Showing posts with label Menu Raya. Show all posts
Showing posts with label Menu Raya. Show all posts

Friday, October 3, 2014

Gulai Kawah Daging.... sesuai untuk juadah Aidiladha ni...

Assalamualaikum & salam Jumaat semua...


Ada yang berpuasa sunat sempena hari Arafah hari ni? Alhamdulillah... inilah sebaik2 peluang yang tak patut kita lepaskan.  Tinggal hanya 2 hari saja lagi kita akan menyambut hari raya Aidiladha.  Tentu masih ada yang terfikir apalah juadah yang nak dimasak masa raya nanti kan.  Hmm... apa kata tahun kita ubah selera pulak.  Selalu kalau Aidilfitri dengan hidangan ketupat, lemang & rendang.. kali ni kita masak pula gulai kawah daging gu dengan nasi berperisa? MaDiHaA pun rasa2 macam nak ubah selera sikit menu raya kali ni.  Kali ni giliran beraya rumah mertua... kakak ipar tak balik, jadi nampaknya MaDiHaA lah yang kena jadi chef of the day.. hehehe... Adik ipar yang tinggal dengan mertua pun dah balik Kuantan beraya di rumah mertuanya di sana.  Rasa2nya mesti mertua tak buat lemang tahun ni sebab takde sapa nak pegi cari buluh sebab dia pun dok sorang2 je kat rumah hari ni. Kami pula pagi esok baru bertolak balik.. Jadi rasanya.. masak menu nasi dengan gulai kawah jelah kot.  Buat ayam masak merah & acar timun.. habis cerita.  



Saja mencuba kelainan gulai kawah kali ni. Dulu pernah masak menggunakan resepi Chef Norzailina Nordin. Sedap!  Kali ni mencuba resepi dari buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi pula.  Hmm.. pun sedap!  Jom pada yang nak merasa.  Kalau tak mahu masak untuk menu pagi raya, boleh cuba untuk masak menggunakan daging korban.  Mesti ramai yang akan dapat daging korban nanti kan...  Terima kasih Chef Hanieliza untuk resepi ni atau lebih mesra MaDiHaA suka panggil kak Liza je...  hehe... Mohon izin share kat blog pula ye... Nanti nak cuba resepi gulai kawah dari blog kak Liza pula... nampak ada kelainan penggunaan rempah dalam resepi tu.. mesti sedap juga sebab guna rempah gulai cap bunga rose tu.  Dalam resepi di buku ni lebih mudah nak dibuat sebab tak guna rempah cap bunga rose.. sebab rempah tu agak sukar ditemui di Lembang Klang...

Oklah sebelum MaDiHaA kongsikan resepinya... MaDiHaA nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung blog MaDiHaA yang dikasihi.. maaf, zahir & batin seandainya MaDiHaa pernah mengguris perasaan sesiapa juga sepanjang menulis dalam blog ini...



Gulai Kawah Daging
Resepi : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna


Bahan A
500 gm daging ~ dipotong kecil
2 biji kentang (MaDiHaA tambah ni) ~ dipotong 4
2 sudu makan kerisik (siap tumbuk)
2 cawan santan pekat
2 sudu makan gula merah
2 keping asam gelugur
minyak masak
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan B (dikisar)
20 tangkai cili kering
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan puith
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas

Bahan C
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga


Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan C hingga wangi. Masukkan bahan B yang dikisar & tumis hingga naik minyak.  Masukkan daging & kacau rata.  Masukkan air & biar daging hingga hampir empuk.  Masukkan kentang & biar mendidih sambil dikacau.
2. Masukkan santan, kerisik, asam gelugur, garam & gula merah.
3. Masak hingga daging & kentang empuk & kuah pekat.  Tutup api bila dah secukup rasa.  Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Wednesday, August 29, 2012

Suka Duka Aidilfitri 2012...

Assalamualaikum...

Bertemu lagi... sana sini rata-rata dah ramai kawan2 yang siarkan gambar raya di blog & FB masing2 kan?  Semuanya meriah dengan pelbagai cerita2 & kenangan raya yang indah2 belaka untuk dikenang... Pun begitu, bagi kami Aidilfitri 2012 kali ini amat terkesan di hati lantaran  rentetan peristiwa Julai 2012.  Walaupun ada sedikit perkembangan yang baik (mungkin) kerana Allah S.W.T mendengar rintihan & doa kami semua.. tapi hati tetap terpalit rasa sedih kerana famili kami tidak lengkap berkumpul pada raya tahun ini.  Mungkin benar kata kawan2... apa pun yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya... Waktu susah beginilah kita akan tersedar & Allah S.W.T tunjukkan kepada kita siapa sebenarnya kawan kita sewaktu menangis & kawan sewaktu ketawa  & waktu susah beginilah juga kita akan kenal yang mana satukah saudara kita yang benar2 mengambil berat terhadap kita sewaktu kita dalam kepayahan.  Hanya Allah S.W.T jua yang dapat membalasnya kepada mereka yang banyak membantu & mengambil berat di kala kami memerlukan.  Sebenarnya.. bukan wang ringgit yang kami dambakan.. sokongan moral pun dah memadai... Tambah2 lagi buat ma tersayang yang sudah tiada bersuami..  Kami adik beradik sedaya upaya cuba membantu agar ma sentiasa berasa kami berada disisinya walau dalam apa keadaan pun.  Satu lagi keajaiban & pengajaran yg kami perolehi... orang yang disangka menyusahkan suatu ketika dulu... rupa2nya dialah orangnya yang paling rapat dengan kami & paling banyak membantu semasa kami diuji walau (bukan wang ringgit) sekadar kudrat & masanya tapi itu adalah satu pengorbanannya yang sangat besar kepada kami.  Hampir sebulan mereka bersama2 menguruskan pelbagai urusan semasa di K.T merapatkan lagi hubungan sesama mereka. Itulah antara hikmahNya...  Syukur ya Allah dengan perkembangan ini sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hambaMu yang lemah ini! Syukur terhadapMu Ya Rabb..!


