Showing posts with label Kentang. Show all posts
Showing posts with label Kentang. Show all posts

Sunday, September 24, 2017

Sambal Goreng Kentang Petai

Assalamualaikum....


Selamat bersua kembali.  Ada satu hari tu tak tau dah nak masak apa. Otak dah beku tak tau nak buat lauk apa asyik masak ikan ayam ikan ayam pun jemu juga rasanya. Teringat ada petai yang kawan suami bagi masih banyak maka tercetus idea nak buat sambal kering2 campur dengan kentang & ikan bilis. Hmmm.... tak sangka lauk macam ni pun menjilat jari masing2 makan nasi. Anak2 pula dah berjinak2 belajar makan ulam petai ni bila ayahnya suruh cuba.  Jadi ibu pun bertabahla kalau toilet berbau bila kat rumah ada petai... hehehehe....

Jom MaDiHaA kongsikan resepi mudah yang memikat selera ni. Boleh buat tambah2 hidangan di atas meja selain menu2 yang lain. Pasti ramai yang suka nanti.. Nak pula kalau anak2 yang sukakan pedas2 & yang garing2...





Sambal Goreng Kentang Petai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 biji kentang saiz besar/sederhana (campur2)
5 papan petai ~ dikupas kulit & belah/potong dua
2 gengam ikan bilis yang siap dikopek kulit
minyak masak secukupnya
1 sudu kecil asam jawa ~ campur air jadikan pes
2 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Bahan di kisar halus
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 - 25 biji cili padi (bergantung pada penggunaan jenis cili & kepedasan yang anda suka)

Cara menyediakan
1. Kentang dikupas kulit & cuci bersih.
2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Gunakan penyagat & sagat terus kentang ke dalam kuali. Goreng sehingga garing seperti menggoreng kerepek pisang. Sentiasa dibalik2kan supaya garing sama rata. Bila garing angkat & toskan.
3. Kurangkan sukatan minyak bekas goreng kentang. Goreng pula ikan bilis sehingga garing. Goreng 2 batch/2 kali untuk 2 gengam ikan bilis supaya tak perlu guna minyak yang banyak. Angkat & ketepikan.
4. Gunakan minyak yang sama, tumiskan bahan2 yang dikisar halus. Kacau sehingga tumisan garing & naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa. Gaul rata. Masukkan petai & masak sehingga sambal kembali naik minyak.
5. Akhir sekali masukkan kentang goreng & ikan bilis goreng & gaulkan sehingga rata. Bolehlah dihidangkan bersama2 nasi putih.

Selamat mencuba!

Wednesday, January 25, 2017

Bergedil Ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Hari ni MaDiHaA kongsi satu lagi resepi kegemaran anak2. Ketiga2 anak2 MaDiHaA semua suka bergedil ni. Tak kisahlah versi ayam, daging ataupun udang kering. Kalau buat tu memang sekejap je licin. Kalau makan kat luar asal nampak bergedil ni mesti dorang ambik juga. Kat kedai harga 1 ketul bergedil saiz lebih kurang 1 1/2 dari saiz yg MaDiHaA buat tu harganya RM1 tau. Tengok bila kita buat sendiri dapat bukan main banyak. Puas anak2 kita boleh makan.  

Bergedil ni boleh dimakan begitu saja cicah dengan sos pun sedap. Jadikan lauk nasi pun sedap. Lagi2 kalau gu dengan soto... fuhhh.... memang terangkatlah!

Jom tengok resepinya..





Bergedil Ayam
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
6 biji kentang saiz sederhana
1 cawan isi ayam ~ dicincang 
1 sudu besar tepong jagung
1 sudu besar lada sulah
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan daun sup cincang
garam secukup rasa
1 biji telur
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Kentang dikopek & potong 6. Cuci bersih kemudian digoreng hingga empuk. Semasa kentang masih panas lecek kentang sehingga hancur.
2. Campurkan isi ayam, tepong jagung, lada sulah, bawang goreng, garam & daun sup ke dalam kentang lecek & gaul sebati.
3. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil & leperkan.
4. Kocokkan telur. Panaskan minyak masak dengan api sederhana. Celup bergedil yang sudah siap dibentuk ke dalam telur & masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga warna bertukar jadi coklat muda. Siap untuk dihidangkan.


Sebelum digoreng... beginilah rupanya..

Selamat mencuba!

Thursday, June 18, 2015

Bebola Ikan & Kentang Tiga Rasa

Assalamualaikum & Salam Ramadhan...

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin & muslimat sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipinjamkan usia untuk menikmati indahnya Ramadhan pada tahun ini.  Sama-samalah kita berdoa semoga kita sempat menghabiskan sebulan berpuasa pada tahun ini dan seterusnya menyambut hari raya bersama keluarga.  Semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... insyaAllah..


Kongsi menu ringkas sesuai untuk bersahur yang waktu memasaknya tak begitu panjang.  Jom semak resepi ni..

Bebola Ikan & Kentang Tiga Rasa
Resepi : MaDiHaA

Bahan-bahan
2 peket kecil bebola ikan
3 biji kentang ~ kopek & hiris
1 biji cili benggala hijau saiz kecil ~ potong kiub lebar
1 biji bawang besar ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
2 sudu besar cili kering kisar
4 biji cili kering ~ kerat pendek2
1/2 cawan air
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
  1. Goreng kentang hingga kekuningan. Angkat & tos. Ketepikan dahulu.
  2. Kurangkan minyak gorengan untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar & cili kering hingga wangi. Masukkan cili kering kisar & biar hingga masak.
  3. Masukkan bebola ikan & kacau rata. Masukkan 1/2 cawan air, kesemua sos2 dan biar mendidih. Masukkan garam sekadar perlu & kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan kentang goreng & cili benggala & gaul rata.  Bila dah secukup rata, bolehlah hidangkan.


Selamat mencuba!

Tuesday, December 23, 2014

Sup Brokoli Berkrim Simple

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Alhamdulillah terasa lega bila dah luahkan segalanya semalam.  Sebenarnya dah lama pendam rasa sedih akan kehilangan kenangan kat fotopages tu.  Bila dah luahkan tu... rasa macam segala masalah dah selesai biarpun sebenarnya ianya tak mungkin dapat dikutip semula kan.  Takpelah MaDiHaA redhokan jelah...  

Hari ni pun MaDiHaA nak kongsi resepi mudah je.  Memang resepi paling mudah.. takyah tumis2 bagai, tak perlu banyak2 bahan.  Semuanya simple semudah ABC nak menyediakan.  Jom sesekali layan western... hari2 makan nasi untuk dinner pun jemu juga kan....  Kali ni hidangan memang zero oil/fat.... bahkan.. roti pun takde sapu garlic butter... hehehe... kengkonon menu sihat.. padahalnya malas.... nak bakar roti pun malas.. jadi makan dengan roti sandwich kosong jelah ye suami & anak2....kikikikii....

 
Sup Brokoli Berkrim Simple
Resepi : MaDiHaA
 
Bahan2
2 biji kentang biasa saiz besar
2 biji bawang besar saiz sedang ~ potong dadu kasar
2 ketul brokoli
2 ketul kiub ayam
1 tin susu cair
garam jika perlu
air secukupnya
1 sudu kecil serbuk oregano kering

Cara menyediakan
1. Kentang dikopek & dibersihkan. Potong kiub kasar. Rebus kentang & bawang besar bersama air secukupnya. Biarkan mendidih sambil2 tu potong2 kecil brokoli. Cuci bersih & masukkan dalam rebusan kentang tadi. Tambah air sehingga brokoli tenggelam. Rebus hingga kentang & brokoli empuk. Padamkan api & sejukkan rebusan.
2. Bila rebusan dah sejuk atau suam2 kuku, masukkan sedikit ke dalam blender & kisar hingga halus. Tuang dalam periuk lain yang agak besar. Kisarkan kesemua bahan2 rebusan tadi.
3. Panaskan bahan kisar, campakkan kiub ayam, oregano & masukkan juga susu cair.  Sentiasa kacau supaya sup tak berkerak. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih & ikut kepekatan yang disukai. Tambah garam jika perlu ye. Kemudian bolehlah padamkan api & hidang bersama roti bakar, roti kosong atau roti bawang putih.

Selamat mencuba!

Thursday, November 13, 2014

Baked Potato.... sedapnyerrr...



Assalamualaikum & salam sejahtera....




Nampak Izah Daut buat baked potato minggu lepas buat hati tak keruan.  Walaupun nak membuatnya memerlukan masa yang agak lama kerana banyak step... tapi rajinkan diri juga membuatnya.  Anak2 memang suka sangat apa2 juadah dari kentang.  Tak rugi mencuba... memang sangat2 sedap.  Ada beberapa versi yang pernah MaDiHaA buat sebelum ni.  Kalau dah namanya kentang.. memang semuanya sedap... hehe..

