28 Februari 2009

Sidang tergempar DUN ke arah selesaikan krisis Perak

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanay berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Dengan larangan itu berarti, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat.

Krisis perlembagaan di negeri Perak ini dilihat tidak akan berakhir sekiranya rakyat tidak diberikan hak untuk mengundi sekurang-kurang untuk DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Speaker : 3 Mac sidang tergempar DUN Perak

IPOH : Speaker Perak, V Sivakumar berkata beliau akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 3 Mac ini bagi membincangkan dua usul berkaitan krisis Perlembagaan di negeri itu.

Pengumuman itu dibuat pada jam 3.00 petang tadi dipejabatnya disini.

Nizar serah kediaman rasmi MB Perak tetapi simpan kereta rasmi

IPOH: Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat,YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar di sini, hari ini, selepas lima hari beliau bertindak mengosongkan kediaman itu Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10, dengan alasan kereta ia sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah belum selesai.

Penyerahan kunci kediaman dilakukan oleh Pegawai Khas Mohammad Nizar, Amran Harun, kepada Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.30 pagi tadi di kediaman berkenaan.

Majlis penyerahan ringkas itu mendapat perhatian ramai wartawan.

Amran Harun menjelaskan penyerahan kediaman itu bukan maksudnya pakatan rakyat mengalah, termasuklah kereta rasmi Menteri Besar tidak akan diserahkan lagi seperti yang diputuskan oleh pimpinan pakatan Rakyat sebelum selesai kes di mahkamah. Sekiranya mahkamah sudah membuat keputusan barulah kenderaan itu diserahkan.

Ugutan Najib, sedikit ulasan.

Banyak pihak merasa tidak puas hati mengenai kenyataan Najib yang disiarkan dalam media hari ini mengenai dua orang ADUN pakatan Rakyat yang membuat laporan kepada SPRM berkaitan rasuah yang melibatkan wang sehingga RM 20 juta supaya melompat kepada BN.

Apabila Najib menyebut "tidak masuk akal". Jangan sampai menganggap dia sahaja yang ada akal. Paling malang kalau tindakan seseorang itu diluar akal yang waras..

Walauopun dia mengatakan pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan berkenaan sebaliknya dengan nada suatu ugutan beliau mengatkan bahawa pihak yang membuat dakwaan palsu akan didakwa.

Sebagai orang yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri malaysia ke 6, sepatutnya Najib mengambil peluang untuk memberi kenyataan yang menggambarkan dia adalah bakal negarawan yang melayakkan dia dilantik ke jawatan itu.

Walaupun ramai sudah melihat banyak "ranjau" dan "kubur besar" sedang menunggu sebelum dia dilantik ke jawatan itu. Banyak yang maklum tanpa disebutkan dengan jelas dalam perbahasan ringkas ini.

Alangkah manis kalau dia cuma berkata perkara itu terpulanglah kepada SPRM dan pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan tuduhan itu bersedia untuk disiasat termasuklah dirinya sendiri. Jangan sesekali mengakhirinya dengan suatu ugutan dan semacam penafian pemimpin UMNO "maksum" dengan kesalahan.

Sebagaimana kami pimpinan Pakatan Rakyat sering membuka pintu untuk SPRM menyiasat apa saja tuduhan walaupun tiada asas langsung.

Sebenarnya asas laporan saya mengenai tuduhan 3 orang ADUN menerima rasuah sejumlah wang agar SPRM melakukan siasatan sehingga kepada beberapa laporan ahli Kelab Penyokong Kerajaan pakatan Rakyat (PR-BBC) yang lain kerana semuanya mesti ada kaitan.

Kaitannya tidak lain dari kejatuhan kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat. Politik kotor menghalalkan segala cara demi matlamat mendapatkan kuasa adalah tembelang yang tidak dapat disembunyikan lagi di Perak.

Insya Allah kebenaran akan menang juga cepat ataupun lambat.

Perang mulut, Parlimen dicemari.

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor 'menunjukkan fizikal kekuatan' dengan bergelut di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'celaka' semalam.

Insiden kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

Semalam, Karpal menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, menurut Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu.

"Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.

"Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin," katanya ketika ditemui.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP pula menyifatkan apa yang berlaku hari ini sebagai satu perkara yang memalukan dan tidak pernah terjadi dalam sejarah Parlimen di negara ini.

"Pada sesi pembukaan kali ini satu usul telah dikemukakan mengenai pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli Parlimen namun apa yang berlaku ia telah dilanggar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta maaf atas apa yang terjadi kepada Karpal hari ini.

"Saya minta Abdullah dan Hishammuddin meminta maaf secara terbuka atas apa yang berlaku ke atas Karpal hari ini. Mereka patut minta Pemuda Umno berhenti daripada mengamalkan tindakan ‘gangsterism’ ke atas Ahli Parlimen pembangkang.

"Mereka (Pemuda Umno) telah melanggar undang-undang negara dan akta di Parlimen," katanya.

Sementara itu, Karpal dan Gobind Singh ketika dihubungi malam tadi masing-masing menafikan sudah membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di bangunan Parlimen petang semalam.

"Saya belum buat apa-apa laporan kepada polis lagi setakat ini. Kita mahu lihat dulu bagaimana tindakan yang akan diambil oleh kerajaan dan Parlimen dahulu,"kata Gobind kepada mStar Online malam tadi.mstar.

Perbezaan Ilmu dan Harta

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.

4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)

5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.

6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.

9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.

Kembalilah Kepada Islam 2.

Firman Allah SWT dalam surah Al Hujuraat ayat ke 13:



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ




"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Keberadaan manusia di dunia sesungguhnya terdiri dari pelbagai bangsa dan suku yang berbeza dari segi budaya, bahasa, adat dan sebagainya. Contohnya di negeri China terdapat 56 suku yang berbeza-beza. Jumlah yang banyak setanding dengan jumlah penduduk melebihi 1.3 billion.

Setiap bangsa dan suku sering berbalah dengan meletakkan segala-galanya lebih baik dari suku dan bangsa yang lain. Keadaan berpuak-puak seperti ini berlaku sejak zaman nabi Adam as.lagi. Perbalahan antara Habil dan Qabil membawa peristiwa pembunuhan dan pertumpahan darah yang pertama. Tidak ada satu bangasa dan suku pun akan mudah melutut dan mengaku kalah apa lagi menyatakan mereka tidak baik dari orang lain. Allah menukilkan kisah tersebut dalam surah Al Maidah ayat 27 :




وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ




"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa".

Perbalahan suku kaum Arab berlarutan ratusan tahun sehinggalah datangnya Islam. Khususnya perutusan Nabi Muhammad saw membawa sinar baru kepada tamaddun kehidupan manusia. Ikatan manusia bukan setakat kerana suku dan bangsa semata-mata tetapi setelah mengucap dua kalimah syahadah kita di anggap bersaudara.

Firman Allah SWT dalam surah Al Hujuraat ayat 10:






إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ





Ajaran Islam telah memurnikan seluruh corak kehidupan segala bangsa di dunia. Khususnya bangsa Arab yang terdiri dari berbagai suku telah dimurnikan oleh ajaran Islam. Mereka telah disatukan di bawah satu bumbung aqidah dan cara hidup. Segala cara hidup, sikap, perbuatan, adat dan sebagainya telah di "tapis" atau disaring oleh Islam. Maka lahirlah satu masyarakat Islam contoh di Madinah yang diasaskan sendiri oleh Baginda Rasulullah saw. Menyatukan suku kaun Muhajirin dan Ansar, menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang sering berbalah dan berperang walaupun kerana seekor unta.

Contohnya cara makan dan minum termasuk apa yang dimakan dan diminum telah dimurnikan oleh Islam.Indahnya Islam, sesuatu yang tidak bercanggah tetap diterima dan boleh dipakai. Bayangkan Islam tidak melarang orang Islam di Negeri China yang telah makan dengan menggunakan "chopstick" atau sepit yang telah digunakan beribu tahun lampau.

Demikianlah Indahnya Islam, mengajak menyeru manusia kembali kepada suatu kehidupan yang telah dimurnikan dalam satu ajaran dan acuan iaitun Al Quran dan Al Hadits.

Kembalilah kepada Islam, berjuanglah untuk menegakkan Islam, kembalilah tanpa ragu dan syak wasangka walaupun sebesar zarrah. Kembalilah....

27 Februari 2009

Artikel Buletin An-Nur :Berdusta Yang dibolehkan

Semua orang mungkin sepakat kalau berdusta adalah salah satu perbuatan yang sangat tercela. Bukan hanya saja tercela dalam pandangan manusia, tapi juga tercela dalam pandangan Allah subhanahu wata'ala.

Hukum asal dari dusta itu sendiri adalah haram dan wajib untuk dijauhi. Pertanyaannya adalah apakah ada dusta yang dibolehkan dalam ajaran Islam ini? Tentunya ini sangat menarik untuk kita bahas dalam bulletin kita kali ini.

Selama ini yang kita tahu bahwa dusta adalah perbuatan yang sangat buruk dan tidak boleh dikerjakan atau hukumnya haram secara mutlak. Kemudian ada juga yang menganggap bahwa dusta adalah perbuatan yang lumrah dikerjakan, apalagi di zaman sekarang ini, rasanya suatu yang mustahil dan aneh kalau ada orang yang tidak pernah berdusta dalam hidupnya. Dusta bagi mereka merupakan bagian dari kebiasaan hidup mereka, sehingga kita akan menemukan hampir di setiap tempat di situ ada dusta. Apakah di sekolah, di pejabat, di dalam rumah tangga, di pasar-pasar dan banyak lagi tempat-tempat yang tidak mungkin kita sebutkan semuanya.

Orang tua berdusta, anak berdusta, atasan berdusta, bawahan berdusta, pembeli berdusta, pedagang apalagi. Intinya hidup mereka dipenuhi dengan dusta. Seakan-akan perbuatan ini bukan perbuatan yang tercela atau berdosa bagi orang yang melakukannya.

Banyak sekali dalil-dalil yang menjelaskan tentang larangan atau haramnya berdusta, baik di dalam al-Qur'an maupun al-Hadits.

Dalil-dalil tentang Larangan Dusta

Allah subhanahu wata’ala berfirman, artinya,

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya". (QS. 17:36)

Dalam ayat lain, artinya,

"Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir". (QS. 50:18)

Syeikh Ibnu Utsaimin rahimahullah menjelaskan bahwa ayat-ayat di atas merupakan dalil-dalil yang mengharamkan dusta, terlebih lagi dusta atas nama Allah subhanahu wata'ala dan RasulNya, seperti mengatakan Allah subhanahu wata'ala berfirman begini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda begini, atau menafsirkan perkataan keduanya tanpa makna yang sebenarnya padahal keduanya tidak pernah mengatakan hal seperti itu. Dan perbuatan semacam ini tergolong ke dalam perbuatan dosa besar (al-kabâir). Sebagaimana telah dijelaskan di dalam al-Qur'an, artinya,




"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan. Sesungguh nya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (QS. 6:144)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, "Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaklah ia menyiapkan bangkunya di neraka". (Muttafaq 'alaih)

Rasulullah bersabda, “Jauhkan lah oleh kalian perbuatan dusta, maka sesungguhnya dusta itu menunjukkan/mengantarkan ke jalan kemaksiatan dan sesungguhnya kemaksiatan itu menyeret ke dalam neraka." (Muttafaq'alaih)

Dusta di samping ia adalah perbuatan tercela dan diharamkan, juga merupakan bagian dari ciri-ciri orang-orang munafiq. Hal ini juga dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, "Ciri-ciri orang munafiq ada tiga: apabila berbicara ia dusta, dan apabila berjanji, ia mengingkari, dan apabila dipercaya dia berkhianat". (Muttafaq 'alaih).

Bohong yang Dibolehkan

Seorang muslim yang baik tentunya tahu bahwa semua perbuatan nya akan diminta pertanggungjawaban nya kelak di Mahkamah Allah subhanahu wata’ala yang Maha 'Adil. Maka ia terlihat begitu hati-hati dan penuh perhitungan dalam melakukan segala sesuatunya. Baik yang berupa ucapan maupun tindakan.

Allah subhanahu wata’ala berfirman, artinya, "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya". (QS. 17:36)

Ia sangat faham betul kalau dirinya selalu diawasi Allah subhanahu wata'ala, dan setiap amalnya selalu punya catatan dan nilai disisi-Nya. Sekecil apa pun amalan tersebut ia selalu memperhatikannya dan tidak sedikit pun ia remehkan. Ia selalu berusaha untuk jujur dan benar dalam segala perbuatan nya. Bahkan ia lebih memilih diam dari pada mengucapkan sesuatu yang tidak baik dan merugikan orang lain, berdusta misalnya. Sebagaimana ia tahu Allah subhanahu wata'ala telah berfirman, artinya,




"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir". (QS. 50:18)

Dalam ayat lainnya Allah subhanahu wata'ala berfirman, artinya, “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.”Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (QS. 99:7-8)




Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir maka hendaklah ia mengucapkan ucapan yang baik atau lebih baik ia diam". (Muttafaq'alaih)

Kendati demikian, kejujuran terkadang boleh menjadi sesuatu yang tidak dianjurkan dalam agama ini, ketika kejujuran tersebut ternyata jelas-jelas tidak membawa maslahat yang besar dan mulia, justru sebaliknya malah mendatangkan mudharat. Dalam hal ini, maka dusta menjadi dibolehkan dalam agama ini, bahkan terkadang ia menjadi wajib untuk dilakukan.

Tentunya ada syarat-syarat tertentu sehingga dusta menjadi dibolehkan bahkan dianjurkan. Intinya adalah bahwa, "Perkataan atau suatu ucapan merupakan sarana untuk mencapai maksud yang diinginkan.” Maka setiap maksud yang terpuji memungkinkan/dapat diraih atau dicapai dengan tanpa berdusta/berbohong, maka berdusta pada saat itu hukumnya haram. Tetapi jika tidak memungkinkan untuk mencapai tujuan yang diinginkan kecuali hanya dengan berdusta, maka dusta pada kondisi seperti ini dibolehkan".(lihat di kitab al-Adzkar, al-Imam an-Nawawi).

Bahkan para ulama menjelaskan seputar hukum tentang dibolehkannya berdusta dengan syarat-syarat sebagaimana di atas, kalau maksud yang dicapai adalah sesuatu yang mubah, maka dusta saat itu dihukumi mubah. Sedangkan jika maksud yang akan dicapai adalah sesuatu yang wajib maka dusta saat itupun menjadi wajib hukumnya. Contoh kasus, seseorang yang bersembunyi dari orang yang zhalim yang ingin membunuhnya, atau mau merampas hartanya. Lalu saat itu ada si fulan yang tahu dan ditanya tentang keberadaannya dan keberadaan harta tersebut. Maka wajib baginya berdusta demi menyelamatkan orang yang akan dianiaya tersebut dengan mengatakan tidak tahu atau menunjuk kan tempat lain. Karena menyelamatkan orang yang tidak bersalah (orang baik) dari kezhalimaan hukumnya adalah wajib.

Sebagaimana kaidah "Apa yang tidak menyempurnakan sesuatu yang wajib kecuali dengannya, maka ia adalah wajib". Tetapi sebagian ulama berpendapat (di antaranya: al-Imam an-Nawawi rahimahullah, syaikh Ibnu Utsaimin hafizhahullah) bahwa sikap yang lebih hati-hati dan lebih utama dalam hal ini adalah melakukan 'Tauriyah', maksudnya adalah mengungkapkan suatu maksud yang benar dan tidak berdusta jika disandarkan kepada maksudnya tersebut (maksud dari ucapannya) walaupun ia berdusta dalam sisi zhahir lafadznya jika disandarkan kepada apa yang dipahami dan diminta oleh lawan bicaranya. Walaupun meninggalkan tauriyah dan tetap dengan ungkapan yang dusta tidak diharamkan dalam kondisi seperti ini. Contohnya: Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membonceng Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu di atas kendaraan beliau, maka jika ada seseorang yang bertanya kepada Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu tentang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di tengah perjalanan, beliau mengatakan, "Ini adalah seorang penunjuk jalanku”. Maka orang yang bertanya tersebut mengira bahwa jalan yang dimaksud adalah makna haqiqi, padahal yang dimaksud oleh Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu adalah jalan kebaikan (sabîlul khair)”. Semata-mata demi kemaslahatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari ancaman musuh-musuh beliau.” (HR. al-Bukhari) Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadits Ummu Kultsum radhiyallahu ‘anha, sesungguhnya ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Tidaklah dikatakan pendusta orang yang mendamaikan manusia (yang berseteru), melainkan apa yang dikata kan adalah kebaikan". (Muttafaq 'Alaih)

Imam Muslim menambahkan dalam suatu riwayat, berkata Ummu Kultsum radhiyallahu ‘anha, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberikan keringanan (rukhshah pada apa yang diucapkan oleh manusia (berdusta) kecuali dalam tiga perkara, yakni: perang, mendamaikan perseteruan/perselisihan di antara manusia, dan ucapan suami kepada istrinya, atau sebaliknya". Mudah-mudahan penjelasan yang singkat ini dapat bermanfaat bagi kita, Wallahua'lam bish-shawab.



(Abu Nabiel Muhammad Ruliyandi)
Sumber: "Syarh Riyadhis Shalihin", Syaikh Ibnu Utsaimin.

SPRM perlu siasat pengerusi perhubungan Umno Perak - Nik Aziz

KOTA BHARU, 26 Feb : - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama.

Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan.

Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno.


Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun.

Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah.

"Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.

"Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.

"Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus.

"Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.

Habiskan duit rakyat

"Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat," katanya.

Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato' Seri Najib Razak di Putrajaya.

"Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka," kata Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam.

Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato' Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal.

"Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak.

"Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster," katanya.

Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik.

Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut.

Tindak tanduk Umno seperti gengstar

"Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek,� katanya.

Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic.

"Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai, katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini," katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu.

"Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu," katanya. Harakahdaily.

PIBG seluruh negara bantah PPSMI.

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.
Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

"Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.

"Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).

"Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya.

GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.

Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”.

"Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI.

"(Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas," kata Mohd Ali.

Katanya, PIBGN hadir kesemua lima kali persidangan meja bulat kementerian dan membantah PPSMI dalam pertemuan itu tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan apabila dasar itu terus diamalkan sejak enam tahun lalu.

Mengulas pelaksanaan dasar kontroversi itu, beliau menyifatkan PPSMI gagal kerana dikendalikan oleh guru yang kebanyakannya "tidak berdaya" dan "tidak cukup latihan".

"Insentif 10 peratus kenaikan gaji yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam PPSMI tidak nampak setimpal dengan kenaikan tersebut. Prestasi mereka sepatutnya lebih daripada 10 peratus," katanya.

Selain itu, Mohd Ali menambah, PPSMI mengakibatkan banyak pembaziran apabila guru-guru terlibat yang dibekalkan komputer riba bagi membantu pengajaran tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya.

"Begitu juga dengan perisian-perisian yang tidak dimanfaatkan. Hanya 1/3 perisian pengajaran (daripada kira-kira 25 jenis) yang dicadangkan oleh kementerian digunakan," katanya.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad dianggotai kumpulan NGO dan sayap-sayap Pemuda PKR dan PAS. malaysiakini.

Laporan kepada SPRM : ugutan Najib tidak masuk akal

Najib Razak menganggap dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak dari Pakatan Rakyat iaitu dari Kuala Kurau dan Malim Nawar yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kononnya mereka ditawarkan RM20juta untuk keluar parti sebagai tidak masuk akal.

Sambil menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan, Timbalan Perdana Menteri menegaskan mereka yang membuat laporan palsu boleh didakwa.

Kami mempersoalkan kenyataan Najib yang berbaur ugutan kepada dua ADUN Pakatan rakyat iaitu YB. abdul Yunus Jamahri(Kuala Kurau) dan YB. Khesvinder Singh (Malim Nawar).

Sebagai penduduk sebuah negara yang masih menghormati undang-undang dan perlembagaan, langkah yang dilakukan oleh dua ADUN berkenaan sepatutnya dipuji oleh Najib.Sekiranya benar beliau dan partinya tidak ada kaitan dengan dakwaan itu, biarlah saluran undang-undang yang masih kami percayai walaupun tidak 100% akan menentukan segala-galanya.

Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat telah dirampas haknya, konspirasi inilah sedang kami dedahkan. Mustahil segalanya terjadi dengan sendiri tanpa ada pihak yang merancangnya.

Usaha kami adalah untuk mempertahankan hak dan maruah oleh pihak perampas kuasa itu. Siapa makan lada dialah yang rasa pedasnya.
Ugutan Najib memang tidak masukakal.

Nasihat Najib kepada belia, Perak bagaimana ?

Najib Abdul Razak menggesa belia mengutuk keganasan dan sebarang perpecahan dalam kalangan manusia.

Nasihat Najib ini baik juga dinilai oleh para belia betapa keganasan politik dalam bentuk rampasan kuasa di negeri Perak yang dilakukan oleh Najib dan Kuncu-kuncunya.

Usah bercakap tentang dunia lebih global dan bersifat antarabangsa kalau negara dan negeri sendiri terpalit dengan sejarah hitam yang mencemarkan demokrasi dan peradaban manusia apalagi agama.

Kita berkeyakinan golongan beliau sangat peka dan sensitif dengan suasana politik dalam negara mereka sendiri. Dalam era langit terbuka mereka kadang-kadang lebih cepat menerima maklumat dari golongan lebih dewasa.

TPM menasihati golongan itu dengan berkata, belia sepatutnya mempunyai keupayaan untuk menyedari kesia-siaan dan kemusnahan akibat keganasan di sebalik keadaan politik yang sukar atau trauma peribadi yang mereka hadapi.

Katanya lagi, generasi muda juga perlu mengintegrasikan diri mereka dalam masyarakat pelbagai budaya, menghormati kepelbagaian agama dan percaya dengan sistem demokrasi dan dialog.

Ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini, hari ini, dibacakan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

kadar tol naik lagi.

KUALA LUMPUR: Kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata kenaikan kadar tolitu membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

"Bagi Plus, kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus( Lebuhraya E1 dan E2) akan dinaikkan sebanyak 0.68 sen sekilometer bagi kenderaan Kelas 1, bagaimanapun kenaikan itu tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, Sprint-Kerinchi dan Damansara Link, kadar tol dinaikkan antara 30 sen dan 50 sen bagi kenderaan kelas satu manakala bagi Akleh, kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

"Kadar tol di Lebuhraya Besraya dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1 dan bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines berikutan Plaza Tol Salak Jaya ditutup pada 24 Februari lalu.

Sementara itu bagi Lebuhraya NPE pula, kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kelas kenderaan yang sama," katanya. - Bernama

Sombongnya Hishammuddin !

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak perlu didebatkan lagi.

"Nak didebatkan apa lagi. Kalau di peringkat dasar masih boleh, tapi ia kini dalam proses ubahsuai dasar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas cabaran Pas kepadanya untuk berdebat isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau menjemput semua pihak termasuk mereka yang tidak puas hati dengan pelaksanaan dasar itu supaya tampil memberikan pendapat dan cadangan untuk memperbaiki dasar itu.

"Lebih baik mereka beri cadangan dan pendapat. Jemputan untuk menyertai perbincangan meja bulat telah diberi supaya mereka boleh panjangkan pandangan masing-masing," katanya ketika ditemui selepas merasmikan PersidanganAntarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini hari ini.

Beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan persidangan itu.

Pelaksanaan PPSMI sejak 2003 mencetuskan kontroversi dan perdebatan dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.

Isu itu menjadi bertambah hangat apabila ahli akademik serta sasterawan menyertai gabungan yang dipanggil Gerakan Mansuhkan Pendidikan dan pembelajaran sains dan Matametik dalam bahasa Inggeris (GMP).Mereka menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu dan satu himpunan raksasa 100,000 yang direncanakan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2009 di hadapan Istana negara.

Sasterawan Negara yang mengepalai gerakan ini menyifatkan pemimpin seperti Hisammuddin sebagai " bertelinga satu dan berlidah dua".

Dakwah Kepada Non-Muslim

Tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua umat Islam. Ianya bukan kerja khusus untuk golongan tertentu sahaja. Jika kita beranggapan kerja dakwah terletak pada ustaz atau golongan ulamak sahaja, anggapan ini perlu di perbaiki dengan segera. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " sampaikan apa yang kamu terima daripada ku walaupun ianya sedikit".

Kehidupan berbilang bangsa di negara kita Malaysia adalah sesuatu yang sangat unik.Percampuran budaya antara berbagai bangsa berlaku tanpa disedari. Islam tidak melarang kita untuk mengamalkan budaya bangaa mana pun asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Islam. Demikian hebatnya Islam yang telah memurnikan apa sahaja budaya bangsa didunia menjadikan ianya sebagai budaya Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujurat ayat 13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
" Hai manusia, sesungguh Kami menciptakan kamu asalnya dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk saling mengenal antara satu sama lain, Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu".

Islam terus menerus memproses manusia menjadi insan kamil. Berpandukan dua peninggalan Rasulullah iaitu Al Quran dan As Sunnah manusia tidak akan sesat selama-lamanya walaupun dalam keadaan manusia berbodong-bondong menuju kesesatan.

Alhamdulillah bangsa Melayu telah melalui berbagai fasa pembentukan masyarakat Islam sehinggakan pada masa ini. Pembentukan masyarakat Islam bukan sahaja bermula dirumah tetapi ianya mesti diteruskan diluar rumah. Sebab itulah memilih satu kerajaan yang boleh membentuk satu sistem masyarakat dalam semua sudut yang dipandu oleh Al Quran dan As Sunnah adalah wajib. Malah ianya adalah prinsip dan aqidah umat Islam. Firman Alah SWT:" ..jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu hal, kembalikah kepada Allah dan Rasul..".

Subhanallah, yang telah memberi hidayah kepada ramai penganut agama lain untuk memeluk agama Islam. Setelah mengkaji secara ilmiah Al Quran dan As Sunnah dan dengan fikiran terbuka akhirkan jalan kebenaran ditemui jua.

Pengalaman penulis sebelum mengucap dua alimah syahadah. Saya telah membeli naskah Al Quran dan majalah-majalah Islam dalam tahun-tahun akhir 80-an, akhirnya memilih Islam yang terbaik dari segala anutan yang lain, Islam malah sebagai ad din, atau 'the way of life' yang tidak bolah disamakan dan dibandingkan dengan ajaran agama lain. Sabda Rasulullah "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya".

Seorang Insan yang memilih jalan Islam dengan maksud mengamalkan ajaran Islam, artinya melahirkan satu contoh yang terbaik untuk mendakwah non muslim. Dakwah bil hal inilah yang menampakkan cantiknya Islam , ditambah dengan dakwah bil lisan yang juga tidak dapat ditinggalkan.

Persoalannya, melihat kepada rata-rata orang melayu yang beragama Islam, terus terang saya katakan lambat lagi dan bukan penyebab yang besar saya masuk Islam. Tanpa menyakini Hidayah itu adalah suatu kuasa Allah SWT yang diberikan kepada makhlukNya yang di kasihiNya.

Cuba tengok di kelab-kelab malam, kedai nombor ekor, toto,pusat judi,karaoke ,kedai arak , bunuh dengan kejam macam Altaltuya dibunuh, mat rempit, rogol dan sebagainya.Siapakah mereka itu?

Perlu diingatkan keadaannya sekarang seperti sebiji gelas yang sangat kotor, itulah orang Islam yang maksiat, dengan Islam seperti air yang sangat jenih. Jika air tersebut dimasukkan kedalam gelas yang kotor, kehebatan Islam terselindung. Walaupun Islam tetap suci dan murni, telah diaibkan oleh pemeluknya.

Berjuang dengan Islam sehingglah berada dalam jemaah Islam suatu perkara yang sangat indah dan kurniaan dari Allah jua, tetapi jangan lupa kepada bedakwah kepada non muslim.

Mulakan mengajak kawan-kawan terdekat yang non muslim dengan secara berhemah untuk menyelamatkan mereka, jangan lupa juga mendoakan mereka sekurang-kurangnya, kerana itulah sunnah Nabi yang mendoakan Umar Al Khatab sehinggalah dia masuk Islam. Kalaulah dengan menyampaikan Islam secara perbuatan dan lisan kita tidak di amalkan, masakan dengan berdoapun kita tidak pernah, satu perkara yang sangat ganjil dalam dairi kehidupan orang Islam.

Disamping itu, kepada yang telah masuk Islam, jagalah hati meraka, buka dengan maksud supaya memuliakan dan melebih-lebihkan.Paling kurang beberapa hal yang saya hendak senaraikan:-

1.Jangan berterusan memanggil orang masuk Islam dengan panggilan Muaalaf. Tidak salah saya hanya sekali sahaja Allah menyebut di dalam Al Quran dalam Surah At Taubah dalam ayat berkaitan dengan asnaf zakat.Natijahnya saudara kita seolah dikelaskan dengan satu kelas yang tidak berganjak dari mula masuk Islam sampai ke mati. Malah ada berlaku di Bagan Serai Perak, seorang yang masuk Islam sebelum Merdeka telah di panggil muaalaf sampai mati dan terkena lagi kepada anak cucunya dengan gelaran anak ........muaalaf.cucu...muaalaf. Keluarga saudara kita juga merasakan sesuatu penghinaan kepada anak-anak mereka.

2.Masuk Islam bukan masuk melayu.awasilah lidah anda dari menyakitkan hati orang cina, india dan lainnya. mereka tidak sekali-kali masuk melayu, apa lagi dalam keadaan UMNO yang mengadaikan melayu sehinggalah keris pun tidak bersarung lagi, hak orang melayu semuanya dilucutkan seperti keris dilucutkan dari sarungnya.

3. Bertanggung jawablah kepada sesiapa sahaja yang telah anda ajak dia masuk Islam, didiklah meraka supaya menjadi umat Islam yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain lain, khususnya kepada keluarga mereka. Adakah dianya anak angkat, atau dulunya kekasih yang telah jadi isteri, didiklah asuhlah mereka dengan lebih bertanggungjawab.

Kembalilah Kepada Islam 1

Kemelut kehidupan hari demi hari semakin kritis dan mengusarkan kita. Sejauh mata memandang seolah sebanyak itulah permasaalahan yang mendepani umat seluruhnya. Pelbagai teori dan cadangan dikemukakan untuk mengatasinya tetapi nampaknya melalui jalan buntu.

Lebih awal sejak 1400 tahun yang lampau telah tercatat dan sampai hari ini tidak padam walau ada usaha untuk memadamkannya, atau menyelewengkanya. Iaitu Firman Allah SWT "...jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara hendaklah kembali kepada Allah dan Rasul , jika sekiranya kamu beriman sesungguhnya kepada Allah dan hari akhirat...". inilah sebetulnya yang menjadi galanganti kepada perjuangan Islam dari zaman permulaan Islam sehinggalah kepada perjuangan Islam dibumi Malaysia yang tercinta ini.

Persoalannya ada segolongan umat manusia yang masih berdegil dengan ajakan firman Allah dan Sabda Rasulullah bermaksud " aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang teguh kepadanya iaitu kitab Al Quran dan sunnahku".

Manusia lebih cinta perjuangan yang menghasilkan hatijah yang cepat, kekayaan, kesenangan,pangkat, kedudukan, kebendaan, kuasa, dan yang selayaknya untuk memuaskan hawa nafsu memang menjadi matlamat hidup mereka . Sedangkan Allah menjanjikan pelbagai pangkat , kedudukan, dan segala-galanya yang melebihi yang diperoleh didunia, malah tidak ada tolak dan banding, kekal dan abadi. yakni SYURGA Nya.

Pastinya dunia yang dicecapi dan digemgam akan berakhir dengan suatu kesudahan sebagaimana firman Alllah " setiap yang hidup akan menghadapi mati". Siapa pun dia asalkan makhluk akan musnah, sedangkan nabi yang lebih besar peranannya pun diwafatkan oleh Allah SWT. Siapakah kita yang serba kerdil, apalagi hendak mendabik dada...pasti kita akan menemuai ajalnya.

Demikianlah hebatnya Islam, dan adilnya Allah SWT. Pasti kita tidak di zalimi Nya. JanjiNya jelas dan pasti.Terang dan jelas apakah natijah dari kedegilan kita kalau tidak mahu kembali kepada Islam, Allah malah mengutus Rasul untuk menghuraikan Al Quran, menjadi contoh tauladan terbaik kepada manusia. Namun yang degil dan tolol adalah kita sendiri. Lubang didunia yang digali di mana-mana pasti kita mengelak bila bertemunya semasa memandu kenderaan. Tetapi kita sedang melakukan kerja untuk masuk kedalam lubang yang lebih bahaya dari lubang dunia yakni "NERAKA" Allah SWT. Ruginya kita.

Kembalilah kepada Islam, cintailah Islam, Sayangilah Islam, Beramallah dengan Islam, Lakukan sesuatu yang termampu untuk memenangkan Islam.

Jangan ambil gaji - DAP

Menteri Besar Kudeta Perak, Dr. Zambry Abdul Kadir didesak supaya tidak mengambil sebarang imbuhan termasuk gaji sehingga mahkamah memutuskan kerajaan negeri mana yang sah.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa langkah itu wajar bagi berlaku adil kepada rakyat supaya wang mereka tidak digunakan untuk membayar gaji dua kerajaan negeri.

''Dalam tempoh ini, saya mencabar Zambry supaya tidak menerima sebarang bayaran sehingga mahkamah membuat keputusan.

''Mereka boleh bekerja, kita juga boleh bekerja tetapi tanpa bayaran kerana rakyat tidak boleh bayar dua kali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

PPSMI: A. Samad Said sedia hilang gelaran

KOTA BHARU 25 Feb. - Datuk A. Samad Said sedia kehilangan gelaran dan penghormatan sebagai Sasterawan Negara dalam memperjuangkan pemansuhan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, gelaran tersebut tidak penting bagi dirinya kerana perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu lebih utama bagi kelangsungan anak bangsa pada masa depan.

"Kalau hendak ambil (gelaran), ambillah sekarang, perjuangan mesti diteruskan, ia langsung tidak menyentuh saya, kalau fikir itu besar sangat ambil dan simpan sajalah.

"Saya sudah umumkan dulu, saya bukan Sasterawan Negara, saya lebih senang dipanggil sasterawan rakyat," katanya pada sidang akhbar bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut diadakan sempena 'road show' anjuran GMP di negeri ini untuk menghimpunkan 100,000 rakyat bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI di depan Istana Negara, Kuala Lumpur, 7 Mac ini.

Ketegasan dan sikapnya membantan PPSMI dilihat dari petikan ucapan sajaknya di bawah :

Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.

Laporan kepada SPRM dianggap hanya untuk tarik perhatian.

Laporan dua ahli politik Pakatan Rakyat bahawa mereka pernah ditawarkan sejumlah wang dan beberapa tawaran lain daripada Barisan Nasional (BN) agar keluar parti disifatkan sebagai sengaja mahu 'menarik perhatian'.

Abdullah Ahmad Badawi mendakwa, Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan cara tersebut bagi mengelirukan rakyat disebabkan mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebenar iaitu berkhidmat dengan baik seperti yang dijanjikan.

Inilah kenyataan tanpa asas dan menegakkan benang yang basah demi melindungi kerja jahat yang selama ini sehingga menumbangkan Kerajaan Perak Pakatan Rakyat.

Kenapakah Abdullah tidak menafikan adakah Hee yit Fong, Jamaluddin, dan Osman yang telah keluar pakatan dan menyokong BN adalah usaha secara membeli wakil rakyat yang telah berhasil dilaksanakan.

Bagaimana boleh Abdullah di penghujung usia PMnya bercakap dalam separuh sedar tentang khidmat wakil rakyat. Kenapakah 3 orang ADUN yang jadi katak itu masih tidak muncul bertemu dengan rakyatnya setelah mendakwa walaupun jadi bebas dan menyokong BN mereka masih boleh jadi wakil rakyat yang baik.

menyokong BN artinya mereka adalah BN, baikkah sikap mereka yang meninggalkan pengundinya bagaikan kucing kehilangan ibunya. Dari pak Lah menyibuk tetang laporan yang kami lakukan lebih baik nasihatkan mereka bertiga , malah tambah satu lagi ADUN Bota supaya balik ke kawasan masing-masing buat kerja sebagai wakil rakyat.

Walaupun Speaker sudah menganggap 3 kerusi Behrang, Jelapang dan Changkat Jering sudah kosong dan mereka menafikan kenapa masih takut untuk jumpa pengundi.

Kami nafikan laporan yang dibuat sekadar untuk mencuri perhatian, namun kerana ada bukti dan fakta yang kukuh dan berasas maka kami melangkah ke SPRM.

Ibrahim ali, Bila mati baru boleh masuk UMNO.

GUA MUSANG: Pemuda Umno Gua Musang menolak cadangan agar Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali diundang menyertai semula Umno sebaliknya pergerakan itu mahu beliau kekal sebagai anggota Bebas.

Ketua Pemuda Umno Gua Musang Bazlan Baharuddin berkata pengalaman lepas apabila Ibrahim menentang calon Barisan Nasional pada satu pilihan raya kecil pada 2005 menunjukkan beliau sanggup menentang pucuk pimpinan Umno.

Mungkin sudah ramai yang lupa, sebenarnya Ibrahim sudah digantung dari menjadi Ahli UMNO dan pegantungannya adalah seumur hidup.

Artinya tidak ada peluang untuk dia masuk UMNO lagi. Sebagaimana kata orang Kelantan, Ibrahim bila sudah mati baru boleh masuk UMNO kembali.

Sivakumar kecewa siasatan SPRM, anggap penghinaan

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar berkata beliau berasa kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasatnya, walaupun segala tindakannya sebagai Speaker Dewan dibuat secara sah.

"Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar semalam.

Jumaat lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Excon kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuatkuasa serta merta.

Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat".

Bagaimanapun menurutnya beliau yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kirakira dua jam, bermula dari pukul 6 petang.

Sivakumar seterusnya berkata siasatan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.mstar.

Dua ADUN Perak dakwa ditawar RM20 juta

IPOH: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar wang sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di sini ialah Adun Malim Nawar Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A. Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).

ADUN Titi Serong menjelaskan mereka akan memanakan siapakah pemimpin BN yang menawarkan kepada mereka sogokan wang dan jawatan tersebut dalam laporan penuh mereka kepada SPRM. "Tidak kurang dari 3 orang" katanya.

Khalil kelihatan menemani ADUN Kuala Kurau dan ADUN Malim Nawar menemui pegawai SPRM secara berasingan semasa menyampaikan laporan tersebut.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

Kerajaan pakatan pembangkang Perak tumbang awal bulan ini selepas BN menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mereka mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.

Tawaran jawatan Anggota Exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang agen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang agen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Ampun Tuanku : Tahniah tidak campur urusan politik di Selangor

BERIKUT ialah kenyataan penuh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk Lela Bakti, Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Sukacita saya memaklumkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang melibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Menteri Besar dan percaya bahawa ia dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ’privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Elizabeth Wong, baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

– Dato’ Haji Mohamad Munir Bani Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor.

26 Februari 2009

SPR: 4 Mac putuskan pilihan raya kecil Batang Ai

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak pagi ini akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil kawasan itu 4 Mac ini.

Difahamkan pilihan raya kecil itu akan diadakan selepas dua pilihan raya kecil serentak di Bukit Gantang dan Bukit Selambau awal April.

Mesyuarat itu akan diadakan di Kuching berbanding empat pertemuan sebelum ini yang berlangsung di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

"Oleh kerana ia melibatkan bahagian di Sarawak dan oleh kerana SPR juga bercadang mengunjungi pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, maka mesyuarat akan diadakan di Kuching bagi menetapkan tarikh pilihan raya," kata Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi sebentar tadi.

Wan Ahmad juga mengulangi kemungkinan pilihan raya kecil Batang Ai tidak akan diadakan serentak dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Kerusi Batang Ai melibatkan kawasan pedalaman dan ia terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang dan Bukit Selambau di Semenanjung."Jadi, banyak persiapan perlu diadakan... jadi tidak mungkin diadakan serentak," katanya.Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil Batang Ai diadakan selepas 7 April, Wan Omar berkata, "secara peribadi saya merasakan kita tidak perlu tergesa-gesa kerana masih ada masa (tempoh 60 hari).

"Bagaimanapun katanya, aspek itu akan ditentukan secara mendalam oleh panel SPR minggu depan.Pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan berlangsung 7 April manakala penamaan calon pula 29 Mac.

Pilihan raya kecil DUN Batang Ai perlu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN) semalam.

Terdahulu, Pengarah SPR Sarawak, Takun Sunggah memberitahu Bernama bahawa notis yang ditandatangani oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar itu dihantar melalui faks terus ke SPR di Putrajaya.

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini pada 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dengan majoriti 806 undi.

Perbicaraan ditangguh.

KUALA LUMPUR : Perbicaraan ditangguhkan kepada satu tarikh yang diberitahu kemudian oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arif setelah beliau mengumumkan menarik diri dan memberi pilihan kepada DS. Nizar samada ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Tinggi atau diMahkamah Persekutuan.

Jam 11.30 pagi : ADUN Malim Nawar sampai ke SPRM untuk membuat laporan.

IPOH: ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN.

Laporan beliau pada hari ini adalah dipercayai sama dengan apa yang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau setelah aduan pertama telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim.

Tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan yang yang telah diamanahkan pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan.

TERKINI JAM 11.15 pagi: ADUN Kuala Kurau Sedang Memberi Keterangan kepada SPRM

IPOH:-Satu laporan rasuah sedang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan.

Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.

Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.

TERKINI JAM 10.45 pagi:Hakim Mohd.Arif Tarik Diri

Kuala Lumpur, 25 Feb;-Hakim Mohd.Arif mengumumkan dia menarik diri dari menjadi hakim yang mendengar kes saman YAB Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin ke atas Dr.Zamry Abdul Kadir.

Hakim juga menyatakan kepada YAB DS Nizar samaada hendak meneruskan di Mahkamah Tinggi atau pindahkan kes ke Mahkamah Persekutuan.

Menurut salah seorang panel peguam, mereka akan bincangkan hal ini dengan respondennya.

Kenyataan bodoh Muhd. Taib .

Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd. Taib mengeluarkan kenyataan bodoh dengan katanya tindakan Pakatan Rakyat bertujuan memastikan suasana politik Perak terus huru-hara dan memaksa Sultan Perak tunduk kepada tekanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan pakatan Rakyat di Perak disifatkan menganggu pentadbiran kerajaan pimpinan Menteri Besar Kudeta,Zambry Abd. Kadir membuktikan mereka merancang penderhakaan bersiri terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Memanglah layaknya seorang perompak wang rakyat selangor yang dibawa lari ke Australia bercakap tanpa menghiraukan di Perak juga BN merompak kuasa dari rakyat dan pakatan Rakyat.

Muhd Taib menuduh tapa asas yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Perak (DUN), V. Sivakumar yang menggantung keanggotaan Zambry dan enam exco kerajaan negeri serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas baru-baru ini.

Isu derahaka yang sudah lapuk dan tidak dapat memancing undi orang melayu dimainkan kembali oleh beliau, ‘‘Cadangan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang khas bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap Zambry merupakan tindakan penderhakaan bersiri kepada Sultan Perak,’’ kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

25 Februari 2009

GMP serah risalah kepada Wakil Kerajaan perak.

TAIPING,24 Feb.:- "Saya memohon sokongan semua pihak bukan untuk diri saya tetapi untuk orang Melayu, 7 Mac 2009 Himpunan di Istana negara, buka soal permit, yang penting sokonglah kami ", Demikian antara ucapan Prof. Dr. Abdullah Hassan yang mewakili Gerakan mansuhkan pendidikan dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggereis (GMP) dalam majlis penyampaian risalah berkaitan kepada Wakil Kerajaan negeri perak Pakatan Rakyat, yang diwakili oleh Pengerusi kelab penyokong Kerajaan,Drs. khalil idham Lim di sini.


Hadir sama ialah ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa dan bapa kepada pelajar yang membuat saman kepada Kerajaan Malaysia mengenai isu berkaitan , Mejar(B) Mohd Arif.

Semasa menyampaikan ucapan, Drs. Khalil menegaskan ini dasar yang diteruskan oleh pemimpin UMNO demi untuk memepertahankan kroni yang dikayakan berkaitan dengan program ini. "Kalau dulu bila Rasulullah mengajak kepada Islam ,Abu jahal mempertahankan sembahan berhala kerana ia mendatangkan hasil ekonomi, begitulah pemimpin UMNO dengan mempertahankan PPSMI semata-mata untuk mengayakan kroninya" Katanya..

Drs. Khalil juga kesal dengan usaha membohongi rakyat untuk menunjukkan dasar ini berjaya bila kelulusan nya dikatakan baik walaupun gred kelulusannya diturunkan serendah-rendahnya.

Rampasan kuasa lumpuhkan pentadbiran Perak.

Kelmarin saya bertemu dengan seorang pegawai kerajaan negeri, dia merungut mengatakan tidak menerima apa-apa arahan dan tidak dapat berbuat apa-apa sejak rampasan kuasa berlaku di Perak.

Inilah realiti yang juga saya sebutkan semasa ditemu ramah oleh wartawan Sinar Harian kelmarin di pejabat saya di Parit Buntar.

Setelah berlaku rampasan kuasa kejutan pasti berlaku kepada pegawai kerajaan yang sedang melaksanakan segala dasar yang digariskan oleh Pakatan Rakyat di Perak.

Bajet yang diluluskan oleh kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat yang berteraskan kepada kebajikan adalah bajet yang akan diguna pakai oleh BN hasil rampasan kuasa.

Persoalannya adakah mereka akan mengguna pakai belanjawan yang ditohmah dengan berbagai istilah negatig semasa berbahas di dewan. Antaranya dikatakan Bwjet itu adalah " tin kosong".

Inilah malang yang menimpa rakyat Perak akibat kerja celaka dan durjana BN yang melakukan kudeta di Perak.

Pergilah Ibrahim masuk UMNO.

KUALA LUMPUR, 25 Feb : - Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia menimbang pelawaan untuk menyertai semula Umno dengan syarat parti itu bersedia menerima kelantangannya.

Ketika berterus-terang kepada para pemberita yang menemuinya di lobi Parlimen semalam, Ibrahim berkata, beliau amat menghargai pelawaan daripada Umno dan akan mendapatkan maklum balas daripada para penyokong di kawasannya.

Ibrahim menambah, Umno bukanlah satu parti yang asing baginya kerana selain pernah menjadi ahli, beliau menganggotai Majlis Tertinggi (MT) selama enam tahun dan ketua bahagian selama 12 tahun.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, parti itu memang memerlukan tokoh seperti Ibrahim bagi menguatkan kedudukan parti di mata orang Melayu ketika ini.

Katanya, sebagai orang lama dan berpengalaman, selain pernah keluar masuk Umno, kebolehan dan kecekapan Ahli Parlimen itu tidak perlu diragui.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli parti supaya tidak memandang sinis terhadap cadangan supaya Ibrahim dibenarkan menyertai semula parti itu.

Menurut Ahmad Zahid, beliau mengharapkan akan ada lagi orang seperti Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu menyertai Umno semula.

"Kalau ada ramai yang nak masuk lagi bagus, sekurang-kurangnya Umno ada majoriti dua pertiga di Parlimen nanti," katanya.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga bersetuju dengan cadangan itu dan berharap Ibrahim menimbang tawaran itu dengan sebaik-baiknya.Harakahdaily.

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo

KUALA LUMPUR, 25 Feb : - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.


Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- Harakahdaily.

Lembu lapor rasuah ke SPRM !

Angkatan Muda PKR (AMK) akan menggunakan lembu bagi membawa laporan rasuah untuk diserah semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata laporan tersebut pernah diserah kepada SPRM sebelum ini tetapi tidak diambil tindakan.

Menurutnya, tindakan itu adalah sebagai tanda sindiran kepada SPRM supaya "tidak dicucuk hidungnya".

"Jangan menumpukan siasatan kepada (isu) 'lembu korban PKNS' sedangkan sudah puluhan laporan kita buat, termasuk melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak pernah disiasat secara serius," katanya.

Guan Eng mahu saman Utusan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menafikan laporan akbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan negeri tersebut telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

"Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

"Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubukan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya.

Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.

Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Shabudin mendakwa MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

Laporan rasuah kepada SPRM esok jam 10.00 pagi.

IPOH : Satu laporan rasuah pemimpin Barisan Nasional kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilakukan oleh dua ADUN Pakatan Rakyat secara serentak di Pejabat SPRM esok,25 Februari pada jam 10.00 pagi.

Semua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat serta para pemberita dijemput hadir.

Pelajar sesat ditemui.

TAIPING, 24 Feb :- Lima pelajar yang dilapor sesat ketika menyertai program mendaki di kawasan hutan Bukit Larut, Taiping, ditemui dalam keadaan selamat pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata semua pelajar berusia 15 tahun dari Sekolah Menengah Taman Panglima, Taiping, adalah antara 12 pelajar yang dikatakan mendaki Bukit Larut pada jam lima petang semalam.

"Tujuh daripada pelajar terbabit berjaya pulang ke rumah masing-masing dua jam kemudian tetapi lima lagi dikatakan gagal menemui jalan keluar.

"Kelima-lima pelajar itu dikatakan cuba mengikut jalan pintas ketika hendak keluar tetapi mereka tersesat dan seorang daripada mereka memaklumkan kepada keluarga melalui telefon bimbit untuk meminta bantuan," katanya.

Raja Musa berkata, polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela melancarkan gerakan mencari sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu dan kelima-lima pelajar terbabit ditemui pada jam 7 pagi tadi.

ADUN Batang Ai, Dublin meninggal dunia

Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Dublin Unting, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai meninggal dunia awal pagi tadi.

Sumber PRS mengesahkan beliau meninggal dunia setelah diserang angin ahmar kira-kira pukul 1.25 pagi.

Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian.

Kerusi DUN Batang Ai terletak dalam bahagian Parlimen Lubok Antu, Sarawak

ADUN dua penggal itu mempertahankan kerusinya pada 2006 dengan menewaskan calon Parti Nasional Sarawak (Snap), Bawin Anggat.

Perkembangan terbaru ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil dalam masa 60 hari memandangkan tempoh mandat semasa kerajaan negeri Sarawak hanya akan berakhir pada Mei 2011.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika dihubungi mengesahkan sudah memperoleh maklumat mengenai perkembangan terbaru ini.

Hakim dengar kes Nizar Rabu esok.

KUALA LUMPUR, 23 Feb.:- Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof akan memutuskan Rabu ini sama ada beliau patut menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Mohamad Ariff berkata beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Mohamad Ariff harus memutuskan semakan kehakiman yang dipohon oleh Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.

Hari ini, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undangundang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

Beliau juga berkata tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

"Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan," katanya.

"Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman," kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.

Peguam Nga Hock Cheh, juga bagi Nizar, menukar topik hujahan apabila tibatiba membaca sajak empat rangkap dalam mahkamah berbunyi:

"Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Adun, ada Adun lompat parti, memang tidak berprinsip dan berintegriti, cara BN rampas kuasa cabul demokrasi," katanya.

Peguam pemerhati bagi UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, membantah dengan menyebut prosiding harus bertumpukan kepada isu undangundang dan bukan sebarang agenda politik.

Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat undangundang negeri Perak Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi Zambry. mstar.

Kerajaan mi segera tak akan bertahan lama

IPOH (23 FEB) : Walaupun DS Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas jawatannya, dihalang masuk ke pejabat, disuruh memulangkan kereta dan rumah rasmi, belum tentu Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dapat mentadbir dengan selesa.

Zambry tidak akan selesa kerana beliau sedar kerajaan pimpinannya, didirikan secara instant noodle (mi segera), tidak demokratik dengan bantuan pihak yang defect (berpaling tadah) dan bias (berpihak).

Pada kedudukan sekarang Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional juga ada 28. Dengan tiga orang Adun yang defect sebagai bebas tapi menyokong BN.

Media pro BN, cuba mempamerkan persepsi baik kononnya kerajaan baru yang haram itu ditegakkan secara demokratik. Media pengampu juga memainkan isu ketuanan institusi Raja, kononnya Umno pembela ulung Raja-Raja Melayu, manakala Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai golongan penderhaka.

Malangnya mereka tidak boleh menipu sejarah. Banyak kes penderhakaan Umno terhadap Raja. Bukan sekadar derhaka enggan meletak jawatan, malah derhaka Umno sehingga membuat pertabalan ‘Raja Palsu’.

Gambaran one sided media pengampu, tidak dapat menutup fakta dan hakikat bahawa rakyat Perak sedang menghukum pihak-pihak yang defect dan bias. Rakyat membenci dan menempelak mereka. Adun-Adun yang berpaling tadah tidak berani menzahirkan diri di khalayak.

Mereka dibelenggu dengan rasa bersalah sendiri kerana mengkhianati amanah rakyat dan mengheret Perak ke kancah kemelut politik yang berpanjangan. Tiada siapa yang menggangu mereka, tetapi rakyat menganggap mereka umpama “anjing-anjing kurap yang menikmati bangkai”.

Malah keluarga Adun DAP yang berpaling tadah turut menerima padah. Khabarnya, ketika bapa beliau ke pasar untuk membeli sayur, peniaga-peniaga enggan menjual kepadanya.

Mungkin sukar untuk membuktikan wujudnya rasuah sama ada dalam bentuk wang, jawatan, penghapusan dakwaan atau pemberian saham kepada pihak yang defect dan bias ini. Media pengampu dan UMNO/BN juga, gagal untuk menghapuskan persepsi bahawa wujud rasuah dalam proses pengambilan kuasa secara haram itu.

Rakyat percaya bahawa mereka yang defect dan bias ini mempunyai kepentingan tertentu, demi kepentingan peribadi, sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan dan keluhuran undang-undang. Tiada siapa yang menyuruh rakyat membenci mereka atau mempunyai persepsi yang sebegitu. Kesedaran rakyat adalah gelombang yang sukar dibendung.

Rakyat turut menempelak TPM, DS Najib Razak, kerana terlalu gelojoh, sehingga mencetuskan persepsi, beliau akan ‘lebih rakus’ jika menjadi PM. Kegelojohan beliau menimbulkan amarah penyokong Pakatan Rakyat. Sehingga ada kalangan kaum Tionghua membawa ‘colok Cina mati’ untuk menyambut kehadiran beliau pada sambutan Tahun Baru Cina di Ipoh baru-baru ini.

Menurut sumber Umno, perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak BN juga tidak mendapat ‘perkenan’ mudah di kalangan pemimpin Umno. Najib selaku Pengerusi Umno Perak, mahukan calonnya menjadi MB kerajaan mi segera BN.

Namun, khabarnya dengan campurtangan KJ, menyebabkan PM Pak Lah terpaksa bergegas ke istana pada petang itu untuk mengemukakan nama Zambry. Pak Lah khabarnya berjaya memintas Najib. Calon pilihan Najib ditawarkan jawatan Exco Kanan.

Zambry bukannya grup Umno tulen, dulu beliau budak Anwar (DSAI) dalam Umno. Zambry adalah aktivis ABIM dan rakan rapat bekas Ketua AMK KeADILan, Mohamed Ezam Mohd Nor, manakala Ezam adalah sekutu rapat dan ‘balaci’ Khairy. Grup ini anti Najib.

Najib kelihatan enggan berbicara sehingga ini ekoran kecewa dengan tindakan Abdullah. Najib perlu sabar kerana menunggu tarikh keramat bulan Mac, untuk menjadi PM dan Presiden Umno. Jika Zambry tidak mengikut ‘line Najib’ selepas ini, maka kerajaan mi segera pimpinan Zambry juga tidak lama hayatnya.

note: paste from harakahdaily.net/mohd rashidi hassan/edited by malayakita.

WOW : ZAMBRY TAZKIRAH TIAP ISNIN DI SURAU SUK

IPOH (23 FEB) :- Sepertimana pernah dijangka sebelum ini, maka adalah dimaklumkan bahawa setiap Isnin, Dr Zambry akan sampaikan tazkirah dan mengimankan solat Zohor di surau bangunan SUK. Hanya hari Isnin, wajib bagi Zambry.

Sebelum ini tak pernah kedengaran pun Zambry berbuat demikian.

Mungkin Zambry cuba menyamai apa yang dilakukan hampir setiap hari oleh Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin. Nizar juga boleh dikatakan setiap waktu sebelum solat Jumaat akan menyampaikan tazkirah di masjid-masjid. Harap-harap Zambry turut sama memberi tazkirah di masjid.

Saya amat berharap, surau SUK itu akan penuh dengan makmun apabila Zambry menyampaikan tazkirah. Yang pastinya Dr Rahman akan keluarkan arahan mewajibkan setiap kakitangan ke surau. Kalau tak,pasti surau akan kosong.

Harapan juga agar dua pelompat jarak jauh Adun Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Jailu akan hadir ke surau kerana kelibat mereka berdua tidak pernah kelihatan pada apa jua waktu solat atau tazkirah di surau itu. http://anuarhashim.com/

Siapa hina Islam ?

Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang didakwa meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, mengeluarkan kenyataan yang cepat dalam persoalan penubuhan jawatankuasa itu dengan mengulas bahawa cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Persoalannya adakah benar dengan diujudkan satu jawatan kuasa seperti itu menyebabkan Islam berada sama taraf dengan agama lain.

Shahabudin memberi andaian sendiri yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan, ‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” .

Rasanya di negara Malaysia yang kita cintai ini, apa yang diperjuangkan oleh pakatan Rakyat dan disana di dominasi oleh PAS khususnya dalam persoalan mempertahankan agama Islam, anggapan Shahabudin ternyata tersasar jauh.

Kamilah yang sedang mempertahankan Islam , jangan ungkit siapa yang hina Islam kecuali jawapannya sudah dapat dijawab oleh kita iaitu UMNO. UMNOlah yang telah mengadai agama demi kepentingan perjuangan sempit Melayu mereka.

Secara peribadi pada anggapan saya tidak adapun hasrat penubuhan jawatankuasa perundingan agama untuk meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain.

Contoh yang paling baik, di Universiti yang saya belajar di Aceh.Disana ada Fakulti Ushuluddin, terdapat Jurusan perbandingan Agama. Adakah ini boleh juga dianggap satu penghinaan.

Tersangat penting saya beranggapan baik disanalah kita dapat menyampaikan mesej Islam kepada penganut agama lain.