Kami sekeluarga... kain yang dibeli & ditempah setelah seminggu berpuasa..  Walaupun tiada mood nak berbaju raya baru.. mengenangkan anak-anak yang dah mula bertanya.. buatlah juga... hanya baju je yang baru.. tudung kami semua recycle! Takde mood nak cari tudung raya..



Exclusive dari kami... heee... (nampak lain muka bila ku tak pakai spek! heee..) 
2 minggu lagi genaplah 13 tahun kami sebagai suami isteri... Alhamdulillah... 
Moga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga.. amin...



Tak dapat berposing 4 beradik... hanya kami bertiga sebagai kenangan...



Keluarga kecil kami... tak lengkap famili kami bergambar kali ni.. 
bergambar mana yang ada jelah... 
(kualiti gambar memang out!)



Cucu2 tokma di hari raya... 3 orang cucu takde dalam gambar... yang sorang dah tidor rasanya (baby lagi) & lagi 2 orang beraya di rumah nenek belah satu lagi...
Punyalah susah nak ambik gambar deme ni semua... yang duduk depan tu semua takleh dok diam.. dahlah maklong ambik gambar pakai handphone je! Ni je sekeping yg elok sikit.. hee...



En. hubby nak bergambar dengan anak & anak2 saudaranya.. tu pun ada yang takde... hehe.. payah betul nak ambik gambar budak2 ni...



Inilah dia menu kami di pagi raya... masak yang mudah je... Lemang & rendang daging tu yang dah disiapkan pada sebelah malamnya lagi.. (siap dihidang utk berbuka lagi 29 Ramadhan tu!) Dan menu2 lain seperti Nasi Minyak, Kari Daging, Ayam Masak Merah & Acar Timun & Nenas semuanya dibuat pada pagi raya.  Fresh2 & panas2 lagi.. hehe...



Plan asalnya pada petang raya pertama kami nak bertolak ke Kuala Terengganu. Tapi kita hanya mampu merancang.. namun Allah S.W.T jua yang menentukan segalanya.. Tak jadi ke K.T sebaliknya haluan kami ke arah selatan iaitu ke Johor Bahru pula.. 
 Tak pernah terdetik di hati bahawa kami akan beraya di JB kerana kami memang tiada saudara di sana! Gambar anak2 ni semasa kami beraya dirumah saudara adik ipar ku Tasya di Ulu Tiram, Johor pada raya ke 2..



Dari Ulu Tiram kami ke rumah seorang lagi saudara Tasya di Kampong Dato' Sulaiman Menteri, Johor Bahru.   Beraya di JB? Memang boleh dijadikan arkib "Hari Ini Dalam Sejarah".. hehe....



Selesai beraya... kami menuju ke destinasi utama kami... destinasi wajib & tujuan utama kami ke Johor.. 



6 buah kereta berkonvoi dari Keratong ke Johor Bahru.. disinilah destinasi akhir kami sebelum kami pulang semula ke Pahang... di sinilah berlakunya 'drama air mata'... Syukur kerana dipermudahkan segala urusan kami.. Puas, lega & bersyukur kerana Allah S.W.T maha mendengar doa kami yang dalam kesusahan... 



Akhir sekali... letak gambar bunga2 orkid tokma yang sedang indah mekar ini....


Sekian...& terima kasih kepada semua yg sudi bertandang...

Wednesday, September 28, 2011

Soto Ayam

Assalamualaikum & selamat petang...



Inilah dia Soto Ayam yang digandingkan dengan Bergedil Udang Kering yang aku buat pagi ahad baru2 ni... Gara2 tak puas makan masa Jamuan Sempena Aidilfitri kira2 seminggu sebelum tu... Jadi aku buatlah sekali lagi.. tapi kali ni buat sikit jelah... untuk makan2 keluarga sendiri aje.. sikit2 pun kira  merangkap sarapan & makan tengahari sekalilah.. hehe... Sebelum subuh lagi aku dah bangun siapkan bergedil, masak kuah soto & lain2.  Masa abang balik dari kerja shift malam pagi tu... sarapan Soto dah pun siap! Tapikan.. entah kenapa pagi ahad tu lepas siap masak segala.. tiba2 jer aku pening & pusing2 kepala.. berjalan rasa melayang2 macam nak rebah jer.. Mungkin sebab tak cukup tidor agaknya.. coz malamnya aku siapkan order 2 tray puding dah tidor lewat. Pastu paginya bangun awal pulak... tu yang tak dpt nak turun hantar puding masa Yusmeri datang nak collect tu... terpaksa mintak tolong hubby yang hantarkan.. huhu...

Masa jamuan raya hari tu memang aku tak sempat langsung nak ambik gambar close up soto ayam dalam pinggan... Kali ni barulah aku posingkan dia puas2 sebagai bukti yang aku dah pandai masak soto... kehkehkeh... Punyalah bangga kan.. bertahun2 cita2 nak masak soto selalu terbantut bila dok fikirkan betapa cerewet nak menyiapkan hidangan ni sebab banyak benda nak kena prepare terutama bab nak gentel bergedil & nak carik2kan isi ayam tu.. (serupa jugak dengan nasi kerabu yg byk sgt benda yg nak kena sediakan.. sampai skrg aku tak pernah masak sendiri nasi kerabu!). Tapi rupanya bila dah try buat sendiri... idok ler susah mana pun... yang penting nak kena rajin sikit jer.. Pehh.. nada berlagak aje bunyinyer tu kan..? padahal orang lain dah berkurun pandai masak soto.. kekekeke....

Ok.. yang bawah ni gambar masa jamuan raya hari tu.. masuk sekali lagi ehh... ada bezakan? hehe... Bergedil tu saiz besar sikit dari yang aku buat tu.. yang aku buat ni comel2 jer saiz dia.... Lagi kacang tanah tu pun.. yg dulu aku goreng tak buang kulitnyer... Kali ni sebab masak sikit.. rajinkan diri buangkan kulit dia.. hehe.. Cuma yang serupa ialah sambal kicap & bawang goreng sebab guna yang sama sebab masih ada baki lagi...



Ok.. mari kita tengok resepi Soto Ayam yang sedap ni yer.. Terima kasih pada Yatie untuk resepinya.. Terima kasih juga pada Mas kerana tayang soto yang  buat akak terliur sakan. Juga TQ pada Izah yang dok gembar gemburkan cerita pasal kesedapan soto yang Mas masak tu.. itu yg bikin akak tak sabar2 nak mencuba.. hihi... Tapi sebelum tu.. nak tayang jugak gambar rempah soto yang digunakan yang membuatkan soto ku itu mendapat pujian ramai.  Sampaikan ustazah sekolah Tadika Haziq  pun mintak resepinya.. hihi...

Inilah rempah yang ku gunakan yang buat  soto ku begitu sedap.. hihi.. berbeza rasanya dengan serbuk rempah sup yang biasa aku gunakan untuk buat sup (Adabi)... inilah rahsianya..


Mintak halal ye Yatie resepinya akak letak sini.. sedap sungguh resepi ni tau.. tapi ada akak edit2 sikit ni.. jangan marah yer..


Soto Ayam
Sumber : Mas

Bahan2
    * Nasi Impit secukupnya
    * 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2) ~ MaDiHaA gunakan bahagian bertulang spt leher, kepak & kaki dipotong kecil2 & masukkan dlm kuah soto & bahagian lain direbus dulu dalam sup soto kemudian barulah digoreng
    * 3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
    * 1 ketul sup bunjut adabi
    * 1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
    * 1 ketul kiub pati ayam
    * 6 cawan air atau secukupnya ~ MaDiHaA gunakan 3 liter air plus2.. hehe
    * Garam dan sedikit gula

Bahan Tumis
    * Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
    * 2 biji bwng merah- di hiris
    * 2 ulas bwng putih- di hiris
    * 2 btng serai- di titik
    * 2 cm lengkuas- dititik

Bahan Kisar
    * 1 biji bawang besar*
    * 5 ulas bawang merah *
    * 3 ulas bawang putih *
    * 1 inci halia *
    * 4 ~ 5 biji buah keras ~ MaDiHaA tambah ni ikut resepi makcik.

Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
    * 1 mangkuk kecil tauge
    * 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
    * 1 paket kecil su'un- di goreng
    * sambal kicap secukupnya ~ MaDiHaA goreng cili padi + bawang putih sikit & kisar + kicap & sikit gula
    * 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
    * Sedikit bawang goreng
    * Bergedil - Mas tambah ~ MaDiHaA pun tambah bergedil.. klik SINI untuk resepi.



Cara memasak :
   1. Kisar halus bahan yang bertanda *
   2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu. Mas rebus ayam dalam kuah soto dulu baru angkat dan goreng. MaDiHaA ikut sama macam Mas.
   3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
   4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi.
   5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
   6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
   7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
   8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.

Cara Penyediaan
   1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
   2. Setelah siap bolehlah di makan. Nak menambahkan kesedapannya.. boleh hidang bersama bergedil.



Selamat Mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...