Terima kasih Izah bagi idea baru2 ni ye.  Akak buat intinya ikut bahan yang ada kat rumah aje.  Jadi.. ada sikit olahan pada resepi inti tu.  Anda boleh pilih mana2 resepi inti ikut kegemaran atau ikut bahan yang ada kat rumah je.. tak perlulah nak straight sangat... Jom cuba pada penggemar kentang!

BAKED POTATO

Sumber : Izah Daut

Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahannya:

8-10 biji kentang sederhana (MaDiHaA guna 10 biji)

(kalau guna kentang russet tu agak besar, so 5-6 biji dah cukup)

garam



Bersihkan kentang dan rebus sebiji tanpa potong n tanpa dibuang kulit.

Saya guna kaedah rebus. Kalau nak bakar dalam oven pun boleh.

Rebus hingga boleh dicucuk dgn lidi. Jangan sampai lembik pula. Pantau kentang anda.

Garam ditabur dlm rebusan bila kentang hampir masak.

Bila kentang empuk terus rendamkan ke dalam air sejuk.



Untuk Inti: (versi Izah Daut)

250 gram daging cincang / ayam

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

cendawan dalam tin

1 biji tomato

sedikit lada hitam

lada sulah

sedikit sos tomato

sedikit tumix ayam

daun sup

garam & gula

Cili benggala 





caranya: Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.

Masukkan daging dan goreng sebentar hingga daging pucat.

Masukkan tomato dan cendawan yang dipotong dadu.

Perasakan dengan bahan bahan di atas.

Akhirnya boleh masukkan cili benggala dan tutup api.
 



Untuk Inti : (versi MaDiHaA)
300 gm daging kisar ~ dilerai2kan
1 biji carrot ~ potong kiub/sagat kasar
2 batang celery ~ hiris halus
1 biji tomato ~ didadu
1 biji cili merah ~ buang biji & cincang halus
2 biji bawang mesar ~ didadu
4 ulas bawang putih ~ didadu
1 sudu besar lada hitam yang dikisar halus
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa (masin sikit tak apa sebab nanti kita akan gaulkan dengan kentang lecek)
2 sudu kecil gula 
(Cara memasak sama seperti di atas)




Penyediaan baked potato.



Bahan:



Kentang rebus

Inti

sedikit mayonis (MaDiHaA guna 2 sudu besar)

sedikit susu segar/cair (MaDiHaA guna 1/3 cawan susu segar)

sedikit mentega (MaDiHaA guna 2 sudu besar)

cheddar cheese @ mozarella Cheese

garam jika perlu



Caranya



1. Kentang dipotong 2. 

2. Korek isi kentang dan biarkan sedikit seperti kolam. Boleh dibungkus dgn aluminium foil / alas dgn muffin paper.

*boleh rujuk gambar di atas.

3. Isi kentang dilecek. Masukkan sedikit mayonis, susu cair, mentega dan sedikit mozarella cheese.

4. Kemudian masukkan semua inti tadi. Gaul sebati. Inti sedia digunakan.

5. Masukkan inti tadi ke dalam kolam kentang. Buat sehingga habis.

6. Panaskan oven 200 c api atas. Tabus cheese di atas kentang dan bakar sehingga cheese cair.  Sedia dihidang.



Selamat mencuba!

Monday, November 3, 2014

Potato Fritters



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Orang lain dah berzaman buat.... kita baru je nak mencuba... hihii... biasalahkan.. dahla buat lambat.. nak update ke blog pun lambat juga... jadi dua kali lambat gitu.  Takpelah yang penting kita cuba walaupun ketinggalan keretapi.   Kat FB skrg dah masuk musim jeruk asamboi... macam2 dorang dok buat & tayang kat FB.. ada guna mangga, jambu batu, epal hijau, nenas.. eh eh... baru teringat MaDiHaA pun dah pernah buat dah lamaaaaa DULU dalam 2 tahun lepas... tp MaDiHaA buat guna buah betik.. memang sedapp.. tak sangka pulak sekarang ni tiba2 femes & jadi viral kat FB... ish ish ishhh.... kat FB memang cepat merebak... tp takpelah kan benda baik memang bagus dikongsi bersama...

Oklah nak ucapkan terima kasih Noraida Durani untuk resepi ni ye.  Jumpa resepi ni... jadi kita cuba yang ni la.. rasanya mcm ada banyak versi jugak kot... makan panas2 sedap.. rangup..

 
POTATO FRITTERS
Resepi :  Noraida Durani

Bahan2
3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mgoreng)

1. Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
2. Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap.  Sedap dimakan panas2 bersama sos yang disukai.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...