KL 11 Jan 2010: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang semalam menimbulkan rasa terharu pihak gereja.
Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.
Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.
"Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.
“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.
PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan NGO yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya. Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini.
Sementara itu, sebuah akhbar tempatan hari ini terus mengapi-apikan minta Herald tarik balik kalimah Allah. Polis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam sebarang demonstrasi di Gereja Assumption, Petaling Jaya yang dikatakan akan diadakan pada 13 Januari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata tindakan berhimpun secara haram itu tidak akan membantu meredakan suasana tetapi hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
"Saya dimaklumkan ada SMS yang kini tersebar mengajak orang ramai berhimpun di gereja tersebut minggu hadapan, justeru saya merayu orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan yang dikatakan itu" Jelas Ketua Polis tersebut.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Rasanya Herald tak perlu tarik balik tuntutannya, kerana itu adalah haknya dan Islam memberi kebebasan kepadanya. Kerana itu, polis perlu bertindak profesional mengorek sehingga ke akar umbi dan menangkap pihak yang mengapi-apikan, menghasut ke arah penyerangan serta perhimpunan seperti yang dirancang tersebut. Jangan biarkan macam kes perarakan kepala lembu berdarah di Shah Alam tempuh hari.. tak ada apa-apa pun? (Pelbagai sumber/AK)
3 comments:
Assalamu Ala Man Ittaba'a al-Huda
Lawatan yang di buat oleh PAS amat baik sekali. Mungkin akan menghilangkan kekeruhan dan syak wasangka Gereja terhadap PAS, dan mungkin juga akan memberikan impak yang amat baik pada politik PAS agar PAS di sokong pada perbicaraan yang akan datang oleh pihak kristian. Al-Hamdulillah.
Walau bagaimanapun, setiap perkara ada hikmahnya dan setiap cara ada ranjau dan durinya, Jika Pas telah memilih jalan untuk membenarkan Nama Allah, dan memilih jalan berlawanan dengan pendekatan Umno, maka Pas hendaklah berusaha setinggi-tingginya seperti menggenggam bara api, untuk menyalurkan maklumat, berdakwah dan bermunakasyah berforum dengan pihak-pihak Kristian dan ugama-ugama lain agar mereka semua terpikat kepada Islam dan sehingga mereka semua akan faham bahawa Islamlah sahaja agama yang benar di sisi ALLAH.
Walau apapun tuan dan pengunjung tuan dengan segala hormatnya dijemput mengunjungi:
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/
dan
http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
Semoga Allah swt menerima segala amalan kita dan memaafkan segala kesalahan kita, dan semoga Islam akan menang dan menjadi anutan setiap umat tidak lama lagi. Amin!
Setuju dengan pandangan tuan..
Cara berdakwah TGNA dan TGHD sangat kita kagum dan kita sayang tapi bila terpelit dengan anak isteri dan menantu habih punah benda lain.Bila teringat Kerajaan perpaduaanq pula pilu kita dgn telatah TGHD.Pendekatan pas misti realistik inovatif dan prograsif moga diberkati Allah dan di segani musuh.
Post a Comment