Tahun 2012 ni ingat nak tambah dalam list azam iaitu mengurangkan ke'berat'an badan yang semakin lama dengan senang hati menaikkan dirinya..sobsob... :( Dok nampak-nampak macam susah je, tapi takpe USAHA itukan TANGGA KEJAYAAN, yeahh pasti boleh...heheee
Ini cerita penghujung tahun 2011, kami singgah makan di K.A.P.I.T.A.N Bandar Perda, Penang. Ni gara-gara terpengaruh dengan member Sekolah la yang meng'upload' makanan terliur di FB. Selalu dok tengok depa makan kat sini dan order menu yang sama, nama kemain panjang lagi apa MILANI CHICKEN CHEESE NAN BREAD kot kalau tak silap la.
Muka dalam senyum sebab berjaya mengajak en suami untuk sama-sama menambahkan berat badan...wahahaaa
Vanilla MilkShake (en Suami) dan Strawberry MilkShake (MJ), minuman yang sangat-sangat diminati tau :)
Eskrem dia sedap oooooo (*>*)
Dari rumah lagi MJ memang nak pesan menu tu, almaklumlah pestime nak makan, dah sampai kedai alamak!!! menu ingat-ingat lupa pulak, punya la panjang senarai menu last-last nampak gak MILANI tu, tapi ada 2 jenis so belasah je menu yang rasa-rasa nak sama tu, alih-alih bila dah makanan sampai....
...EH!!! nape lain pulak, dalam gambar tengok lain.
Terus tanya Mamak yang antaq makanan apa nama menu kami ni, sambil tu dengan gigih MJ online free WiFi FB dan cari nama makanan yang kawan upload tu, ok bila jumpa tunjuk kat en suami....
en Suami : Mamak, ini menu apa nama?
Mamak : Ini Tandoori Chicken Cheese Nan Bread (sila baca dengan slang ye)
en Suami : (Sambil tunjuk gambar makanan dalam FB tu kat mamak), ini pulak apa nama?
Mamak: Oh!! ini MILANI Chicken Cheese Nan Bread, ini jugak ada sama dengan TANDOORI jugak, harga pun ada sama, rasa pun ada sama
en Suami : Ok takpa terima kasih..
Aduhhh ini mamak memang nak kena tau, lain yang kami order lain yang dia hantar, bukan masalah harga atau apa, tapi MJ yang nak sangat makan MILANI tu, bila tengok gambar je dah buatkan air liur ni meleleh tau...heheeee
Tandoori pun Tandoori lah, sama gak tak penah makan, tapi tetap tak puas hati sebab tak dapat makan MILANI tu..huuhuhu, en suami nak sedapkan hati cakap
'Takpe try yang ni dulu, len kali kita mai makan Milani pulak'
Terus hati berbunga riang...heheee
Termakan pujukan terus makan sampai licin, wahahahha habis semua diet di mulut sekali pekena Cheese tu..
Seb baik sedap, cuma ada rasa masam pedas sikit, bagi MJ oklah boleh terima, tapi en suami awal pagi tu meragam perut nak ke toilet je, berkali-kali je, kesian lak tengok..
Lepas dah minum ayaq nyoq terus perut alhamdulillah sihat :-)
Tapi yang sedih en suami cakap
'Camne nak makan MILANI ni, baru tandoori dah ke toilet, CANCEL la...'
MJ dengan ala-ala merajuk cakap
'Mana boleh, nak gak makan MILANI tu, nanti ke sana abang order la menu lain'
heheee, gigih nak makan jugak tak kira... :) Korang lak penah makan tak MILANI tu?
Oh ye, harga bagi MILANI dan TANDOORI 1 set ialah = RM 10.50