Assalamualaikum & salam sejahtera....
Sekarang ni dah masuk cuti sekolah, ibu-ibu di rumah pastinya sibuk & tak menang tangan melayan kerenah anak2 di rumah. Antara yang pasti menjadi agenda utama mestilah bab masak memasak kan? Seronok bila ramai2 berkumpul.. mood nak memasak macam2 menu buat anak2 terutama anak2 yang balik bercuti dari sekolah asrama memang sentiasa ada. Kalau boleh tu macam2 nak masakkan untuk mereka. Apakan tidak... bila mereka di asrama... nak masak yang istimewa sikit.. hati pasti teringat2 je kat anak2 di asrama kan? Macam tu lah yang selalunya jadi pada MaDiHaA sendiri. Bila teringin nak masak yang agak istimewa dari hari2 biasa... terpaksa pendamkan dulu sebab teringat kat kakak Dini di asrama. Ni dia cuti ada kat rumah.. bolehlah masak macam2. Tapi tulah.. masa MaDiHaA kat rumah pula hanya pada cuti hujung minggu & selepas waktu pejabat saja.. jadi.. hanya weekend jelah dapat masak something special untuk keluarga.. Takpelah kan.. sekurang-kurangnya.. kita dah mencuba yang terbaik buat keluarga..
Ok banyak pulak merepek2 hari ni. Sebenarnya MaDiHaA nak berkongsi resepi istimewa yang MaDiHaA baru je jumpa di blog Quinnie. Belum pernah rasanya terjumpa di mana-mana resepi Mee Kari Ipoh ni. Istimewanya mee kari ini tidak menggunakan isian seperti ayam, udang atau kerang. Tapi mee kari ni hanyalah dihidangkan bersama2 dengan bebola ikan, kuih ikan (fishcake), tauhupok & tauhu. Haa.. itu yang MaDiHaA suka tu sebab senang kerja & jimat belanja.. hihi... Boleh juga dicampurkan dengan pelbagai bebola yang lain seperti bebola sotong atau bebola udang. Asal jangan masukkan bola tenis atau bola pingpong sudahlah ye... hehehe...
Dapat seperiuk besar kuahnya.. kepekatan kuah bergantung citarasa masing-masing ye..
Perencah utama yang menjadi bahan yang paling penting untuk kuah Mee Kari Ipoh ni ialah dengan menggunakan ikan bilis tamban. Ikan bilis tamban ini saiznya lebih besar dari ikan bilis yang biasa. Menurut Quinnie.. jika tiada ikan bilis tamban boleh juga gunakan bilis ikan termenung (ikan kembung) kecil. Jika ada yang tak tahu bagaimana rupa ikan bilis tamban.. kat bawah tu sempat MaDiHaA snap gambarnya sebelum direbus untuk dijadikan stok ikan bilis.
Ikan bilis tamban
Ok jom kawan2 kita tengok apa ramuan yang digunakan untuk memasak Mee Kari Ipoh ni... Pada Quinnie.. akak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ni di blog. Dapat juga kawan2 lain mencubanya. Nak harapkan merasa yang dijual tentulah susah nak jumpa selain dari di Ipoh atau di Perak kan... Jadi.. dengan adanya resepi ni.. bolehlah kami merasa. Rasanya memang ada kelainannya sikit sebab menggunakan rencah ikan bilis yang diblender & juga stok ikan bilis tamban.
MEE KARI
IPOH (SI IKAN TAMBAN)
RESEPI: Qasehququinnie
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2 Untuk Kuah:
100 gm
ikan bilis tamban
1 bawang
besar*
6 bawang
putih*
segenggam ikan bilis* (blend bahan bertanda*)
1 kulit kayu manis saiz kecil
1 bunga lawang saiz kecil
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
3 tangkai daun kari
5 serai diketuk
5-6 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili kering
santan secukupnya (MaDiHaA perah santan dari sebiji kelapa)
air utk merebus ikan tamban sebagai kuahnya
garam dan gula
sedikit minyak utk menumis
Bahan Pelengkap
2 bungkus mee (450 g x 2) ~ dicelur sekejap & tos
Taugeh
Sawi jika suka ~ dicelur
Daun sup dan bawang
Tauhupok dan tauhu goreng (MaDiHaA guna sepeket besar tauhupok (harga kat sini rm3.50/pek) & tambah terus dlm kuah)
Pelbagai jenis fishcake dan fishball (MaDiHaA guna sepeket fishcake & 2 peket fish ball & campur terus dalam kuah)
Bawang goreng
Cili padi dipotong2 utk yg nak makan pedas
Telur rebus
Cara2
1. Mula2 buat air rebusan/stok ikan tamban dulu....ambil ikan isi dalam periuk
(cuci dulu ye) bersama air secukupnya utk dijadikan kuah...rebus selama lebih kurang 30
- 45 minit. dah masak...tapiskan ikan tamban ni dan ambil airnya sahaja. (isi ikan tamban tu MaDiHaA tak buang.. tapi simpan & boleh dibuat rencah untuk nasi goreng.. tak baik membazir tau.. hihi..)
2. Kemudian panaskan minyak dalam periuk... isi bahan blend dan tumis hingga
naik bau.... masukkan rempah 4 sekawan... daun kari dan serai.... kacau2 rata dan
masukkan rempah kari dan serbuk cili yg telah dicampur dgn sedikit air....tumis
hingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak.. masukkan santan dan stok ikan tamban.... masak hingga
didih serta kuah masak.... isi garam dan gula... akhir sekali masukkan tauhupok
dan tauhu..... lepas 5 minit boleh tutup api.
4. Hidangkan mee bersama sayur2 ...daun bawang dan sup...cili potong... pelbagai
fishcake dan ball yg telah dicelor serta bawang goreng. kalau suka nak letak
telor rebus pun boleh.
Nota Q: kuah kari ni lebih sedap dimasak awal...macam masak pagi utk makan
petang...sebab kuah dia lebih mesra....ikan tamban tu jgn di blend ye...nanti
rasa pedo atau pahit kuah karinya nanti. ambil air dia sahaja..kalau kuah
terlebih air atau rasa kurang pada kuahnya...kuah yg tengah dimasak tu....ambil
separuh dan masak balik dgn ikan tamban kita dah tapis tadi....lepas tu tapis
balik dan masukkan kuah dalam periuk...utk naikkan rasa ikan dalam
kuah....kalau terkurang rasa la....kena pandai adjust tang ni utk dapat rasa
kuah cam kat kedai tu...:)
Selamat mencuba!