Polis tembak gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di Sudan
KHARTOUM 7 Jan. - Lebih 800 penunjuk perasaan ditahan daripada 381 demonstrasi antikerajaan yang diadakan di Sudan sejak bulan Disember tahun lalu.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Ahmed Bilal Osman, jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga hari ini ialah 816 orang.
Jumlah itu diberikan secara rasmi sejak demonstrasi berlaku pada 19 Disember lali berikutan kerajaan menaikkan harga roti.
PENUNJUK perasaan melaungkan slogan ketika demonstrasi antikerajaan di Khartoum, Sudan semalam. - AFP
Pihak berkuasa menyatakan sekurang-kurangnya 19 orang termasuk dua anggota keselamatan terbunuh dalam pergaduhan yang berlaku ketika demonstrasi itu. - AFP
2 comments:
Pm mahathir pun ngaku jadi kuli dap. Yg yb lain jadi paria dap kut. Kesian sangat, nak kuasa sanggup gadai maruah. Spesis melayu yang tak da jati diri. Janji fulusy masyuk, maruah belakang kira. Janji ada macai yg sokong.
Jangan lah kamu cnderung brsama non Muslim sdangkan kamu sepatutnya bersama penegak kalimah lailsuiillah jgan biarkan hti takjub dgn adegan non muslim
Post a Comment