Showing posts with label Rojak. Show all posts
Showing posts with label Rojak. Show all posts

Tuesday, September 6, 2016

Rojak

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Lama sungguh menyepikan diri dari berblogging. Dah jadi kebiasaan setiap kali lepas raya mesti senyap seribu bahasa sehinggalah sampai satu ketika rasa rindu berblog... tuan blog akan munculkan diri. hihi... Apa khabar semua? Harapkan semuanya berada dalam keadaan sihat2 semuanya ye.  Jaga kesihatan, jauhkan diri dari tempat2 yang berisiko dijangkiti penyakit memandangkan sekarang ni virus zika dah menular masuk Malaysia.. berasa takut2 juga dibuatnya.  Bagi ibu2 mengandung tu.. elakkanlah berada ditempat2 yang ada banyak nyamuk. Kat rumah tu sebelum masuk waktu senja2 cepat2 tutup tingkap & pintu rumah supaya nyamuk tak masuk rumah.  Jika perlu pergi ke tempat2 yang dikhuatiri banyak nyamuk.. belilah mosquito repellent yang tampal2 tu.. boleh tampal kat bahagian badan/luar pakaian kita supaya nyamuk tak datang dekat dengan kita.  Biarlah habis duit sikit asalkan kita bebas denggi/zika.

Okla... tiba2 banyak pula nak membebel kan.. maklumlah dah berbulan2 tak membebel kat blog. Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi rojak yang ringkas ni. Nak buat pun senang je. Tapi ni bukan versi rojak mamak tu ye sebab takde kerepek yang garing2 & takde juga cucur kelapa yang keras tu.. ni rojak mudah2 je... Jom kita tengok apa bahan2nya. Seronok buat rojak ni... nampak macam sikit... tapi alhamdulillah.. boleh berbahagi2 ke rumah jiran2 MaDiHaA juga ni. 




ROJAK

Bahan2
5 biji telur rebus
5 biji kentang rebus
5 keping fish cake
5 keping tauhu
2 biji timun
1 biji sengkuang saiz kecil

Cara penyediakan
Goreng telur rebus, kentang rebus, fish cake & tauhu. Potong ikut sesuai rasa. Hiris atau raciktimun & sengkuang ikut selera sendiri.



Bahan2 Cucur
300g tepung gandum
2 gengam taugeh
2 gengam udang putih (udang halus2 dibuang kepalanya)
1 sudu kecil mauripan
1/2 sudu kecil garam 
sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara2 Menyediakan Cucur
1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi bancuhan cucur yang sederhana pekat.
2. Perap sekejap agak2 nampak naik atau berbuih2 sikit, bolehlah digoreng mcm cucur udang.



Bahan2 Kuah Rojak
60g cili kering/ segengam penuh ~ gunting, buang biji dan rebus hingga lembut.
2 ulas bawang putih
300g kacang tanah ~ digoreng dgn minyak hingga garing
4 cawan air atau secukupnya
2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan sedikit air
2 keping gula manisan atau secukup rasa
Gula pasir secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu besar asam jawa ~ campur air ambil jusnya

Cara2
1. Kisar cili kering dengan bawang putih. Kisarkan pula kacang tanah dengan air secukupnya & ketepikan.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air, gula nisan, air asam jawa serta garam. Bila mendidih masukkan kacang yang dikisar.  Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan air tepung jagung.  Masak sehingga pekat. Jika kuah terlalu pekat boleh adjust tambah air ikut keperluan.

Cara menghidang
Pilih bahan2 rojak ke dalam pinggan ikut keperluan. Tuangkan kuah di atasnya dan bolehlah nikmati rojak diwaktu minum petang atau bila2 masa.

Selamat mencuba!

Thursday, April 22, 2010

Rojak Buah


Inilah dia rojak buah yang aku buat aritu gara2 nak menghabiskan sebiji lagi mangga muda yang abang ku beli. Kebetulan buah2 lain seperti nenas & timun memang dah ada.. cuma beli sengkuang je sebiji. Sebelum ambil dinner malam tu.. aku balun rojak buah ni dulu ala2 appetizer ler kunun... wahh.. ruangan untuk nasi malam tu dah dipenuhi oleh rojak.. kekekeke...

Jom tengok resepi...

Buah-buahan yang digunakan
Nenas
Sengkuang
Mangga Muda
Timun
(boleh guna buah kesukaan anda.. spt belimbing besi, epal hijau dan apa saja yang anda sukai)

Bahan2 Kuah Rojak

10 ~ 15 biji cili padi - mesin halus (guna mesin kering)
2 s/b penuh asam jawa - campur dgn 1 1/2 cawan air masak ambil patinya.
1/2 peket kecil belacan dlm kotak - hancurkan dengan sedikit air
3 sudu besar petis
2 s/b gula atau secukup rasa
8 ~ 9 s/b kicap manis kipas udang atau secukupnya
2 s/k tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Bahan2 Lain
1/2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak dan mesin kasar
sedikit bijan - sangai hingga kekuningan

Cara2 Menyediakan Buah
Kopek kulit nenas, sengkuang serta mangga muda. Bersihkan buah2an & timun lalu dipotong mengikut saiz & bentuk yang anda sukai. Ketepikan dahulu.

Cara2 Menyediakan Kuah Rojak
Masukkan semua bahan2 kecuali bancuhan tepung jagung ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan air tepung jagung dan masak sehingga agak2 pekat. Jika terlalu pekat boleh tambah air. Rasakan kuahnya mengikut citarasa anda.. kuah hendaklah ada rasa masam, manis dan masin. Tidak perlu tambah garam kerana dalam belacan, petis & kicap sudah mempunyai rasa masin yg mencukupi.

Cara Menghidang
Ambil sebahagian buah2 pilihan anda dan masukkan sesenduk kuah, 1 sudu besar kacang tanah & sedikit bijan lalu digaul rata. Tambah apa yg kurang mengikut citarasa anda jika mau kuah lebih tambahkan kuah, jika mau kacang lebih tambah lagi.. Gaul sebati lalu masukkan ke dalam pinggan. Taburkan sedikit kacang tanah mesin & bijan sebagai hiasan.. siap!!

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...