Monday, April 13, 2015

Serangan Terbaru Dr M Jatuhkan Najib? Mengapa.. (13)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?    
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib... 
Siri 10: Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM...
 
Siri 11: Najib Perlu Jawab Dr M -BNBBC' Pun Tekan PM Letak...
Siri 12: 
Tun Daim Pula Tambah Percepat PM Turun, PM Sudah T...
    Siri 13: 

    Serangan Terbaru Dr M Jatuhkan Najib? Mengapa..

    CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

    KALI ini saya ingin melaporkan pandangan golongan rakyat dalam perbincangan malam tadi di sebuah restoran di KL. Kira-kira belasan orang hadir, terdiri ahli veteran PAS, veteran parti pembangkang bukan PAS, bekas pengarang, pegawai kerajaan yang hampir pencen, ahli bisnes pasar malam dan usahawan kecil-kecilan.

    Kami berbincang ringan-ringan mengenai tajuk 'Apakah mungkin PM Najib Terpaksa Letak Jawatan?'. Kami berbincang mengenai 'serangan terbaru Dr Mahathir terhadap Najib. Ini beritanya.. 

    Dua hari selepas Datuk Seri Najib Razak muncul di kaca televisyen menjawab secara langsung kepada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, bekas perdana menteri itu kembali lagi dengan serangannya.

    Dalam video yang dimuat naik di blog "Din Turtle", Dr Mahathir menafikan dakwaan Najib yang beliau kecewa dengan perdana menteri kerana tidak membina jambatan bengkok ke Singapura. Beliau juga mendakwa, Najib pada masa itu – ketika jambatan bengkok dari Johor Baru ke Singapura itu mula dicadangkan pada 2006 – menyokong projek itu.

    Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau akan meneruskan beberapa dasar yang mereka persetujui ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan Najib menteri Kabinet.

    "Harapan saya, bila Pak Lah dah takda (letak jawatan), dia akan buatlah jambatan tu, dan lain-lain, kereta api, macam-macamlah.. Perkara yang kita bersetuju semasa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas saya letak jawatan, tapi Pak Lah tak buat.
    "Jadi, Najib ada satu masa sebut kata, walau Singapura setuju atau tak setuju pun, kami nak buat... Lepas tu bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata Dr Mahathir dalam satu daripada klip video itu.

    Dr Mahathir berkata, beliau sedikit kecewa kerana Najib tidak menunaikan janjinya berhubung projek itu.

    "Saya tak seronok sikitlah, dia tak buat. Pasal dia janji, bukan untuk saya, bukan saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa, tengok saya dah dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak.
    "Tapi saya punya sikap, berlain sikit daripada orang lain. Saya tak nak saya kow tow kepada Singapura," katanya.

    Dalam wawancara beliau dengan TV3 pada 9 April, Najib berkata, Dr Mahathir mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan dan projek "jambatan bengkok" yang menghubungkan Johor dan Singapura dibina semula.

    Katanya, dua isu itu mungkin sebahagian sebabnya bekas perdana menteri itu tidak habis-habis mengkritiknya.

    "Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat... Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor..." kata Najib ketika itu, sambil menambah yang beliau menghormati Mahathir sama seperti beliau menghormati orang lain.

    Projek jambatan bengkok melibatkan meruntuhkan tambak di bahagian Malaysia dan menggantikannya dengan jambatan enam lorong yang akan bersambung dengan Singapura.

    Reka bentuknya bengkok kerana Singapura tidak bersetuju merobohkan tambak di bahagian mereka supaya jambatan yang lurus merentasi Selat Tebrau boleh dibina. Singapura menentang hebat cadangan merobohkan tambak dan membina jambatan bengkok itu.

    Mengulas kenyataan Najib mengenai perkara itu dalam nada sinisnya seperti biasa, Dr Mahathir berkata: "Pasal 'bridge' (jambatan) ni, kalau tak dapat, saya mati lah."

    Dr Mahathir menegaskan, Malaysia sepatutnya meneruskan projek membina jambatan itu dan mengecam Najib kerana hanya menurut kemahuan Singapura.

    "Kalau Singapura tak nak buat, saya buat tempat saya, apa salahnya... Itu hak kedaulatan kita, dalam wilayah kita, perairan kita. Bahagian tambak itu kepunyaan kita..
    "Jadi, bila saya dapati ada orang kow tow kepada Singapura, nak minta persetujuan Singapura untuk buat benda di dalam negara kita, mana kedaulatan kita? Mana kemerdekaan kita?"

    Dalam satu klip video berasingan, perdana menteri ke-4 itu sekali lagi menegaskan tidak bersetuju dengan BR1M, mengatakan ia seperti memberi wang kepada mereka yang tidak layak menerimanya. Katanya, beliau setuju jika bantuan kebajikan diberi kepada orang miskin dan fakir, tetapi bukan dalam bentuk bantuan wang tunai kepada mereka yang mempunyai pendapatan.

    "Saya tak setuju dengan BR1M kerana saya tak suka suap orang dengan duit percuma. Anda bagi RM500 kepada orang yang bergaji RM4,000 sebulan untuk apa?
    “Dan, 17,000 orang Cina di Ipoh menolaknya terang-terangan, ini menunjukkan ia bukan sesuatu yang kita patut buat." (Sumber The Malaysian Insider)

    Begitu. 

    Setelah dibaca dan fahami bersama, bekas pengarang yang tidak mahu namanya disebutkan berkata, 

    "Pada saya, PM Najib tetap bertahan tidak mahu letak jawatan.. kecuali terdesak sangat. Soalnya sekarang, kenapa Tun Mahathir bersungguh menyerang Najib seolah-olah mahu menjatuhkan Najib seperti jatuh Pak Lah Badawi sebelumnya?"

    "Aku dapat maklumat yang mengatakan bahawa Tun M sedang merangka untuk menaikkan anaknya bagi meneruskan cita-cita politiknya, seperti yang berlaku kepada Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew... Akhirnya Lee berjaya meletakkan anaknya sebagai PM di Republik itu, walaupun dipegang orang lain sebelumnya." Sambut kawan kami seorang pegawai kerajaan yang hampir pencen.

    "Ana pun rasa begitu. Kerana pemimpin yang bercita-cita tinggi biasanya begitu. Lihat Lim Kit Siang pemimpin DAP, meletakkan anaknya sebagai Setia Usaha jawatan terpenting dalam DAP dan memerintah Pulau Pinang." Tambah ahli veteran PAS yang berniaga di pasar malam.

    "PKR, Anwar meletakkan isterinya sebagai Presiden, bahkan anaknya menjadi Naib Presiden. Isterinya dipindahkan ke DUN Selangor untuk memerintah Selangor. Takkanlah Dr M nak biarkan anaknya begitu saja dalam UMNO, walaupun sekarang memerintah Kedah?" Tambah  lagi ahli veteran PAS itu.

    "Aku lihat dari sudut lain, sudut ekonomi." Kata ahli veteran parti pembangkang bukan PAS, seorang usahawan. 

    Sambungnya, "Aku yakin Dr M masih perlukan wang, dia bukan macam Nik Aziz, zuhud. Apa lagi beberapa syarikat anaknya Mukhriz Mahathir dilaporkan mula bermasalah. Orang yang mungkir janji tidak mahu meneruskan projek perancangannya perlu disingkirkan! Maka jawatan perdana menteri perlu ditukar kepada orang lain."

    Begitu kira-kira forum berbincangan kami malam tadi. Apakah mungkin PM Najib terpaksa letak jawatan? Walaupun agak lari tajuk sikit, tetapi bersetuju bahawa Dr M akan terus pastikan Najib benar-benar letak jawatan, kerana ia mahu penggantinya, yang akhirnya adalah dari darah dagingnya sendiri. Dengan itu kepentingan dan keselamatannya atau politiknya akan terus terpelihara.

    Sekian.

      
    Ibnu Hasyim
    Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
    13 April 2015 KL 


    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
    E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

      No comments:

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails