LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
"Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir Datuk Seri Najib Razak ketika sekali lagi mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak petang ini, Dr Mahathir berkata, Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin amat menyayangi posisi tersebut.
Kata Dr Mahathir, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini "tidak disukai rakyat."
"Orang kata sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayang jawatan pun macam tu jugalah. Sayang jawatan, tinggal-tinggalkan," katanya.
Menurut Dr Mahathir, beliau sendiri pernah sayang kepada jawatannya sebagai perdana menteri. Selama 22 tahun, katanya, beliau 'berkahwin' dengan jawatan itu dan berasa sayang kepadanya.
"Tetapi (apabila) sampai masa, saya letak (jawatan). Cukuplah, bagi peluang dengan orang macam Najib," kata Mahathir.
Kira-kira 2,000 orang merangkumi pelbagai kaum hadir mendengar ucapan daripada bekas pemimpin berkenaan yang bercakap panjang lebar mengenai isu yang melibatkan Najib.
Kata Dr Mahathir, tujuannya mengkritik Najib secara terbuka bukan bertujuan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya demi Umno, bangsa dan negara.
"Banyak sangat dia buat tidak kena. Sebab itu sudah tiba masanya dia berhenti menjadi perdana menteri. Saya dah buat perhitungan mendalam, Najib tak boleh menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14," katanya.
Dr Mahathir berkata, tiada sebarang kepentingan peribadi untuknya berusaha menyingkirkan Najib.
"Saya dah pencen, nak tidur. Tapi tidur tak lena sebab fikir pasal ini," katanya lagi.
Bagi memastikan Najib meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan juga Presiden Umno, Dr Mahathir meminta supaya parti itu menggugurkan anak Tun Abdul Razak Hussein itu.
Katanya, sebagai individu yang berjuang bersama Umno sejak zaman Tunku Abdul Rahman, beliau tidak sanggup membiarkan parti itu lenyap jika Najib kalah pada PRU ke-14 nanti.
"Umno perlu gugurkan Najib. Ini tanggungjawab. Kalau Najib terus memimpin dan kalah Umno akan lenyap. Satu pertubuhan yang bertuah dan berjuang sekian lama bersama Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan anak Tun Razak bagi hancur Umno. Saya tak rela.
"Saya yakin penuh kalau dia (Najib) masih lagi pimpin, dia akan kalah dan kalau kalah nak pulih Umno balik saya fikir susah. Bapak (Abdul Razak) tubuh Umno anak pula nak tanam Umno.
"Walaupun saya rasa orang akan marah saya, saya isytiharkan saya tidak sokong Najib," kata Mahathir lagi sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin. (MK)

No comments:
Post a Comment