang, berterus terang itu lebih baik dan tak perlu menyalahkan pihak lain yang nantinya diri sendiri yang susah.
p/s: MJ akui kekadang kita semua ada kekhilafan, harap perkara ini tidak berlaku pada MJ juga.