Wednesday, December 17, 2008

Pergolakan Islam di China?


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan 
BESOK saya akan ke China, insyaAllah. Saya pun mencari-cari berita perkembangan Islam di China dari berbagai sudut.

Pertama:

Seperti dikutip oleh Times Online, Turkish Weekly, dan media lainnya, menyebutkan… “Baru-baru ini media China menyebutkan juga Hizbut Tahrir, sebuah kelompok yang bertujuan menjatuhkan pemerintahan sekular di Asia dan menggantikannya dengan Khilafah,” tulis media Turkish Weekly yang mengutip berita dari Radio Free Europa Radio Liberty (RFE/RL). Sementara itu Times Online memberitakan hal yang sama.

“Pejabat resmi di Xinjiang meningkatkan perhatiannya mengenai meluasnya sebuah kelompok sunni internasional yang disebut Hizbut Tahrir, atau Partai Pembebasan, yang bertujuan untuk menyusun Khilafah Islamiyyah di penjuru Asia dan telah menggelar protes di kota sebelah Barat Khotan pada bulan Mac,” tulis Jane Macartney pada media Times Online. Pemerintah China berulangkali menuduh partai politik global anti kekerasan Hizbut Tahrir sebagai pelaku sebuah serangan di perbatasan China yang telah mengorbankan 16 anggota polis di China.

Tetapi menurut Taji Mustafa wakil media Hizbut Tahrir Inggeris (HTB), dengan tegas menolak tuduhan tak berdasar tersebut.

“Kami menolak tuduhan tak beralasan ini. Semua mengetahui sejak didirikan pada tahun 1953, Hizbut Tahrir hanya melakukan pekerjaan politik untuk mendirikan kembali Khilafah Islam di dunia Muslim,” kata Taji Mustafa. “Seperti tuduhan-tuduhan yang dilakukan secara berkala oleh para tirani di dunia Muslim, seperti Karimov atau Mubarak, sebagai perintah untuk memberikan sebuah justifikasi untuk penindasan brutal mereka terhadap aktivitas politik partai ini..”

Taji Mustafa juga menegaskan bahawa rejim China secara kejam telah menindas warga Musim dibawah jubah ‘perang melawan teror’. Masjid-masjid telah dimusnahkan, Imam-imam ditahan untuk berhaji ke Makkah dan kaum Muslim dizalimi.

“Meskipun penindasan kejam ini, Islam di kawasan itu mengalami kebangkitan kembali yang terpantul seluruh Asia Tengah dan Tenggara, dengan tumbuhnya keinganan massa menyeru untuk kembali pada Islam dalam negara dan masyarakat,” tambahnya lagi.

Taji menaji dengan tegas, di mana kejadian ini seperti yang mereka inginkan, akan digunakan oleh pemerintah China untuk menekan Hizbut Tahrir dan kaum Muslim di China.

“Pemerintah China akan terus berlanjut untuk mencegah, memenjarakan, menyiksa, dan mengintimidasi kaum Muslim di China, tidak lebih dari menyaingi model pemerintah Barat yang telah konsisten menggunakan ‘war on terror’ untuk membisukan penolakan politik dan penyerangan mereka atas dukungan yang terus tumbuh terhadap Khilafah di dunia Muslim,” tegas Taji Mustafa.

Kedua:

Mengimbas kembali pada September dan Oktober 2006, bertempat di hadapan kedutaan Arab Saudi di Islamabad, pada hari kelapan umat Islam berpuasa, ratusan Muslim berketurunan Uighur dari negara tembok besar China mengadakan demonstrasi. Mereka menuntut visa dari kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji. Antaranya Dawood Muhammad yang berumur 80 tahun, telah datang dari wilayah Xinjiang yang terletak di utara China untuk memohon visa. Persoalannya mengapa tidak dipohon di China? Mengapa perlu ke Pakistan? 

Rupa-rupanya telah wujud satu persefahaman antara kerajaan Arab Saudi dan China untuk tidak mengeluarkan visa haji kepada penduduk Muslim China atau yang lebih dikenali sebagai Muslim Uighur atas alasan mereka adalah pengganas. Pelbagai tekanan telah diterima oleh Muslim Uighur, sekolah-sekolah yang mengajar agama Islam telah diharamkan, banyak masjid telah ditutup dan yang sedang dibina diarah supaya dihentikan. 

Imam-imam diindoktsinasikan dengan komunisme, semua upacara agama tidak boleh dilakukan kecuali mendapat kelulusan, serbuan keatas upacara agama menjadi biasa, larangan penggunaan bahasa Uighur, buku-buku atau majalah berunsur Islam diharamkan dan ramai tokoh-tokoh agama ditangkap, dipenjarakan serta kakitangan kerajaan beragama Islam akan dipecat jika ke masjid.
Laporan daripada Amnesty International untuk tahun 1999, seramai 210 muslim Uighur telah disabitkan dengan hukuman mati dan 190 lagi telah dijatuhkan hukuman mati. 

Bagi laporan tahun 2005 pula, hampir sepuluh ribu ditahan dipenjara tanpa melalui perbicaraan yang adil dan beribu lagi telah dijatuhkan hukuman mati. Atas nama ‘peperangan menentang keganasan’ kerajaan China telah menyekat kebangkitan Muslim Uighur dan mengenakan pelbagai tekanan. China telah mengambil kesempatan ke atas ‘peperangan’ yang telah dimulakan oleh Amerika Syarikat ini untuk mengawal kebangkitan penduduk di wilayah-wilayah sempadan seperti Tibet dan Uzbekistan. 

Xinjiang terletak di bahagian paling utara China dan merupakan wilayah terbesar merangkumi 16 peratus negara China keseluruhannya. Bilangan penduduknya di wilayah ini seramai 19 juta dan bilangan Muslim melebihi 42 peratus. Rata-rata penduduknya adalah etnik Turki dan Uzbekistan, mereka dikenali dengan panggilan Uighur. Mereka telah tinggal di wilayah ini ribuan tahun yang lampau dan merupakan sebahagian daripada sejarah ‘Jalan Sutera’ yang menghubungkan barat dan timur suatu masa dahulu. 

Islam datang di wilayah Xinjiang seawal 934 masihi, mendahului Islam di Tanah Melayu selama 400 tahun. Sejarah merekodkan bahawa sebuah kerajaan Islam pernah bertapak di wilayah ini yang dikenali sebagai Kashgar. Perjalanan sejarah menyaksikan Kashgar telah jatuh ditangan Dinasti Manchu sekitar kurun ke 17. Pada tahun 1865, Yakub Beg, ketua kerajaan Kashgar telah merampas semula wilayah ini dan mengistiharkan kemerdekaannya atas nama Turkestan. Yakub telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Britain dan Russia sekitar tahun 1870an. 

Bagaimanapun selepas kematian Yakub, kerajaan ini menjadi lemah dan akhirnya pada 1884 Kashgar diambil semula oleh China dan dinamakan sebagai Xinjiang atau ‘Wilayah Baru’. Selepas kerajaan Manchu digulingkan oleh Nasionalis China pada 1911, Xinjiang ditadbir di bawah Kuomintang yang berfahaman komunis. Beberapa insiden penentangan terhadap kerajaan Komunis berlaku antaranya pada tahun 1933 dan 1944. Pada tahun 1940, Osman yang berketurunan Kazakh telah mengistiharkan kemerdekaan wilayah ini atas nama Tukestan Timur. 

Walau bagaimanapun kerajaan Kuomintang telah berlembut dan bersetuju untuk mengadakan beberapa perbincangan termasuklah berkaitan hak autonomi. Pada Ogos 1949, kapal terbang yang membawa beberapa tokoh Uighur ke Beijing untuk perbincangan kemerdekaan telah terhempas dengan misteri, kesemua mereka dilaporkan mati. Dan tidak lama selepas itu Osman telah ditangkap dan dihukum mati oleh kerajaan Kuomintang.

Apa yang menariknya wilayah ini sehingga menjadi rebutan samaada bagi kumpulan yang disebut ‘pemisah’ mahupun kerajaan China? Ini adalah kerana Xinjiang merupakan wilayah yang paling strategik untuk ketenteraan China dan beberapa ujian peluru berpandu dan nuklear telah dijalankan di Lop Nor dalam wilayah ini. Malahan Xinjiang juga bersempadanan dengan lapan buah negara termasuk Pakistan, Nepal, Tibet, Uzbekistan dan Russia. Dilaporkan terdapat 25 peratus simpanan petroleum dan 38 peratus arang batu di wilayah ini. 

Projek saluran gas dan minyak sejauh 4,200 kilometer dari Tarim Basin di Xinjiang ke Sanghai telah dimajukan oleh kerajaan China, merupakan projek kedua terbesar dalam sejarah China selepas empangan ‘Three Gorges’. Walau bagaimanapun, dengan kekayaan semula jadi yang amat besar dan kedudukannya yang stretegik, lebih 90 peratus penduduk wilayah ini yang majoritinya Muslim Uighur, tinggal dalam kemiskinan dan kadang kala kebuluran. 

Segala kekayaan hasil perut bumi masuk ke kerajaan pusat dan jika ada pun yang dicurah ke wilayah ini, hanya sampai kepada kaum Han yang beragama Buddha dan sama keturunan dengan pemerintah sekarang ini. Kerajaan China juga mengenakan undang-undang yang mengawal bilangan penduduknya serta pada masa yang sama mengawal bilangan masyakat Uighur. Hasilnya disesetengah kawasan, yang mana dahulunya mempunyai majoriti Uighur telah bertukar menjadi minoriti. 

Muslim Uighur sedang melalui proses penghakisan identiti dan budaya. Monumen-monumen dan bahan sejarah berkaitan Uighur dimusnahkan, pengamalan agama terpaksa dilakukan dengan cara rahsia malahan tangkapan dan hukuman kepada golongan agama dan cendiakawan menjadi lumrah. Dunia seharusnya membuka mata, OIC dan badan-badan yang memperjuangkan Islam perlu dikejutkan. 

Negara-negara umat Islam jangan tertipu dengan slogan ‘kekang keganasan’ tajaan Amerika itu. Begitulah sekelumit lapuran berita-berita yang kita terima.

Namun besok saya akan berangkat, insyaAllah. Sekian. Wallahu aklam.

Dari
Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember17, 08. KL


Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

6 comments:

Anonymous said...

Aspek paling penting ialah masyarakat Uighur ini adalah masyarakat bukan Cina.
Masyarakat Islam Cina dikenali sebagai Hui berbeza dengan Han yang bukan beragama Islam.
Masyarakat Turki di Xinqiang ini juga bertutur dalam bahasa yang sama dengan kaum turki yang lain termasuk di neagra Turki sendiri.
Dua perkara besar yang Beijing lihat di sini.
Pertama bukan Cina.
Kedua berugama Islam.
Dua benda yang asing kepada kaum Han. Sukar untuk mereka bertolak ansur dengan kaum Islam di Xinqiang. Penindasan akan menjadi senjata utama Beijing sama seperti India dengan Kashmir. Lokasi yang startegik kepada kuasa besar ini.

Ibnu Hasyim said...

Satu ulasan yang menarik. T.Kasih.

Karadi Djeporo said...

saya bukan menutup mata dan telinga. tapi dalam relung hati saya berbisik, bahwa; muslim dimana(sebagian besar) pembuat kekacauan. tidak peduli didaerah yang minoritas sekalipun.muslim cenderung membuat kehancuran ketimbang kedamaian.

Ibnu Hasyim said...

pasti44..

Ulasan anda lebih menarik lagi. Saya lihat blog anda. Mungkin anda bukan dari agama Islam & bukan dari negara ini. Saya alu-alukan dan hormat pandangan anda..

Terima kasih.

Anonymous said...

sy sorg pecinta sejarah...sy kurang setuju dgn komen Pasti44..org islam bukan penganas...tetapi mereka adalah pejuang...mereka terpaksa mengangkat senjata untuk menentang keganasan tajaan amerika dan yahudi...lihat palestin..patutkah mrk membiarkan tanah mrk dirampas, dan rumah mereka dirobohkan? apa perasaan anda, jika tanah&rumah anda dirampas? Anak anda dibunuh di depan mata? Adakah anda akan mendiam diri...? Adakah anda akan bersikap acuh tak acuh jika melihat tentera bekeliaran di kampung anda atas nama 'kawalan keselamatan'? spt di iran, afganistan... di mana kebebasannya,sdgkan anda berada di tanah air sendiri...seronokkah anda jika ada pihak media luar negara menaburkan fitnah kononnya negara anda sudah tidak selamat & pora peranda, sedangkan hakikatnya negara anda aman walaupun dlm keserhanaan..? spt di Habsyah..semuanya utk menimbulkan kekeliruan& mencari helah peperangan...Penduduk islam tidak akan saja2 mengangkat senjata jika bukan utk mempertahankan diri@menuntut alas...krn islam agama yg tidak pernah mengajar keganasan tetapi perjuangan mempertahankan agama dan tanah air.

Anonymous said...

Saya ada kawan berasal dari sana. Sedih mendengar cerita darinya. Dia amat sensitif jika orang kata dia bangsa Cina.
Namun b.Arabnya sangat fasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails