Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

Bubur Sum Sum

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Ini merupakan sajian pemanis mulut yang en. suami paling suka. Pernah MaDiHaA buat kuih lompat tikam, suami cakap lain kali kalau nak buat, buatlah bahagian kepala (bahagian putih yg berlemak) tu lebih dari yang hijau.  MaDiHaA kata kalau macam tu lebih baik buat bubur sum sum aje.... hehehehe.... Yelah kuih lompat tikam tu kan yang warna hijaunya tu takde rasa lemak. Hanya rasa tawar & beraroma daun pandan je. Tapi itulah sebenarnya yang melengkapkan rasa kuih lompat tikam sebab dalam adunan hijau tu kita campurkan dengan sedikit air kapur. Jadi dia ada rasa yang tersendiri di situ.  Lompat tikam versi Kelantan pula pelengkapnya mesti ada pulut warna merah. Versi Terengganu takde ye pulut merah tu. Kalau ikutkan memanglah yang paling sedap tu bahagian putihnya. Jadi kali ni untuk puaskan hati en. suami... rajinkanlah juga MaDiHaA buat bubur sum sum. Kali ni barulah suami senyum sampai telinga. Tapi tak boleh buat selalu sangat ye.... bahaya.... lemak2 santan & air gula yang manis tu semua boleh membawa penyakit. Berpada-padalah kita bila makan sesuatu ye kawan2....

Sebenarnya MaDiHaA buat pemanis mulut ni semasa bulan puasa tempohari waktu bercuti di rumah ma tersayang. Ma pun suka pemanis mulut ni. Ehh!! boleh katakan semua pun sukalah. Buat 2 adunan pun sekejap je licin. Berbaloi buat bila balik kampung ramai2. Seronok tengok semua suka apa yang kita masak.

Jom MaDiHaA kongsi resepi Bubur Sum Sum versi MaDiHaA ni. 




Bubur Sum Sum
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 1/2 cawan santan dari sebiji kelapa
1 1/2 cawan tepong beras
1 sudu besar tepong jagung
1/2 sudu kecil garam 

Cara menyediakan
1. Adun semua bahan menggunakan whisker sehingga rata. Tapiskan dalam kuali besar.
2. Kacau adunan menggunakan api sederhana sehingga adunan pekat. Kacau jangan berhenti sehingga adunan nampak berkilat & betul2 masak. (untuk uji adunan dah masak atau belum, ambil sesudu besar adunan letak atas piring & tunggu sejuk. Jika adunan disentuh & lekang dari piring bermakna ia sudah cukup masak. Jika adunan masih melekat2 pada piring teruskan kacau adunan sehingga ia masak & nampak berkilat)
3.Bila diuji & sudah cukup masak, tuangkan di dalam loyang atau bekas2 kecil yang disukai.
4. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan. Semasa menghidang, sudukan bubur sum sum ke dalam mangkuk hidangan, tuangkan air gula di atasnya & bolehlah dinikmati. 

Air Gula
1 cawan gula kabong saiz besar
1/2 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara menyediakan
1. Panaskan semua bahan sehingga mendidih & semua gula larut sambil dikacau.
2. Sejukkan. Kemudian tapis ke dalam bekas yang sesuai untuk menghidang.

Selamat mencuba!

Monday, March 20, 2017

Bubur Jagung Bersagu

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Sibuk sesangat sekarang ni hinggakan tak sempat nak jenguk2 blog sangat. Hari ni pun sekadar update resepi bubur jagung je. Dah lama juga tak buat bubur jagung. Sabtu malam tu en. suami balik kerja jam 8 pm sempat dia singgah pasaraya beli lauk basah & sayur serta jagung minta buatkan bubur. Petang Ahad barulah buburnya menjadi. Yelah nak buat malam tu macam dah tak berapa sempat je sebab suami bawak balik pun dah jam 9 40 pm. Tak sesuai la pulak nak masak bubur malam2... hehehe... Apapun.. syukur seronok tengok suami & anak-anak makan bubur jagung.. semua pun suka... Nanti kakak balik dari asrama boleh buat lagi. 

Kakak sekarang masih sibuk dengan MASISUPA (Majlis Sukan & Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Pahang) kat Pekan sekarang ni belum dapat berjumpa family lagi. InsyaAllah Selasa ni baru dia balik KL. Apun nak ucapkan tahniah pada kakak & pasukannya kerana team bola jaring kakak johan MASISUPA 2017. Kakak jadi pemain import untuk Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis bagi wakil Zon 4 negeri Pahang. Tahniah tau!! Keep it up girl!




