Memetik laporan Utusan Online, anak kepada pelakon veteran ini mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa juru gambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.
Dia menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera juru gambar lain. Ketika itu, dia sedang dibawa anggota polis di bangunan Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dia ditahan, kelmarin.
Pelakon terbabit dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama. Peguamnya, P G Cyril ketika ditemui berkata, pegawai penyiasat polis meminta pelokon terbabit direman kerana mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan.
"(Dia) bersama tiga lelaki dan dua wanita telah ditahan dalam rumah salah seorang rakannya. Kami difahamkan dia ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Tetapi daripada apa yang dimaklumkan sendiri (pelakon itu), dia ke situ adalah untuk menguruskan satu dokumen pinjaman. Dokumen terbabit juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan," katanya.
Beliau berkata, polis memberitahu telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan pelakon itu dan rakan-rakannya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman keenam-enam mereka. (SH)
1 comment:
gambar pemuh tanpa censored Lihat sini
Post a Comment