Assalamualaikum & salam sejahtera...
Salam sayang buat semua pengunjung yang masih sudi berkunjung di blog MaDiHaA ni ye... Terima kasih buat semua follower yang lama maupun yang baru.. tanpa kalian rasanya dapur maya MaDiHaA tak mungkin bertahan hingga kini...
Pagi ni MaDiHaA nak berkongsi resepi yang digemari oleh anak2 MaDiHaA. Anak2 MaDiHaA memang teramat menggemari jenis2 sup begini. Kalau masak menu seumpama ini mereka boleh makan berulang2. Tak kisah hidang menu yang serupa dari pagi hingga ke tengahari.. sonang kerja omak ehh.. hehe.. Yang seronok tu.. mulut dorang tak abis2 dok memuji sedapnya sedapnya... tak lain tak bukan si abang Haziq & kakak Dini lah sebab dorang ni memang pandai membodek ambil hati ibunya... hehehe...
Resepi tak banyak beza dari resepi2 sup berasaskan mee yang pernah MaDiHaA kongsikan sebelum ni.. cuma yang membezakan cuma penggunaan mee dan rencah2nya sahaja. Boleh juga dicampurkan dengan rencah udang kalau suka.. tapi MaDiHaA memang jarang gunakan udang sebab si Haziq alah pada udang. Kalau nak masak udang kena pastikan udang tu betul2 fresh barulah boleh bagi dia makan..
Ok jom tengok resepinya...
Ok jom tengok resepinya...
Mee Soya Sup
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
(hidangan untuk 8 orang ~ sila kecilkan sukatan bagi keluarga kecil)
Bahan2
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
1 inci halia ~ dihiris halus memanjang
2 keping isi dada ayam (dari seekor ayam) ~ dipotong dadu
500 gm bebola ayam/sotong
10 biji tauhupok ~ dibelah 2
10 biji tauhupok ~ dibelah 2
3.5 liter air
1 kiub ayam knorr
1 kiub sup bunjut knorr
1 sudu besar serbuk lada hitam (yang dikisar/tumbuk sendiri)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 biji cauliflower ~ potong floret
1/3 kobis saiz sedang ~ dihiris
1 biji lobak merah ~ dipotong
2 - 3 pokok sawi ~ dipotong
150 gm cendawan tiram ~ dibelah2 (lepas dicuci perahkan sikit airnya)
1 peket/ 250 gm mee soya ~ direndam 5 minit
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan sampingan
Sambal cili kicap (30 bj cilipadi + 2 ulas bawang putih = tumbuk + kicap manis + 1 s/k gula)
bawang goreng
daun sup (jika suka)
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang merah, bawang putih & halia sehingga wangi. Masukkan isi ayam & kacau hingga isi ayam berubah warna. Masukkan air, kiub ayam dan kiub sup bunjut & biarkan sup mendidih.
2. Bila mendidih masukkan bebola ayam/sotong, cendawan tiram, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan sup merenih sebentar.
3. Masukkan tauhupok & semua sayuran yang lain seperti cauliflower, lobak merah, kobis & sawi & masak seketika. Akhir sekali masukkan mee soya yang telah direndam sebentar & dikacau rata & biar hingga mee soya lembut. Bila dah lembut & kuah sup dah secukup rasa bolehlah dihidang segera bersama sambal cili kicap, bawang goreng & daun sup jika suka.
Hidang Mee Soya Sup dengan cili kicap & bawang goreng... memang terbaikkkk!!
Selamat mencuba!