Monday, August 15, 2011

Gereja: Keterangan 12 Individu, JAIS Lihat Video Ini

Hadir Di Gereja: 12 Individu Islam Beri Keterangan
SHAH ALAM:
12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis 'Thanksgiving' di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) awal bulan ini tampil memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut sumber, kesemua individu tersebut mula memberi keterangan pada pukul 10 pagi Isnin di Bangunan Sultan Idris Shah di sini. Ditanya adakah semua individu tersebut hadir untuk memberi keterangan, sumber tersebut mengatakan: "Ya."

Difahamkan kenyataan mereka direkodkan oleh pegawai Bahagian Pengurusan dan Penguatkuasaan JAIS. Menurut sumber itu lagi, peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin yang mewakili 10 daripada 12 individu Muslim itu memahami situasi terbabit dan membenarkan anak guam mereka hadir memberi keterangan kepada JAIS.

“Sebelum ini, mereka sudah menerima surat untuk hadir memberi keterangan namun gagal berbuat demikian pada Selasa lalu.

"Sedangkan mereka adalah saksi kepada kes penyebaran agama bukan Islam kepada Islam, jadi kita perlu memanggil mereka untuk merekodkan kenyataan.

“Peguam mereka sudah memahami keadaan ini dan membenarkan anak guam mereka untuk hadir. Mereka boleh ditangkap jika masih gagal berbuat demikian," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS telah menjalankan operasi memeriksa di gereja DUMC selepas mendapat maklumat kehadiran sebilangan orang Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Ketika pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, seorang penceramah dikatakan sedang menyampaikan ucapan dengan menyelit bacaan ayat al-Quran dan juga terdapat dakwaan yang mengatakan adanya aktiviti lain yang meragukan.

Mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 jika didapati bersalah.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali. (mStar Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa pandangan JAIS dan puak-puak agama JPM, lihat video-video mengecam Islam di bawah ini, oleh seorang paderi Melayu Kristian.. Ada kaitan..

Klik di sini...

(IH)

2 comments:

kahar said...

Nasarudin Hasan yang turut mengingatkan bahawa murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di negara ini dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu.

sinmaid said...

tak ada video pun, apasal?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails