Jawi tidak ubah status bangsa, agama seseorang
SAYA sangat tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Jawi adalah senjata mengislamkan kaum-kaum lain.
Saya bersekolah di Sekolah Rendah estet, masuk Sekolah Menengah Kerajaan, dapat Sarjana Muda dan Sarjana juga menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia. Saya tidak juga jadi orang Melayu tetapi masih lagi orang Cina.
Waktu STPM, saya ambil subjek Tamadun Islam dan Sejarah Islam dan dapat Gred A. Saya tidak juga masuk Islam, tapi masih beragama Buddha.
Selama saya berada di Malaysia ini, tidak pernah juga dipujuk ataupun dipaksa masuk Islam oleh kawan-kawan, guru-guru ataupun mana-mana pihak.
Bagi saya Jawi hanyalah merupakan huruf Arab dengan tambahan 6 huruf yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
Kenapalah nak mempolitikkan Jawi?
Saya berasa hairan kenapakah time disuruh belajar Bahasa Melayu atau Malaysia tiada bantahan. Tapi bila disuruh belajar tulisan Jawi, bukan main banyak bantahan.
Sebenarnya sesuatu bahasa dan huruf atau tulisan yang dipelajari seseorang itu tidak akan mengubah status bangsa atau agama seseorang bah.
Bila masa kamu nampak lepas seseorang itu belajar Bahasa Inggeris, terus dia jadi orang putih ataupun terus teruja nak masuk Kristian!
Begitu juga dengan Jawi. Lagipun sekarang hanya 3 muka surat sahaja. Pada pendapat saya, nak dijadikan satu subjek pun tiada masalah. Apa salahnya kita mempelajari lebih huruf atau tulisan? Ilmu itu tiada batasannya bah….
Kalau ada yang sudi mengajar saya Jawi, saya siap sedia mempelajarinya.

LIEW WEAN CHEE – HARAKAHDAILY 2/1/2020
DIPETIK DARI: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=213279999667284&id=100029558557554

No comments:
Post a Comment