Wednesday, May 08, 2013

MB K'tan Jelaskan, Mengapa Nama Husam Tersingkir?



KOTA BHARU – Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun  Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad  kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya. (SH)

8 comments:

Anonymous said...

tunggu,ada hikmah nya baginda tuanku berbuat begitu,inshaallah kebaikan akan menyerlah nanti

ulitmayang said...

Yg sgt menarik TGNA tutup mulut
- skrg siapa nk tunjuk belang boleh lah
- siapa ulamak jahat juga dlm pandangan TGNA
- siapa yg amal kan kronisma dlm PAS kltn dlm perhatian TGNA

Lepas ni mudah utk PAS negeri & pusat buat tindakan bersih

Anonymous said...

yang sultan kelantan sibuk hal politik kenapa, sebut je nama sultan, raja sama jer, mana2 sama jer ahhaha

Unknown said...

husam dah jadi kusam... redha je lah. itu namanya qada dan qadar...

zaman said...

Cahaya Pelangi,

Hentikanlh, cakap-cakap dan sindiran yang menampakkan kamu kurang ilmu dan ajar an.

Maaf, kita sama-sama nasihat menasihati. Semoga Allah restu kita bersama.

Anonymous said...

Tidak wajar kaitkan Sultan.

Anonymous said...

Kecil sangatkah jasa Husam atau besar sangatkah kesalahan beliau..sehingga boleh ditolak tanpa penjelasan wajar kepada rakyat klate..apakah sebab2 yg menyebabkan beliau dipandang xbaik di mata sultan...pihak berwajib tolong jelaskan...rakyat klate nk tahu...

Anonymous said...

Husam tidak dapat perkenan Sultan pasal kes balak. Boleh ke Kuala Krai cari broker tanah nama Abe Nawi. Dia runner Husam jual tanah kat Kelantan. Amik balak lepas tu pecah lot jual ke Cina.

Husam banyak bolot balak kat Kelantan. Sebab tu Nik Aziz pun senyap aje bila Husam tak terpilih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails