Friday, June 19, 2015

Kata 2 DAP: Pecat 3 EXCO Pas Atau DAP Keluar S'ngor..

PETALING JAYA: DAP Selangor telah membuat keputusan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas. DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.
Sekiranya Azmin gagal mengambil tindakan, DAP akan bertindak keluar daripada pentabdiran Negeri Selangor. Desakan itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor baru-baru ini, lapor akhbar Sin Chew Daily.
Tiga EXCO Pas itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib.
Sementara itu, FMT dimaklumkan desakan itu antara pilihan yang dibuat oleh DAP Selangor di samping beberapa pilihan lain yang belum dimuktamadkan.
Sumber DAP memberitahu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua akan mengadakan perbincangan dengan Azmin dalam waktu terdekat ini. Katanya, beberapa pilihan akan diberikan kepada Azmin supaya kerajaan negeri sedia ada terus kekal.
“DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,” katanya. (FMT)

2 comments:

Anonymous said...

Bagusla DAP buat camtu.. aku percaya jangka hayat DAP pun tk lama kt selangor lepas ni.. belum kuasai malaysia dah angkuh dan sombong..

Anonymous said...

kalau pkr pas dan umno gabung terkulatlah DAP. 10 000 ahli yang pegang jawatan dlm selangor hilang kerja. LAHANAT BERLAGAK TAK SEDAR DIRI.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails