Oleh ZULKIFLI SULONG DAN ELIZABETH ZACHARIAH
Datuk Husam Musa dilantik menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat
kerajaan negeri (GLC) Kelantan iaitu Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd
dan Tunjong Development Corporation (TDC) bagi membolehkan beliau terus
menyumbang kepada negeri itu.
"Kedua-dua anak syarikat ini sememangnya menjadi tanggujawab Datuk Husam sebelum ini," kata Ahmad merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.
Menurut Ahmad, bukan bidang kuasa kerajaan negeri atau PAS Kelantan untuk menentukan sama ada Naib Presiden PAS itu dilantik atau tidak sebagai Exco kerana ia adalah bidang kuasa pihak lain. Ahmad menegaskan, kerajaan negeri Kelantan dan parti tidak mempunyai masalah dengan Husam.
KGT adalah syarikat yang dibentuk oleh kerajaan negeri untuk menjalankan perniagaan wang emas dinar dan dirham Kelantan di negara ini. Sewaktu bersama kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam adalah tulang belakang kepada projek itu.
TDC pula agensi kerajaan negeri dibentuk oleh Kelantan sebelum ini untuk membangunkan Bandar Baru Tunjong yang terletak di atas 2,000 ekar tanah di pinggir bandar Kota Bharu. Ahmad berkata, anak-anak syarikat kerajaan negeri lain akan dipengerusikan oleh pemimpin kerajaan negeri termasuk Exco yang berkaitan dengan portfolio mereka.
Sehari selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) rakyat Kelantan dikejutkan dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak menyambung jawatannya sebagai menteri besar dan menyerahkannya kepada Ahmad.
Selain itu, Husam tidak dilantik semula dalam kerajaan negeri walaupun sebelum ini adalah seorang Exco kanan.
Husam tewas di kerusi Parlimen Putrajaya tetapi berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor. Beliau menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan selama dua penggal sebelum ini bermula pada 2004. - 21 Ogos, 2013. (MI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
No comments:
Post a Comment