Ads

Showing posts with label Teater. Show all posts
Showing posts with label Teater. Show all posts

October 24, 2011

Raya Open House @ Royal Chulan Hotel & The Secret Life Of Nora @ Istana Budaya


Gambar ini agak sudah basi sebab diambil ketika aku menghadiri Raya Open House for my company's corporate client. Ianya masa bulan Syawal hari tu.....aku pun hampir terlupa tentang gambar ini hehehe. Majlis ini berlangsung di Royal Chulan Hotel. Aku datang dengan opis mate dan temanku, Catz (gambar di atas).

Diantara artis yang hadir ialah Jamal Abdillah, Lisa Surihani, pelakon cilik Mia Sara , kumpulan M-Pop dan ramai lagi. Makanan yang disediakan...hmmmm biasa-biasa ajer. Aku datang kejap ajer sebab orang ramai datang berpusu-pusu....kena bagi peluang orang lain plak nak makan. Then terus aku balik rumah sebab petang tu jugak aku nak bertolak ke Penang. Ingat tak entry aku pasal Penang tu??? Huhuhu.



bersama opismate Rosnah Cun



------------------------------------------------------------------




Selepas aktiviti Cabaran Sihat di Celebrity Fitness hari tu....aku bergegas ke Istana Budaya utnuk menonton teater The Secret Life Of Nora lakonan Datin Tiara dan Aznil Nawawi. Sepatutnya start jam 3.00 petang ...akan tetapi disebabkan aktiviti fitness tu lambat habis dan drag sampai pukul 4.00 petang. Aku sampai di IB lebih kurang jam 4.15 petang. Sempat lah jugak aku layan 45 minit. Pada mulanya aku agak blur dengan jalan cerita sebab tak tengok dari awal. Lama-lama barulah aku boleh faham. Masa tu teman-teman seperjuangan dah sampai awal....cuma aku sorang tercicir. Sib baik aku dibenarkan masuk. Apalagi....jual nama company ler huhuhuhuu.....


Then, habis menonton kami semua melepak di cafe Istana Budaya yang terkenal dgn nasi lemaknya yg sgt sedap tu. Sekali tu.....nampak lah pulak heronya yg mat salleh tu. Sorry aku lupa nama dia. Masa ni dia tengah makan dgn aweknya. Sempatlah jugak berposing dengan dorang. Ayohhhhhh tinggi mcm galah. Terserlah betapa jauhnya beza dengan ketinggian aku.....hahahaha.



lepas habis menonton. Kak Rose, Kak Zila, Jack and his sis in-law.

terlupa...pak azuan pun ada....


gambar ini di cafe Istana Budaya......terjumpa hero teater ini...tinggi mcm galah. Huhuhu.



Sekian serba sedikit aktiviti hujung minggu aku. Next entry aku citer plak aktiviti cabaran sihat lagi...kali ni jungle trekking plak. Banyak jugak gambar2 menarik. Tungguuuuuuuuuuuuuu.





p/s - amazing race hujung minggu ni mendapat sambutan hangat daripada my opismate. Belum aku tampal iklan .....berduyun2 dah hantar nama. Alhamdulillah event aku ni berjaya menarik minat jugak.......huhuhu.





December 8, 2010

Teater Natrah 2 @ Istana Budaya


Anda sudah menonton Teater Natrah di Istana Budaya?
Baru-baru ni aku sempatkah menonton teater Natrah buat kali kedua. Masa first time dulu aku tengok last year...few days after aku balik dari Europe. Malangnya masa tu aku duk kat atas sekali sebab ticket telah pun kehabisan. Maka yg tinggal hanyalah yg berharga RM30. Belasah ajerlah kan.

Actually selama ni aku pergi tengok teater di Istana Budaya memang tak pernah bayar ticket pun. Sebabnya...aku dapat ticket free ajer thru company aku yg menjadi media rasmi kebanyakan persembahan teater di Istana Budaya. And kali ini aku menonton teater Natrah sekali lagi. Pun dapat ticket free...thanks MaksuHakim. Sebab dah tengok yg pertama dulu...so malaslah nak pergi lagi. Kebetulan pulak MaksuHakim tak jadi pergi dan dia bagi ticket tu kat aku. Hmmm.... pergi ajelah.





Korang bacalah sinopsis kisah Natrah ini melalui entry aku Natrah Versi 1 dulu.

Apa yang boleh aku komen tentang Natrah versi 2 ini ialah persembahan lebih bertenaga dan entertaining. Kenapa entertaining? Sebab puashati tengok si Remy Mansoor Adabi tu gelek Bollywood. I likeee!!! Jatuh cinta mak tengok dia bergelek tauuu~~~ Sungguh macho mcm hero hindustan. Hero hindustan tapi pakai baju melayu..hahahaha. Mak takleh tidur malam tu tau. Tengiang-ngiang lagu Hindustan versi melayu yg dia nyanyi tu dalam mimpi mak. Silalah muntah...wekkk ~~~~~.

Lupa plak nak bgtau. Malam tu aku gi tengok Natrah dengan kawan-kawan dari JB yg juga kawan-kawan MaksuHakim. Ingat tak entry pasal aku pi melepak dan makan-makan di JB hari tu.....yezzzaaa dengan dorang lah. Thanks to Johan, Wan dan Faizal sudi lepak-lepak dengan ahkak malam tu.



inilah geng-geng yg sama-sama kami pergi menonton Natrah...

belah kanan tu namanya Johan dan belah kiri tu namanya Wan...


yg baju pink kotak tu namanya Faizal....


ohhhh hero ku Remy Ishak.....my favourite artis buat masa ini..huhuhu!!!


Maya Karin in the house...




cayalah Erma Fatima...congratulation!!!




Lepas habis menonton teater tu, kami pun bergerak ke Kelana Jaya. Sebabnya Johan teringin nak merasa makanan di gerai Uncle William. Aku pun dah lama jugak tak makan di situ. Jauh tuu....tapi takpa sebab nak entertain orang JB. Kami sampai sana lebih kurang jam 11.45 malam.

Sebelum ni aku memang enjoy makan di sini disebabkan kesedapannya. Entahlah aku rasa kali ni makan macam ada benda yg tak kena ajer. Udahlah tempat duduk kami tu ada bau yg tidak menyenangkan. Pastu...rasa makanan kali ni kureeengg lah pulak. Portion sangat sedikit berbanding dulu. Harga rasanya makin mahal. Hmmm.... lain kali malas dah nak pi sini. Korang tengok lah pic di bawah apa yg kami makan.



Tembikai Laici gelas besar yg membuatkan aku nak terkencing ajer malam tu...hehehe

Mee Raja dan Ayam Pandan - makanan dah sejuk dan portion sedikit. Tak sedap sangat kali ni.

Nasi Goreng Seafood - pun kureng rasa malam tu...tak seperti selalu yg aku order.


Spaghetti Seafood - ni pun kurang kick....ke tekak aku yg rasa lain?


Keseluruhan yang kami bayar malam tu ialah genap RM100. Mahal kannnn...as usual !!!. Malam tu terus balik rumah. Lebih kurang jam 1.30 pagi jugak aku sampai rumah. Dalam masa seminggu ni aku asik balik rumah lewat malam ajer. Sesekali membusykan diri takpa. But i likee coz at least i have something to do. Idok ler duk umah ajer kannnn!!!!



p/s - tak sabar nak membusy kan diri bersukan dgn squash after opis hour. Lama dah aku meninggalkan sukan ini. Few years ago selalu main squash dgn M di sebuah sport club. I miss that moment!!!





July 23, 2010

Teater Uda dan Dara @ Istana Budaya




Bersiaran sekali lagi di Istana Budaya.
Kali ini aku menonton teater Uda dan Dara...arahan Datuk Rahim Razali. Aku memang minat dan sangat meminati filem-filem arahan beliau. So, dengan peluang yang aku dapat ini memang aku tidak sia-siakan. Setakat ini memang tak pernah menonton teater arahan beliau.

Sinopsis Uda dan Dara -
Muzikal Uda dan Dara adalah sebuah kisah cinta tragis. Seorang anak tani bernama UDA dilamun cinta dengan seorang gadis kesayangan kampungnya yang bernama Dara dari sebuah keluarga berada.

Suasana hidup di kampong aman, penuh dengan adat dan budaya Melayu yang santun bagaimanapun bertukar rupa menjadi genting apabila isu darjat, kuasa dan kasta dipertikaikan oleh mereka yang berada, berpangkat dan berdarjat. Huru-hara dan perang berbelas. Semuanya tercetus gara-gara cinta murni dua sejoli yang tidak direstui oleh sesetengah pihak.

Kesudahannya menyayat hati, membuka mata dan minda khalayak penonton tentang isu adat, kuasa, kasta dan darjat. Adakah isu ini akan berlarutan atau dapat dileraikan? Saksikan kemuncaknya sebuah kisah kontroversi yang tak lapuk dek zaman.

Pementasan kali ini diterajui oleh seorang pengarah prolifik tahanair, Dato’ Rahim Razali. Beliau juga merupakan pelopor yang terlibat dalam sejarah pertama pementasan MUZIKAL UDA DARA pada tahun 1972 – hamper empat dekad lalu di Teater Eksperimental, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pelakon:

Misha Omar - Dara
Razali Husain - Uda
Aishah - Ibu Uda
Betty Banafe - Ibu Dara
Mazlan Tahir - Alang Bakhil
Khir Rahman - Uteh
Radhi Khalid - Pak Long


My comment about this teater.

1. Pada setengah jam pertama agak meleret-leret dan panjang sangat especially scene menari-menari dengan orang kampung tu. Aku duk mencongak...lambatnya nak sampai klimaks.

2. Lakonan Razali boleh dibanggakan sebagai seorang hero yang memegang watak Uda. Cuma masa part menari dengan para penari tu...nampak agak ketara step si Razali ni agak lambat sedikit berbanding para penari yang lain. Sebagai hero dia kena tangkas sikit. Dari segi lontaran suara dah cukup perfect dan aksi bersilat pun nampak ok. Tahniah Razali - tetiba kan aku dah start minat dia.... Wallaaaaa...

3. Aku terus terang cakap watak Dara memang tidak sesuai diberikan kepada Misha Omar. Maaf yea Misha. Kita tahu Dara ni seorang gadis kampung yang lemah lembut dan penuh dengan kesopanan. Tetapi si Misha ni nampak sangat kasar dia tu. Time berlari-lari nak dapatkan Uda...aduhhh terkengkang-kengkang dia berlari. Spoil lah beb. Lontaran suara dia agak terjerit-jerit. Patutnya Dara kena cakap lembut dan penuh sopan santun. Satu lagi air muka Misah ni agak kasar dan garang. Watak Dara mesti sentiasa tersenyum dan pemalu. Babak dia beraksi romantis dengan Uda nampak sangat si Misha ni macam terlebih rakus berbanding si Razali. Maaf Misha yea...ni comment ikhlas. Bagi aku watak Dara yang sesuai ialah kepada Elly Mazlin.

4. Prop batang pokok-pokok masa aksi romantis antara Uda dan Dara sangat cantik dan seperti real. Then disinari dengan bulan mengambang. Adoii...romantiknya. Aku pulak yang feel terlebih-lebih. Hahahaha. Tetapikan...katanya watak gadis dan jejaka kampung, kenapa mesti babak romantis tu terlebih-lebih pulak. Hmmm..agak tidak sesuai pada pandangan aku. Juga tidak sesuai untuk tontonan di bawah 18 tahun.

5. Aku memang tabik lima jari kat pelakon-pelakon Aswara yang memegang beberapa watak dalam teater ni. Lakonan mereka memang sangat mantap dan terkesima. Pelakon watak Uteh dan Alang Bakhil memang superb!!!

6. Babak sedih ketika Uda hendak meninggalkan kampung dan berkelana ke bandar tidak menyentuh perasaan kami sebagai penonton. Perjalanan babak tersebut agak cepat dan tergesa-gesa.

7. Di saat Uda mati dibunuh memang syahdu dan agak terasa jugak kesedihannya. Yelah hero dah mati mestilah sedih kan. Tapi Misha berlakon babak sedih tu agak over lah. Intonasi sedih tu dah ada cuma suara tu jangan terjeritlah. Dengan kematian Uda tu....terjatuh jugaklah air mata ku. Huwaaaaa.....

dengan ahkak ku... muahh..



Radhi Khalid jadi watak Pak Long....sedap suara dia nyanyi...



aku rasa watak Betty Banafe sebagai emak kepada Dara tak sesuailah.....lakonan pun biasa-biasa ajer.

Uda dan Dara










Datuk Rahim Razali sebagai pengarah teater... aku minat dan suka. Well done Datuk!!!!


TAHNIAH DATUK!!!!


February 28, 2010

Teater Muzikal "ANTARA ..." @ Istana Budaya



Pada hari Khamis malam yang lepas aku menghadiri pra-tonton teater muzikal "Antara..." di Istana Budaya bersama Kak Rose. Lepas habis kerja terus cabut ke Istana Budaya. Traffic jem ke sana jangan cakap ler..perhhh menahan kesabaran aku. Teater hari ini ramai dihadiri oleh wakil dari media.

Walaupun aku tension dengan keadaan traffic jem tadi tetapi setelah menonton teater ini aku merasakan kepuasan yang amat bernilai. Teater ini mempunyai unsur-unsur keinsafan dan dakwah. "Antara..." diterbitkan sempena menyambut Maulidur Rasul dan ini merupakan teater ketiga yang diterbitkan oleh Erma Fatima untuk menjunjung serta mengingati perjuangan Rasulullah SAW.

"Antara..." juga antara lain mahu membawa masyarakat melihat dan merenung kehidupan manusia kini yang sudah makin jauh tersasar dari landasannya. Ia dibintangi pelakon handalan tanah air seperti Fahrin Ahmad dan Nasha Aziz yang memegang watak sebagai Adam dan Hawa. Alahai kejap ajer part dorang berdua ni. Tetapi lakonan yang paling bagus sudah tentulah yg memegang watak sebagai 'Syaitan' dalam teater ini iaitu Azahan Rani. Memang sangat superb and beliau berjaya membawa watak itu sangat berkesan.

Penyanyi-penyanyi popular yang terlibat dalam pementasan teater arahan bersama Ellie Suriaty Omar ini ialah Jamal Abdillah, Ziana Zain, Hattan, Iqwal, Wana serta Azlan & The Typewriter. Yang pastinya, gabungan nama-nama besar dalam bidang lakonan dan nyanyian itu membantu memantapkan lagi perjalanan cerita "Antara..." yang banyak mengundang keinsafan dan kesedaran.


dengan officemate aku, Kak Rose
watak syaitan lakonan Azahan Rani...gambar atas ni aku curi-curi snapping...
Hattan nyanyi malam tu.....lagu2 dakwah yg berunsur keinsafan
alahai abg Jamai...pun best....menghayati sungguh...nyanyi 4 lagu malam tu
Ziana Zain ..... pun ada malam tu

persembahan terbaik malam tu sudah tentu daripada Azlan Typewriter...dulu dia ni penyanyi Meet Uncle Husein...best giler vokal dia......sangat mantap!!!!!... ishhh jatuh cinta plak dgn vokal si Lan ni..huhuhu



barisan pelakon teater yg memegang watak Syaitan dalam teater ini....sgt mantap

beramai-ramai melafazkan pujian ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW...


lafaz pujian ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW diketuai oleh abg Jamal..


ketika ini semua hadirin bangun...sangat menginsafkan....Nasha menangis!!!

Hattan pun turut menitiskan air mata...

Ziana, Jamal, Azlan dan Nasha.....

anak Hattan duk belakang aku...

berborak jap dgn Umie Aida....

masa nak balik jumpa Nana and Sein....

koreografer Ray Sehati Berdansa yang lepas......



p/s - Lepas ni tak sabar nak tengok konsert Amy Search plak kat IB.....