SERDANG, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman keluarga Allahyarhan di Taman Serdang Raya kira-kira jam 9.30 pagi ini.
Turut serta dalam kunjungan itu delegasi Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai Siti Zailah Yusuf. Kunjungan tersebut sebagai tanda simpati terhadap kelurga atas pemergian Allahyarham Noramfaizul.
Kehadiran mereka disambut ibu bapa serta isteri dan dua anak Allahyarham. Pada kunjungan itu juga, Tuan Guru Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham. Beliau juga menasihatkan ahli keluarga Allahyarham bersabar atas ketentuan Ilahi ke atas Noramfaizul.
Dalam kejadian pada Jumaat 2 September lalu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.
Beliau yang terkena tembakan itu di dada bagaimanapun meninggal dunia ditempat kejadian. Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan. (IH/Harakah)
Saturday, September 10, 2011
Nik Aziz Lawat Keluarga Allahyarham Noramfaizul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aik.Pope PASPKM ,NicK Najis Paling Busuk di Dunia pun boleh melawat keluarga islam?
bEGITULAH, contoh busuknya pemikiran UMNO menganggapi pemimpin parti lawan.
Penghasut2 perkauman beginilah yang diwujutkan.
Post a Comment