Ini kejadian lauk tanpa dirancang. Baru2 ni peti ais MaDiHaA rosak & dah tak boleh dibaiki lagi sebab ini dah kali ke dua rosak. Dah tanya kedai katanya kalau nak baiki kena tukar compressor terus. Untuk peti ais jenama Hitachi kos mau dekat rm800. Katanya alat ganti jenama Hitachi mahal dari jenama lain.. huhu.. Jadinya kami rasa malas la nak repair sebab takut ianya hanya bertahan untuk beberapa bulan, jadi kami buat keputusan beli yang baru je memandangkan peti ais tu pun rasanya dah guna lebih dari 8 tahun.
Oleh kerana peti ais rosak maka semua lauk2 basah dalam peti ais kenalah diselamatnya daripada rosak. Langkah mudah dengan cara merebus. Mujurlah yang tinggal stok lauk basah hanya daging & ayam sahaja. Dua2 pun MaDiHaA rebus. Maklumlah nak dimasak sekaligus nanti siapa pula yang nak habiskan. Tambah pula waktu peti ais rosak tu pada hari bekerja memang tak cukup masa nak buat macam2. Rebus je mana yang nak diselamatkan & selebihnya di masak untuk makan malam seperti biasa. Hari kerja setiap hari pun kesuntukan masa bagi ibu2 bekerja. Sampai rumah pun dah maghrib, terus je dengan rutin harian & kewajipan seorang Islam, ibu & isteri.
Jika ada yang nak ubah2 selera tu bolehlah cuba resepi ni. Rasanya untuk berbuka puasa pun sesuai sangat menu ni. Pecah selera dibuatnya.
Daging Rebus Air Asam
Resepi : MaDiHaA
Bahan utama
600 gm daging lembu
Bahan air asam
1 biji cili merah
1 biji tomato
4-5 biji cili api
2 ulas bawang merah
1 sudu besar asam jawa (larutkan dengan 1 cawan air masak jadikan jus)
2 sudu besar perahan jus limau nipis
sedikit belacan
gula secukup rasa
garam secukup rasa
Bahan yang dihiris/dadu
1 biji tomato
1 biji bawang besar
4 biji cili padi
Cara Menyediakan
1. Daging di potong 3 keping memanjang ikut ira. Rebus sehingga empuk. Bila dah empuk bolehlah dipotong nipis2 melawan ira. Ketepikan dulu.
2. Sementara tunggu daging empuk sediakan air asamnya dulu. Masukkan dalam blender cili merah, tomato, cili padi, bawang merah, air asam jawa & belacan. Kisar sehingga lumat.
3. Tuang bahan kisar dalam periuk & masak sehingga mendidih. Tambah perahan limau nipis, garam & gula secukup rasa. Jika taknak masak pun boleh, tapi pastikan bancuh air asam jawa gunakan air masak/mineral ye.
4. Bila dah secukup rasa campurkan hirisan daging ke dalam air asam. Tambah bahan hiris/dadu & kacau sebati. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!