Mohamad ketika dihubungi Malaysiakini berkata, berkata beliau akan tetap mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti tersebut bagi sesi 2013-2015 pada November.
"Saya akan pertahankan (jawatan timbalan presiden) dan serah pada muktamar akan nasib perjuangan saya dalam PAS," katanya dalam satu SMS ringkas.
Reaksinya itu terbit susulan “isyarat” dari mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu golongan ulama dipilih sebagai pemimpin nombor dua parti.
Sementara itu, pencabar Mohamad yang disebut-sebut -- Datuk Mujahid Yusof dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man -- masih belum memutuskan hasrat untuk bertanding jawatan itu dan menyerahkan kepada pencalonan di peringkat kawasan.
"Soal persaingan jikalau ada pun mestilah dalam konteks menawarkan calon terbaik untuk PAS dan bukan persaingan yang meruntuhkan PAS," kata Mujahid dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini petang ini.
"Setakat ini, saya lebih suka ahli menilai kerja dan usaha saya untuk membawa PAS maju ke hadapan dalam susana realiti politik yang sedang dilalui PAS," katanya yang yakin, akar umbi dan perwakilan matang untuk membuat penilaian.
Manakala Ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim pula dilapor sedia mempertimbangkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden jika mendapat pencalonan di peringkat akar umbi.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak dapat diputuskan selagi tiada pencalonan secara rasmi daripada peringkat kawasan, lapor Sinar Harian hari ini.
"Pencalonan belum lagi, terpulang pada pencalonan. Tetapi saya akan pertimbangkan untuk itu.
"Bukan sahaja untuk timbalan presiden, tetapi untuk jawatan lain pun, saya sedia pertimbangkan," katanya dipetik.
Laporan itu juga menyebut, antara pemimpin lain yang menjadi sebutan adalah Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda Nasrudin Hassan dan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa. (MK)
Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
No comments:
Post a Comment