FOTO satelit China di koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara. FOTO AFP
Kuala Lumpur : Satelit China yang mencari pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas", lapor CNN memetik agensi kerajaan China, berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini.
Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."
Objek ditemui satelit tidak kecil: 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter.
FOTO satelit China di koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara. FOTO AFP
Imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini.
Agensi China memberikan koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara, yang akan meletakkannya di perairan timur laut di mana ia berlepas dari Kuala Lumpur dan selatan Vietnam, berhampiran Laut China Selatan bertemu Teluk Siam.
Sementara itu, Bekas Pengarah Urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Peter Goelz berkata kepada CNN, "ia berada di kawasan yang sepatutnya," serta menambah terdapat mereka yang ragu-ragu terhadap laporan pesawat berkenaan berpatah balik ke Malaysia.
"Saya berpendapat kapal laut dan pesawat udara perlu digerakkan segera ke sana," katanya. (myMetyro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tetapi Kosmo hari ini menyebutkan, penemuan mengenai objek terapung yang didakwa dikesan oleh satelit China di Laut China Selatan seperti di atas, bukan hanya disahkan sebagai palsu, malah ia telah menyusahkan dan membuang masa pihak berkuasa yang terpaksa mengerahkan aset untuk bergegas ke kawasan tersebut.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Duta Besar China, Dr. Huang Hukiang telah mengesahkan gambar tersebut telah dimuat naik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa negara itu sedang menjalankan siasatan bagi memburu individu tersebut.
Katanya, pihak berkuasa China juga mengesahkan tiada sebarang objek berkaitan dengan MH370 dikesan oleh satelitnya di Laut China Selatan. Gambar tersebut dikatakan diperoleh empat hari lalu iaitu selepas 48 jam pesawat MH370 dilaporkan hilang dari dikesan radar. (IH)
No comments:
Post a Comment