Showing posts with label Scones. Show all posts
Showing posts with label Scones. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Beef Cobbler

Assalamualaikum & selamat petang semua....


Agak lewat bersiaran hari ni.  Menyibukkan diri walau taklah begitu sibuk di ofis hari ni.  Sekarang baru terasa nak update.. layan jelah yer..

Terpandang Beef Cobbler di blog Munamahdzarfadaaq tempohari.. hati meronta2 nak mencuba.. Sebelum ni pernah nampak Cida de Nuanza buat Peach Cobbler... macam tertarik pada mulanya tapi mengenangkan terasa macam manis sangat terus niat nak cuba dilupakan sehinggalah ternampak cobbler yang Muna buat hari tu terus berkenan.  Tak sangka pula ada juga cobbler versi savoury macam ni.  Aku memang kalau boleh lebih suka buat makanan savoury macam ni sebab pasti akan dapat sambutan hangat di rumah. Kalau buat makanan versi manis2 tu... kira nasib2 aje... kadang2 dapat sambutan, kadang2 berminggu2 dok dalam peti sejuk.. hehe...



Oleh kerana ada rezeki daging korban masa raya korban tempohari maka lajulah eksperimen ku bermula.  Sangat curious & tak sabar2 nak merasanyaCobbler ini sebenarnya sejenis scones yang disusun2 di atas inti kemudian di bakar di dalam oven.  Inti tu boleh saja dibuat pelbagai versi. Kalau search di internet.. ada bermacam2 jenis cobbler! Rambang mata nak mencubanya. Namun untuk kali ini ku cuba dulu Beef Cobbler ini & alhamdulillah mendapat sambutan hangat dari anak2 & en. suami.  Sampai tak cukup!




Terima kasih Muna untuk perkongsian resepinya.  Tapi maaf ye Muna sebab MaDiHaA dah adjust sedikit bahan2 resepi mengikut bahan yang ada di rumah. Begitu juga cara penyediakan tu pun MaDiHaA ada ubah sikit ikut cara yang paling jimat (jimat elektrik hehe..). Untuk resepi asal dari Muna boleh klik blog Muna di link tu ye.

Beef Cobbler
by MaDiHaA aka Ratna
Adaptasi dari : Munamahdzarfadaaq


Bahan inti
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar ~ dicincang
600g daging ~ dihiris nipis
1 carrot ~ didadu (MaDiHaA hiris je)
100g cendawan butang ~ dihiris

2 sudu kecil tepong gandum
4 cawan air

½ kiub lembu
1 sudu besar sos Hoisin (resepi asal guna Worcestershire)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato

sedikit pepper
1 sudu kecil serbuk lada hitam (yang dikisar sendiri)

Cara menyediakan

1. Panaskan minyak & tumiskan bawang besar cincang sehingga layu.  Masukkan daging yang dihiris & balik2kan sehingga daging bertukar warna & air yang keluar hampir kering.
2. Masukkan cendawan butang, kiub lembu & air lalu biarkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan carrot, sos hoisin, sos tiram, sos tomato,  serbuk lada hitam, pepper & garam (jika perlu.. MaDiHaA dah tak letak garam sebab dah secukup rasa dah). Kacau rata & biar merenih. 
4. Akhir sekali taburkan tepung & kacau rata. Biarkan daging agak berkuah sikit ye. (MaDiHaA punya tu agak kering. next time buat biar berkuah sikit).
5. Tuangkan daging tadi ke dalam bekas kaca tahan panas/ bekas yang sesuai & ratakan.  Ketepikan dahulu.





Bahan topping:
265g tepong naik sendiri
60gm serbuk roti/breadcrumbs
80g mentega sejuk, dipotong kecil
1 ½ sudu kecil thyme kering
1 sudu kecil parsley kering
60ml susu segar
1 biji telur
garam & pepper secukupnya

Bahan tambahan
sedikit tepong gandum
sedikit susu segar 

Cara menyediakan
1. Satukan tepong, serbuk roti, mentega & semua herba di dalam bekas mengadun. Tambah garam & pepper & gaul ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Satukan telur bersama susu dalam bekas lain dan kacau rata.
3. Masukkan bancuhan susu & telur ke dalam adunan tepong & uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jangan habiskan dulu susunya ye. Ditambah atau dikurang ikut keperluan. Waktu ini dah boleh panaskan oven dengan suhu 160C.
4. Bila dah jadi doh yang lembut, canaikan doh di atas papan canai yang ditabur tepong setelah 1.5 cm. Terap doh menggunakan acuan bulat. Susun doh/scones yang diterap di dalam bekas yang berisi daging tadi. Gliskan permukaan scones dengan susu segar.


5. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 30 - 35 minit atau sehingga scones keperangan & masak sepenuhnya.  Sedia dihidangkan!


Selamat mencuba! 

Monday, June 18, 2012

Cinnamon Bun Scones


Assalamualaikum...

Salam bahagia buat teman2 sekalian....

Pertamanya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua follower samada yang lama mahupun yang baru... terima kasih sudi mengikut blog ku yang serba sederhana ini...

Keduanya nak mohon maaf kerana tak mampu nak reply semua komen dari teman2 sekalian dek kerana kesibukan dengan tugasan di ofis ni... Maaf banyak2 ye... Maaf juga kerana lately ni tak dapat juga nak berkunjung balas ke blog kawan2 yang meninggalkan komen.  Masa amat terbatas.. Kalau sempat pun melawat betul2 secara random je... maaf byk2 ye.. harap kawan2 yang belum sempat ku lawati blog kalian janganlah berkecil hati ye...


Untuk perkongsian resepi hari ni... kali ni berkongsi resepi breakfast ala2 mat saleh pulak ye...  Sebenarnya.. ini adalah percubaan yang pertama kali membuat scones.  Memang dah lama teringin nak mencuba resepi scones. Dah banyak juga simpan resepi scones.. tapi seru seakan belum tiba.  Pertamanya takut tak dapat sambutan dari suami & anak2.  Keduanya pula... memang belum begitu berani nak mencuba & takut tekak sendiri pun tak boleh terima.. hehe.. 

Ini scones yang dibawa bekal ke ofis...

Suatu hari tu.. ternampak cousinku Ida Marlida pos gambar scones yang nampak sedap sangat! Entah apa agaknya yang buat scones yang dia buat tu nampak sedap.. padahal takde resepi disertakan pun masa tu.. hehe.. tapi pada firasatku scones tu pastinya sedap! Apa taknya.. bila nampak ada badam cincang & bijan hitam atas scones tu.. itu yang membuat aku terpikat.. almaklum.. aku memang suka segala jenis kekacang! Tak sabar2 ku kecek2 resepi darinya sebab dah tak sabar nak mencuba.. hehe.. rupa2nya bila dia pos resepi.. baru ku tahu resepi scones tu terdapat oats di dalamnya.. jadi bertambah2 tak sabar aku mencubanya sebab aku pun memang suka dengan oats! Cik abang pun skrg rajin makan oats kalau aku tak sempat nak sediakan breakfast & stok oats kat rumah pun tak pernah putus. Maka pada jangkaan ku.. kalau scones yg ada oats & kekacang ni pasti suami & anak2 suka.  Tak syak lagi... bila je masak & scones masih suam2 tu... masings2 dah habiskan 2 ketul scones! heheee.... Tak perlu makan dengan butter atau jem.. makan macam tu je pun dah cukup sedap! Rangup di luar.. & lembut di bahagian dalam.  Tapi bila disimpan esoknya.. scones akan jadi lembut... tapi masih sedap bagi aku.  Terima kasih Ida sebab rajin gali2 resepi & kongsikan dengan kami semua ye.  InsyaAllah pasti akan dibuat lagi... Jika rasa rajin.. bolehlah try resepi2 scones yang lain pula.. Dah ada sedikit keyakinan untuk buat scones! hihi....

Cinnamon Bun Scones
Resepi : Quaker Oats 
Sumber : Ida Marlida
Dialih bahasa & editing : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 Scones
2 cawan tepong gandum
1 cawan Quaker® Oats (MaDiHaA guna rolled oats)
1/2 cawan nestum (family nestum) yang ni MaDiHaA tambah
1/4 cawan + 2 tablespoons gula pasir (MaDiHaA guna gula perang)
1 tablespoon baking powder
1/4 teaspoon garam
8 tablespoons mentega (disejukkan dlm peti sejuk)
1/2 cawan susu segar
1 biji telur, pukul sikit
1 teaspoon vanilla
1/2 cawan badam cincang (boleh ganti dgn kekacang yang lain)
1 teaspoons serbuk kayu manis

BahanTopping
Susu segar
Badam cincang (atau ikut kesukaan masing2)

Cara menyediakan
1. Panaskan oven 170C.
2. Dalam mangkuk satukan tepong, oats, nestum, 1/4 cawan gula, baking powder, garam & dikacau sebati.  
3. Masukkan mentega yang dipotong kecil2 & gaul sebati dengan campuran tepong. 
4. Satukan telor, vanilla (updated on 5.25 pm pagi td tertinggal vanilla maaf!) & susu. Tuangkan ke dalam adunan tepong & oats. Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
5. Dalam bekas lain, satukan badam cincang, serbuk kayu manis & 2 sudu besar gula tadi hingga rata. Masukkan ke dalam adunan tepong. Kacau sebati. Rehatkan bancuhan kira2 5 minit biar oats mengembang.
6. Bahagikan kepada beberapa bahagian (ikut resepi asal bahagi kepada 12 bahagian tapi MaDiHaA buat kecik2 sikit anggaran dlm 14 biji) & bulatkan seperti membentuk roti & leperkan sedikit.
7. Susun di atas tray & dijarakkan sedikit (kerana doh sedikit mengembang selepas dibakar).  Sapukan dengan susu segar di atas bun/scones kemudian taburkan dengan badam cincang atau topping pilihan.  Bakar sehingga masak atau kekuningan lebih kurang 15 - 20 minit. (bergantung oven masing2).  
8. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan. Scones lebih enak dinikmati semasa suam2 kerana bahagian luarnya berasa rangup & bahagian dalam scones lembut. Jika dibiarkan keesokan hari.. tekstur scone menjadi lembut.. tapi tetap sedap utk dinikmati!


Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...