Bubur Jagung Bersagu

Bahan2
4 tongkol jagung
3 senduk kecil sagu mata halus
air secukupnya
santan secukupnya (MaDiHaA guna 1 kotak santan ayam brand + 1 biji kecil kelapa parut diperah santan)
2/3 sudu kecil garam
8 sudu besar gula pasir (Nak manis tambah lagi)
2 helai daun pandan

Cara menyediakan
1. Jagung dihiris isinya ke dalam bekas. MaDiHaA suka hiris halus sikit untuk sebiji jagung tu hiris 2 kali. Kemudian isi yang melekat pada tongkol jagung dikikis2 sehingga bersih supaya tak membazir isinya.
2. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih anggaran setengah periuk. Bila mendidih masukkan sagu. Rebus sagu sampai jernih & pastikan sentiasa kacau supaya sagu tak berkerak. Bila sagu dah jernih, tutupkan air & tambah air paip. Kemudian tapiskan sagu tersebut & basuh sehingga kanjinya hilang.
3. Masukkan santan secukupnya dalam periuk. Masukkan garam, daun pandan yang disimpul & jagung yang telah dihiris. Rebus hingga mendidih & jagung masak. Masukkan sagu & gula pasir & kacau sebati. Tunggu sehingga mendidih. Sekiranya kuah akak pekat boleh tambahkan air supaya bubur berkuah. Sebab nanti konsistensi bubur akan memekat sedikit apabila sejuk. Jadi biarkan ia berkuah sedikit. 
4. Jika suka manis boleh tambah gula ikut rasa yang anda suka ye. Selamat mencuba!

Tuesday, May 5, 2015

Bubur Kacang Durian

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Antara dessert mudah & femes bagi orang Melayu. Nak pula bila tiba musim durian.. memang tak boleh miss buat bubur kacang durian & pulut serawa durian.  Hmm.. kali ni MaDiHaA buat bubur kacang durian menggunakan durian yang en. suami frozenkan dalam peti sejuk.  Masih segar & elok isinya.  Alhamdulillah... sesuai sangat dijadikan juadah berbuka puasa... Dah banyak kali membuatnya.. tapi rupa2nya belum sempat diblogkan walau sekali.. hehe.. so hari ni MaDiHaA blogkan jugalah resepi Bubur Kacang Durian ni... mungkin ia berguna untuk rujukan anak2 satu hari nanti..



BUBUR KACANG DURIAN
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
Air secukupnya

3 keping gula nissan/ gula kerek (kalau nak warna gelap boleh letak lebih.. )

gula pasir secukup rasa

3 cawan santan (dari sebiji kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya 

1/2 sudu teh garam
Air secukupnya


Cara menyediakan
1. Rebus kacang hijau yang direndam dengan air secukupnya hingga kembang. Bila dah cukup kembang bolehlah masukkan santan, gula nissan/kerek, daun pandan, garam & gula pasir secukup manis yang anda suka.  Biarkan mendidih sambil dikacau selalu supaya santan tak membuak. Jika kurang manis boleh tambah gula secukup rasa.
2. Masukkan isi durian.  Kacau2 sekejap & bolehlah matikan apinya. Sedia dihidangkan samada suam2 atau dibiarkan sejuk dalam peti sejuk. Pekat atau cair bubur boleh adjust ikut citarasa sendiri. Tambah atau kurangkan santan ikut citarasa.

Selamat mencuba!

Wednesday, March 11, 2015

Bubur Nasi Sinar Mentari (untuk suami yang sakit tekak operation)

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi salah satu bubur nasi yang MaDiHaA masak untuk en. suami yang masih cuti sakit tu.  Kasihan sangat dengan en. suami yang tak boleh nak makan benda lain selain bubur nasi, creamy soup, aiskrim vanilla & yogurt. Nestum atau oats pun masih belum boleh makan lagi.  Memang belum boleh makan makanan yang lain.  Bila telan makanan yang agak kasar macam oats atau nestum tu pun boleh keluar darah lagi.  Memang kesian tengok dia. Jadi MaDiHaA kenalah tukar2 menu walaupun asasnya bubur nasi atau creamy soup... tapi kena tukar2 bahan asas yang digunakan. Samada guna ayam atau ikan serta sayuran yang digunakan pun kena tukar2 jugak.  Kalau asyik masak guna bahan yang sama je jemu pula nanti kan.

So jom tengok resepi bubur ni.  Segala lauk & sayur tu memang kena kisar halus kalau tak memang sakit la tekak dia time menelan.  MaDiHaA namakan ia Bubur Nasi Sinar Mentari sebab warnanya yang ceria tu... hehe... Ok semoga dapat memberi inspirasi & idea untuk isteri2 atau ibu2 yang nak masakkan untuk pesakit tonsil lepas operation tu ye.


Bubur Nasi Sinar Mentari
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 1/2 pot beras ~ cuci bersih
2 liter air (kalau kurang boleh tambah lagi)

Bahan lain
1 keping isi dada ayam (dlm 200 gm) ~ potong kiub
5 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
1/3 lobak putih ~ hiris nipis
1/2 lobak merah ~ hiris nipis
1 batang seleri ~ potong pendek2
1 biji tomato saiz sedang ~ potong kiub
1 kiub ayam
garam secukup rasa
air secukupnya
sedikit minyak masak

Cara menyediakan
1. Beras direnihkan bersama air sehingga betul2 kembang. Sesekali dikacau supaya tidak berkerak. Jika masih kurang airnya.. boleh tambah lagi. Kecilkan api bila bubur dah kembang.
2. Dalam periuk yang lain panaskan sikit minyak & tumiskan bawang merah, putih & halia yang dihiris hingga wangi & nampak hampir keperangan. Segera masukkan hirisan ayam & kacau sebati. Masukkan semua sayuran & air anggaran tenggelam sayur & biar mendidih.
3. Masukkan kiub ayam & masak hingga sayur lembut. Bila sayur lembut tutup api & tunggu hingga sejuk atau suam. Bila dah sejuk atau suam, bahagi 2 atau 3 bahagian ke dalam pengisar & kisar semua bahan dlm sup tadi sehingga halus atau separa halus (jangan lepas penuh2 pengisar ye nanti ia membuak. (MaDiHaA kisar halus sebab suami langsung tak boleh makan sayur2 yg kasar tu sebab masih sakit tekaknya). Tuang kisaran ke dalam periuk bubur nasi tadi. Kisar lagi baki sup tadi. Sambung renih bubur nasi tadi & tambah garam hingga secukup rasa. Bila dah secukup rasa bolehlah matikan api & hidang. (Untuk pesakit tonsil yang baru lepas operation kena tunggu bubur betul2 sejuk barulah boleh makan)

Selamat mencuba!

Tuesday, April 1, 2014

Pengat Keladi Telur... sedap betul!!

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Malu nak mengaku yang MaDiHaA baru pertama kali masak & makan keladi telur ni.  Ya Allah... sedap betul keladi ni.. isinya sangat lembut & empuk.. orang Terengganu cakap 'seku'.  Tak perlu masak lama2.. & tak perlu rebus buang air sebab keladi ni memang lembut & tak gatal.  Ruginya tak merasa sejak dulu.  Ini pun keladi yang suami beli dari pasar pagi.  Katanya.. dulu kat kampong memang kerap mak dia masak... tapi sekarang agak susah juga nak jumpa sebab mungkin dah agak pupus.  Ni kalau terjumpa kat pasar tani ke pasar malam ke.. confirm MaDiHaA sendiri akan beli.. hahaha....  Selalunya... stok bahan2 dapur samada basah atau kering en. suami yang beli... MaDiHaA hanya jadi tukang masak saja.  Apa yang dia beli.. itulah yang MaDiHaA masak...  Kecuali ada resepi2 tertentu yang MaDiHaA nak cuba & suami tak sempat beli.. barulah MaDiHaA akan cari sendiri.. hehehe...

Kawan2 di FB kata.. kalau makan keladi ni jangan makan gula2 hack ye! 
Boleh mabuk atau pening!

Ok jom layan pengat keladi telur ni.  Kalau terjumpa keladi telur ni belilah ye.. tak rugi tau. Sedap! Keladi ni pun boleh dibuat pelbagai jenis kuih sama macam keladi biasa atau keledek.  Tapi rasa macam sayang pula nak buat kuih sebabnya... makan keladi itself dah teramat sedap.  Kalau buat kuih dah bercampur tepong... dah lari rasa keladinya kan.. Keladi ni kalau rebus & makan cicah dengan kelapa parut yang digaul garam & gula mesti best giler... adushhh... ngences lagi.. hehe..



Pengat Keladi Telur
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
7 - 8 ketul keladi telur
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
4 sudu besar gula merah (nak lebih manis tambah lagi)
secubit garam
2 helai daun pandan

Cara menyediakan
1. Keladi yang siap dikupas dicuci bersih & potong sederhana tebal. Toskan.
2. Masukkan santan, keladi, garam & daun pandan dalam periuk & didihkan sambil dikacau supaya tak membuak.
3. Tambahkan gula merah & masak hingga gula merah hancur.  Bila keladi dah empuk & cukup manisnya.. bolehlah padamkan api.  Keladi Telur sangat cepat empuknya berbanding keladi biasa atau keledek & tak perlu masak lama.  


Mungkin lain negeri lain namanya.. ada yang panggil keladi telur, keladi tawi, keladi setawi, keladi gate, keladi sarawak... semua nama2 ni MaDiHaA dapat hasil dari perkongsian kawan2 di FB.  Saiznya comel2 je tau... besar sikit je dari ketul halia tu..

Selamat mencuba.

Tuesday, August 27, 2013

Bubur Candil Dwi Warna

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Masih lagi nak masukkan resepi tertunggak iaitu resepi yang dimasak untuk menu berbuka puasa Ramadan yang lalu.  Ini antara pemanis mulut yang digemari en. suami. Kalau buat gerenti tak membazir punya.  Kali ni MaDiHaA buat versi kuah putih sebab guna gula pasir sahaja.  Kalau nak ganti dengan gula merah atau gula melaka pun boleh. Saja kali ni nak buat separuh dari bebolanya ada warna jadi lebih cantik guna gula pasir barulah nampak warna bebola tu kan..
 

Bubur Candil Dwi Warna

Bahan-Bahannya
250 gm tepong pulut
4 ~ 5 sudu besar tepong gandum
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air (jangan dihabiskan.. tengok keadaan doh dulu)
1 sudu kecil garam (bancuh dlm air kat atas tu)
Santan sederhana pekat secukupnya utk kuah (agak2lah ye)
Gula pasir (pun agak2 juga manis mana yg anda nak)
2 helai daun pandan ~ disimpulkan

Sedikit pewarna kegemaran

Cara2nya
1. Campurkan tepong pulut dan tepong gandum dlm satu bekas. Masukkan air kapur & tuangkan separuh dari air bancuhan garam tadi lalu diuli sambil ditambahkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat doh yg lembut. (jangan dituangkan semua air tadi takut doh terlembik pulak.. kalau doh terlembik.. boleh tambah sikit tepong pulut atau tepong gandum ye).  Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Warnakan salah satu bahagian dengan warna pilihan anda.
2. Jerangkan air dlm periuk & biarkan mendidih. Sediakan pula sebekas air yang bersih dlm bekas yang lain.
3. Bulat2kan doh sebesar biji guli atau ikut saiz yang anda suka. Masukkan dlm air mendidih.. buat sehingga habis. Sambil2 buat tu angkat & toskan guli2 pulut yang dah timbul tu ke dalam air yang disediakan tadi. Tunggu sampai semua dah timbul angkat, tos & masukkan dlm air biasa tadi.
4. Dalam periuk yang lain.. jerangkan santan sederhana pekat bersama gula, secubit garam & daun pandan. Sambil2 tu.. toskan bebola tadi lalu masukkan ke dalam kuah santan & masak sehingga mendidih & gula larut. Sentiasa kacau supaya tak membuak.
5. Bila dah masak tutupkan api & bolehlah dihidangkan. 


Selamat mencuba!

Monday, March 18, 2013

Bubur Jagung Bersagu

Assalamualaikum & bersua lagi...


Petang-petang macam ni... layan bubur jagung pun sedap juga kan? Ini salah satu menu nak perhabis isi jagung yang en. husband beli tempohari lebihan dibuat Tuna Mornay aritu.  Memang dah lama pun habis bubur ni... hanya MaDiHaA & suami je yang makan... anak2 bo layan.. Kalau ada kakak Dini mesti dia suka.. tapi adik2nya ni memilih sikit.  Pelik betul lah budak2 ni.  Jagung rebus dengan jagung cawan tu mereka suka pulak!   So sekali masak bubur ni... tahan untuk 3 hari... kena simpan peti ais la kan.. makanya.. ayah & ibu bolehlah makan ulang2.. makan sikit2 sebab tu tahan 3 hari.. hehehe...

Layan ajelah ye bubur jagung ni... semua orang pun boleh buat ni..



Bubur Jagung Bersagu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
300 gm isi jagung yang dihiris dari tongkol jagung (sukatan lebih kurang aje ni)
3 sudu besar sagu biji halus
5 cawan air
2 cawan santan pekat
2 - 3 keping gula nnisan atau secukupnya gula merah (bergantung manis yang dikehendaki ~ gula nnisan atau gula kerek tu.. tengok saiz juga ye.. yg MaDiHaA guna ni saiz kecik je..)
secubit garam
2 helai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan
1. Masak gula nnisan/ gula merah dengan 1 cawan air hingga larut kemudian tapiskan.
2. Dalam periuk lain, rebus isi jagung dengan 4 cawan air hingga separuh empuk.  Cuci biji sagu dalam tapisan kemudian masukkan ke dalam periuk berisi jagung. Masak sehingga biji sagu jadi separa jernih.
3. Akhir sekali masukkan santan, air gula yang ditapis tadi, daun pandan & garam.  Masak hingga mendidih sambil sentiasa di kacau.  Padamkan api bila nampak biji sagu jernih sepenuhnya.  Sedia dihidangkan.




 Selamat minum petang!

Monday, July 23, 2012

Cendol Durian

Assalamualaikum...

Petang2 ni.. sajalah nak kongsikan pemanis mulut yang rasanya amat sesuai sekali dihidangkan untuk berbuka puasa.  Sebenarnya.. entry kali ni hanyalah menggunakan gambar lama yang pernah di update ke Fotopages MaDiHaA tak lama dulu.  Oleh kerana di blog belum pernah update lagi.. jadi hari ni update ke blog pula mana tau kalau2 fotopages tu corrupt ke.... ada juga backupnya kat sini kan.. hee... kira aci lah ye... yang penting tak 'curi' gambar orang lain betul tak?


Kalau kat rumah tu ada lebihan durian yang dah rasa tak tau dah nak buat apa.. atau rasa2 dah jemu nak dimakan saja atau dibuat santan durian & dimakan dengan pulut... sangat-sangat2 di sarankan untuk mencuba resepi ni.  Alhamdulillah.. hidang dengan cendol macam ni tak begitu muak untuk dimakan berbanding bila dihidang dengan pulut.. Cuma cara menyediakan tu ada sedikit kelainannya.  Air gula merah atau gula melaka tu jangan dicampurkan terus ye.. Jom kita lihat resepinya... Sebelum tu terima kasih  buat Kak Sha yang berkongsi idea ini... terkenang2 lagi kesedapannya.. insyaAllah kalau ada durian nanti boleh dibuat lagi..

Cendol Durian
Resepi : Kak Sha

Bahan2 Untuk Cendol Durian

Kuah santan durian (lihat resepi dibawah)
Cendol (beli aje senang )
Air gula merah/gula melaka (1 cwn gula merah/ 1 ketul besar gula melaka + ½ cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)

Cara Menyediakan Cendol Durian
1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.
2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis & sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit & masukkan ais kiub semasa menghidang) 


Resepi Santan Durian
 Bahan2
1 biji durian ~ ambil ulasnya
1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
secubit garam

Cara2 menyediakan
1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol & air gula merah.


Selamat mencuba!

Thursday, June 14, 2012

Bubur Pulut Hitam


Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah pun hari Khamis yer...!   Sekejap je masa meninggalkan kita... rasa macam baru je masuk awal tahun.. rupa2nya dah pun hampir di pertengahan tahun...

Ada yang berpuasa sunat atau qada' puasa hari ni? Selamat berpuasa diucapkan pada yang sedang berpuasa tu ye.. Rasanya ramai juga yang dah qada' puasa tahun lepas kan? ada juga yang dah qada' sejak awal2 lagi... alhamdulillah.. sebaiknya macam tulah kan.. Aku pulak.. alhamdulillah tahun lepas dapat berpuasa penuh!  Bukan senang nak dapat puasa penuh Ramadhan melainkan kalau senang mengandung.. hehe.. tapi tahun lepas memang rezeki sungguh bagi aku sebabnya.. timing period memang ngam2 je masa tu yang membolehkan aku puasa penuh.. hihi.. Biasalah.. pusingan period ku memang tak regular macam orang lain.. selalu je datang lambat. Kadang tu sampai lambat seminggu hingga 10 hari pun ada. Paling cepat pun biasanya datang 2 hari selepas tarikh bulan lepas (org lain cepat 2 hari.. aku lambat 2 hari). Tapi masa nak masuk bulan puasa tahun lepas tu.. ngam2 orang tengok anak bulan period ku baru kering.  Alhamdullillah dapat puasa pada awal Ramadhan tu.. pastu tu dah hujung2 puasa tu.. memang saspen je takut period mai.. nak pulak hari terakhir bila dah petang tu.. takut je terkantoi.. hehehe.... tp alhamdulilah.. rupanya hari raya puasa ke dua barulah dia datang.. hihihi... happy sangat masa tu... takyah susah2 nak ganti puasa kan.. so... kami tiga2 beranak (hubby, aku & kakak Dini) dptlah berpuasa penuh.. cuma Haziq jelah.. masih bertatih2 belajar puasa.. harap2 tahun ni ada improvement la bila dah masuk 6 tahun ni.. Tahun ni taktaulah masih ada rezeki ke idok kakak Dini nak puasa penuh sebab dia dah jadi anak dara dah.. hihi...


Oklah.. hari ni hidang dengan Bubur Pulut Hitam jer... sesuailah sangat untuk mereka yang berpuasa tu hidangkan masa berbuka nanti kan... itupun ikut selera masing2lah jugak sebab ada sesetengah orang tu tak suka jenis2 bubur ni... Bagi aku.. tak cerewet.. semua pun suka..hihi.. Tapi buat bubur kali ni atas permintaan cik abang tersayang... :-)

Layan jelah resepi sempoi ni lagi ye... Masa membuat bubur ni takde sukatan pun.. main lebur aje ikut sesedap rasa.. (sebab jenis2 bubur ni buat macamana pun tetap menjadi punya walaupun tak rujuk resepi) Tapi untuk rujukan kawan2 atau adik2 di luar sana.. ku minta izin dengan Kak Nor Secubit Garam (yang baru balik dari Jordan menghadiri konvo anak bujangnya yang encem tu) untuk copy & paste resepi dari blog beliau. Sebab Kak Nor pun baru je tayang bubur pulut hitam ni baru2 ni... so senang kita C&P je kat situ untuk rujukan semua... harap Kak Nor tak marah ye... mintak izin ye kak.. T.kasih kak Nor...


BUBUR PULUT HITAM

resipi : Kak Nor@Secubit Garam

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh (extra) (MaDiHaA campur santan ni dgn sikit garam)

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.

*Stail K.Nor kurang suka Bubur Pulut Hitam yg agak pekat, K.Nor suka jenis yg sedang2 aje pekatnya tapi tidak terlalu cair... :) (kita samalah kak Nor.. leh geng.. hihi..)



 


Saturday, April 14, 2012

Bubur Candil Pulut Hitam

Assalamualaikum & selamat petang...

Hari ni sempat on lappy sekejap sementara tunggu Dini habis kelas tuisyen pukul 5 nanti.  Minggu ni cuma ada 1 kelas tambahan aje.. kalau tidak biasa ada 2 sessi kelas tambahan... Cadangnya lepas jemput Dini nak ke Klang rumah adik sebab baju yang di tempah aritu dah siap katanya.. Minggu ni hubby cuti, jadi dialah yang hantar & jemput Dini.. takdelah aku kelam kabut sangat hari ni.. hehe..


Pernah makan bubur candil? Bubur macam ni kegemaran en suami. Buat ni pun sebab ada permintaan.. hehe.. kurang rajin sebenarnya nak menggentel tu. Sebab kalau gentel kena buat kecik2.. kalau gentel besar2 bila direbus tu ia makin besar... tak elok pulak rupanya nanti.  Tapi bila suami minta tu tak sampai hati pulak tak dibuat.  Biasa buat guna tepong pulut biasa atau dicampur dengan keledek lecek sikit. Tapi kali ni cuba kelainan sikit dengan campurkan dengan sedikit tepong pulut hitam. Kebetulan ada lebih sikit tepong lebihan buat Kuih Bom Pulut Hitam aritu.

Jom tengok resepinya!  Senang je kuih2 tradisi ni takdelah susah mana nak sediakan...


Bubur Candil Pulut Hitam
Resepi: MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Doh
2 cawan tepong pulut
3/4 cawan tepong pulut hitam
1/4 cawan tepong gandum
240 ml air (kurangkan atau tambah ikut lembut doh)
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kfc rata garam

Bahan2 Kuah Santan
6 cawan santan sederhana pekat dari 1 biji kelapa
1 cawan gula merah (boleh tambah lagi kalau suka lebih manis)
2 helai daun pandan
2 sudu besar sagu biji halus (cuci dalam tapis)


Bahan Tambahan
1/2 cawan santan pekat + sedikit garam ~ dikacau rata

Cara Menyediakan
1. Campurkan bahan2 doh & uli hingga menjadi doh yang lembut. Jangan habiskan air. Guna ikut keperluan. Jika doh terlembik boleh tambah sedikit tepong gandum & uli lagi.
2. Gentel doh dan jadikan bentuk lonjong agak2 sebesar biji rambutan (ikut suka nak gentel apa2 bentuk).

3. Sementara itu jerang air dalam periuk yang sesuai. Bila air mendidih masukkan doh yang digentel (sebahagian demi sebahagian) dan biar hingga ia timbul. Sauk doh yang timbul & masukkan dalam bekas berisi air biasa (air paip). Buat hingga habis. Tos bila nak digunakan.
4. Masak 1 cawan santan sederhana pekat dengan 1 cawan gula merah hingga larut. Tapiskan.
5. Dalam periuk yang lain jerang baki santan tadi hingga mendidih bersama daun pandan. Masukkan biji sagu dan biar hingga biji sagu jernih sambil sentiasa dikacau supaya santan tak meluap. Masukkan air gula merah, biji candil yang telah ditos dan masak lagi sekejap. Jika kurang manis boleh tambah beberapa sudu gula pasir. Biar sekejap kemudian bolehlah padamkan api.
6. Hidang panas atau sejuk bersama dengan sedikit santan pekat yang ditambah sedikit garam.


Selamat mencuba!

Monday, March 26, 2012

Pengat Pisang Bersagu

Assalamualaikum semua....


Hari ni tiada menu canggih lagi hebat... hanya nak kongsikan dessert kegemaran keluargaku yang dibuat baru2 ni iaitu Pengat Pisang Bersagu. Sekali hadap je habis seperiuk pengat yang dibuat dari sesikat pisang.. hehe.. memang sedapp!!

Tulis jugaklah resepi walau semua orang pandai membuatnya.  Sekadar untuk rujukan anak2 daraku dimasa hadapan..

Pengat Pisang Bersagu
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 sikat pisang (apa2 pisang yg sesuai spt pisang nipah, sematu, nangka, abu dll)
3 cawan santan pekat
1 cawan air/santai cair
1 1/2 sudu besar sagu biji halus ~ basuh di air paip menggunakan penapis sebelum digunakan
gula merah secukupnya (anggaran 1/2 cawan ~ ikut manis sendiri)
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & simpul
secubit garam

Cara2
1. Masak gula merah bersama air/santan cair hingga larut. Ketepikan dahulu.
2. Pisang dipotong serong ikut kesesuaian. 
3. Jerang santan bersama secubit garam & daun pandan. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak membuak. Masukkan biji2 sagu yang dicuci dengan memperoikannya. Kacau sentiasa sehingga biji sagu nampak agak jernih sedikit.
4. Masukkan pisang yang dipotong dan terus masak hingga biji sagu jernih sepenuhnya. (pastikan tak berhenti mengacau2 kuah supaya santan tak berketul2). Akhir sekali tapiskan air gula merah ke dalam periuk & masak seketika. Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air masak & terus masak lagi hingga mendidih. Sedia dihidangkan suam2 atau sejuk. 


Selamat mencuba!

Friday, February 10, 2012

Ginkgo Nuts & Lotus Seed In Sweet Soy Milk and Jalan2 C.N.Y

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu.. terima kasih diucapkan kepada teman2 yang mengucapkan salam takziah buat keluarga adik ipar MaDiHaA.. sama-samalah kita berdoa semoga allahyarham di tempatkan di kalangan insan beriman.. amin..


Kali ni daku nak berkongsi pencuci mulut masyarakat Cina pula dengan kawan2.  Sebenarnya masak ni tiada kaitan dengan sesiapa & tiada juga tujuan tertentu.  Saja suka-suka nak mencuba kelainan  & memenuhi perasaan ingin tahu rasa sesuatu masakan setiap kali berkunjung ke blog2 blogger Chinese.  Dessert ini kebiasaannya dihidangkan sempena Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina.  Ada banyak juga cara selain mencampurkan dengan susu soya.  MaDiHaA ternampak resepi ni di majalah Flavours keluaran Januari 2012 & nama resepi ni ialah Sweet Reunion mungkin sempena berkumpulnya kaum keluarga sewaktu makan besar setiap kali tahun baru Cina atau mungkin juga namanya begitu kerana ada 3 bahan penting yang bergabung dalam susu kacang soya yang lemak2 manis tu...  Bila tengok gambarnya yang sangat menarik.. terus teringin nak mencuba.  MaDiHaA dah tukar ke nama di atas sebab takmau ada kaitan dengan apa2 reunion.. sekadar untuk makan2 saja.. hehe.. Sedap rupanya biji teratai atau lotus seed ni... ini pertama kali MaDiHaA merasanya begitu juga dengan mr. hubby dan dia pun kata sedap!  Manakala ginkgo nut tu dah pernah rasa dulu2... kelopak bunga lily tu pula.. rasanya tawar saja tapi bila digandingkan dengan susu soya yang lemak manis sedap juga dikunyah bersekali dengan biji teratai & kacang ginkgo tu..

Kalau ada yang tak pasti rupa bahan2 yang digunakan sebelum di masak.. kat bawah ni aku sertakan gambarnya ye..

Ginkgo Nuts
Untuk membaca info tentang khasiat Ginkgo Nuts & cara2 nak keluarkan bahagian punat yang pahit di dalam biji ginkgo ni.. bolehlah baca di SINI ye.


Dried Lotus Seed / Biji Teratai Kering


 Dried Lily / Bunga Lily Kering

Jom tengok resepinya.. MaDiHaA buat setengah saja dari resepi di bawah..


Ginkgo Nuts & Lotus Seed in Sweet Soy Milk
Nama resepi asal adalah Sweet Reunion
Rujukan : Flavours Magazine

Ingredients
300 gm dried ginkgo nutts
200 gm dried skinned lotus seeds ~soaked overnight
100 gm dried lily bulbs (pak hub) ~ soaked for 1 hour
1 litre unsweetened soy milk
2 pandan leaves, knotted
10 gm rock sugar or to taste

Boil ginkgo nuts in their shells for 5 minutes to facilitate shelling.  Drain and cool the nuts.  Crack shells and remove nuts and skin.  Using a small paring knife, slit the base of the nut and prise out the bitter heart of the ginkgo.

Using a small paring knife, slit the base of the lotus seeds and prise out the bitter green hearts.
Boil the lotus seeds and soy milk over medium heat for 15 minutes.  Add the ginkgo nuts, lily bulbs, and pandan leaves.  Continue to boil for another 20 minutes, until the ginkgo and lotus seed are soft.  Season to taste with rocks sugar, discard the pandan leaves and serve hot or cold.


Selamat mencuba!

Oklah alang2 dah hidang pencuci mulut masyarakat Cina ni... MaDiHaA tepek sekali gambar kami semasa berkunjung ke dua buah rumah sahabat baik ma & arwah ayah di kampong Gambir sempena Tahun Baru Cina masa balik kampong hari tu.  Dah agak lama aku tak ikut sama pegi beraya rumah dorang... macam2 cerita yang keluar bila dah lama tak jumpa.  Tapi maaflah sebab gambar kurang memuaskan.. hehe... Kami dihidang dengan limau, air kotak & kuih muih yang dibeli dari pasaraya.. Kami pun sebelum makan cookies tu sentiasa pastikan dulu mana2 yang ada tanda halal barulah dijamah.. hihihi.. InsyaAllah.. mereka semua faham tentang sentitiviti masyarakat Islam yang mementingkan halal & haram.  Malah seorang dari anak perempuan kawan ma telah pun memeluk agama Islam & berkahwin dengan orang Melayu.

Gambar memang takde kualiti... sori la ye..hehe..

 Rumah pertama yang kami singgah...



Ini rumah ke dua yang kami singgah..... terlupa pula nak ambik gambar dalam rumah...

Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...