Saturday, September 28, 2013
Ada Ulama Suka PAS Kembali Jadi Parti Nyamuk
Oleh: Iqbal
Ringkas saja catatan dalam isu ini. Setelah dua kali PRU PAS bekerjasama dan berganding bahu dengan PKR dan DAP dalam PR maka ahli-ahli PAS tentunya dapat melihat kesan dan impaknya kepada PAS.
Buat pertama kali PAS dapat mengembangkan sayap pengaruhnya dan dapat mendapat undi dalam P/.raya dari kaum-kaum lain khususnya kaum cina.
Sebelum PRU13 telah pun kedengaran suara dari individu yang bergelar ulama yang melontarkan pandangan agar hubungan PAS dalam PR rakyat hendaklah dikaji semula. Dan ulama ini cara kebtulan tidak disenaraikan sebagai calon setelah sekian lama menjadi calon ( mungkin sejak menjadi ahli PAS). Ulama ini adalah diantara peringatan oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) agar PAS tidak meletakkan mereka yang diketogerikan sebagai 'VAN C20' ( van Nissan lama).
Sebenarnya aku bukannya budak baru menetas . Usia dah sebaya usia kemerdekaan negara. Maknanya dah lama mengikuti perkembangan politik dan dah lama melihat hasil pilihanraya oleh parti2 yang bertanding khususnya PAS.
Sebelum wujudnya PR dinegeri-negeri selain Kelantan dan Trengganu kewujudan PAS dalam PRU tak ubah seperti nyamuk yang memekak telingan sewaktu kita sedang tidur.
Sebelum bergabung dangan PR :-
1) Pernahkah PAS merasa memerintah Kedah ?
2) Pernahkah PAS merasa memegamg jawatan penting dalam Majlis Agam P. Pinang ?
3) pERNAHKAH pas memenangi banyak kerusi di Perak ?
4) Dapatkah PAS menambah jumlah kutipan undi di JOhor dan sekaligus memenangi beberapa kerusi disana ?
5) Dan yang paling dominan ialah...pernahkah PAS memenangi sebegini banyak kerusi di Selangor dan sekaligus dapat mentadbir berasa di Selangor ?
Malah diTrengganu sendiri iaiut negeri yang masih banyak ulama ketegori VAN C20 yang memegang jawatan2 penting dalam PAS pusat , sebelum adanya PR pencapaiannya tak kemana-mana.
Entahlah kalau ulama pun ada sifat iri hati payahlah kita. Kalau ulama pun dah feelnya macam Hasan beras jati...macam nasaruddin yang boleh dipengaruhi susahlah kita.
Takkan ulama2 PAS (sebahagian) tak nampak...tak faham situasi negara ini yang mana penduduknya bermajmuk ...berbilang kaum.
Tak tahu lah kalau ualam2 PAS (sebahagian) memang suka kalau PAS kembali jadi PARTI NYAMUK.
Aku telah bersama PAS sejak era REFORMASI. Merancang untuk aktif sepenuhnya bila bersara nanti dalam tempoh tiga tahun lagi. Diperingkat jabatan memang tahu pendirian aku.
Tapi kalau PAS memilih untuk kembali jadi PARTI NYAMUK...ku ucapkan SAYONARA kepada PAS. Buang masa dan tenaga saja. (http://www.tranungkite.Online)
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment