Salam kerinduan.
Sure ada yang rindu dengan entry baru blog ni kan. Fuhhhh...lama giler tak update blog. Biasalah sentiasa busy dengan pelbagai program. Kalau dah balik rumah tu...memanglah tak rajin update blog. Kadang-kadang bila aku dah half way update tetiba tengok blog dah hampir siap. Ooooo...rupa-rupanya ada orang tu senyap-senyap buka blog hamba dan dengan sendirinya dia pun sambung ayat-ayat travel dalam ni. Tau tak sapa punya kerja...En Boss saya lah. Kalau terjumpa ayat-ayat lawak ke laut tu.....jangan percaya saya yang menaip yea. Hahaha.
Tak sabarnya nak travel lagi. Last trip ialah Turkey trip nilah. Hampir 3 bulan tak pi jalan-jalan oversea. Tinggal lagi sebulan jer nak terbang lagi. Tak sabarnya. Winder wonderland trip Insyaallah. Kalau nak tau live update perjalanan travel saya...bolehlah visit my IG - syarlizsaaid
Ok kita sambung pasal turkey.
Masih lagi hari ke 3 di Cappadocia. Perut dah lapar jomlah kita gi lunch. Masa aku gi Turkey pertama kali dulu kami lunch di dalam cave. Tapi kali ini kami semua lunch di restoran. Best juga sebab restoran ini bersebelahan dengan Pigeon Valley. Memang cantik sangat permandangannya. Boleh makan di luar mengadap permandangan ini. Tapi aku tengok semua duk makan di dalam but still can see the view. Di luar agak panas ketika ini. Bagi aku yang pernah merasai lunch di sini dan juga lunch di dalam cave....sama ajer keistimewaannya. Dua-dua best.
makanan buffet...semua beratur untuk mengambil makanan. Dulu trip aku ke Turkey memang susah nak dapat nasi...kami makan roti as makanan berat. Only certain restaurant ajer yg serve nasi. Tapi kali ni memang setiap restaurant akan sediakan nasi. Tapi nasinya agak berbeza sedikit....mcm nasi minyak. Roti pun ada....boleh makan dengan sup. Selalunya disediakan sup kacang parang. Sedap jugak. Dulu selalu makan sup pumpkin. Ikut musim agaknya.
pandang sini semua....alamak pakcik ramli tak nampak saya...dia nampak makanan tu jer hehehe.
spaghetti ada...kebab pun ada. Sedapppnya...rindu plak dgn makanan turkey.
luas dan besar restaurant ini.
nampak tak permandangan di luar sana.....
ok dah habis makan....jom kita bersantai di luar pulak sambil mengambil udara segar di luar. Walaupun panas dengan matahari tetapi cuaca sejuk dingin.
tak sah kalau kami tak bergambar berdua di semua tempat2 yang cantik.
Pigeon Valley ni juga dipanggil Flinstone House. Pernah tengok kartun Flinstone tak? Rumah-rumah yang didirikan di dalam gua.
Cantikkan permandangan yang unik ini. Batu-batan yang terbentuk sebegini disebabkan hakisan hujan dan angin.
Nampak orang meniaga di sekitar sini....semua tak lepaskan peluang melihat dan bertanyakan harga. Aku perhatikan orang-orang Turkey yang menetap di kawasan luar bandar ni....tidaklah semua hidup senang. Ada juga yg susah....tapi tetap mereka tidak hidup mengemis. Masih cukup makan dan cukup pakai...tapi tidaklah semewah mana. Di sebabkan Cappadocia ni adalah kawasan pelancong...so mereka mengambil kesempatan untuk meniaga.
Gambar ini di ambil dari atas. Bumbung sebelah kanan tu ialah restauran yang kami makan tadi dan bumbung sebelah kiri tu ialah kedai jualan barangan souvenir dan produk Turkey. Hasan kata kat sini kita boleh shopping. Alaaaaa Hasan ni....sebuah kedai ajer....mana cukup. Tapi rombongan cik leez ni peduli apa...walaupun kedai ni sebuah semuanya pakat membeli. Duit Lira masih lagi berkepuk katanya. Yelah baru hari ke -3....masih jauh lagi perjalanan kita lepas ni.
Next kami gerak ke kilang carpet pulak. Destinasi last sebelum kami balik hotel.
Jurucakap ni membuat demo dan penerangan bagaimana carpet dihasilkan. Dia menerangkan bagaimana benang sutera diwarnakan.
masing-masing mendengar dan memberi perhatian tentang demo benang sutera ini.
demo cara-cara menghasilkan benang sutera.
handmade carpet....harganya mahal dan sepandan dengan mutu carpet yang dihasilkan
percaya tak...carpet yang dihasilkan mengambil masa bertahun juga untuk disiapkan. Sebab itu harganya sampai beribu2. Jenuh nak menghabiskan tu. Kalau ahkak lah kan...dah lama berhenti kerja hehehe. Tak mampu nak duduk mcm ni bertahun untuk siapkan hanya sebidang carpet.
jom kita naik atas pulak. Nak tengok carpet-carpet yang dah siap. Agak-agak kan berapa harganya yea. Carpet peta dunia kat belakang tu mcm menarik jer. Rasa nak beli tapi tak mampu. Boleh gantung kat dinding rumah...pastu kita tandakan negara2 yang pernah dijejaki. Hehehe...idea tetiba datang.
Fuh banyaknya carpet....cantik2 belaka.
Masa aku nak naik ke tingkat atas...tetiba aku macam terdengar suara orang meniaga carpet. Tapi dalam English tau...bukan bahasa Turkey. Aikkkkkk.....bila masa plak lah tersesat peniaga Malaysia kat Cappadocia ni. Tapikan uolssss....suara tu seperti biasa ku dengar. Bukan takat biasa dengar tapi memang TIAP-TIAP HARI dengar. Aku cuba amati setiap kata-kata peniaga tu.
" Ten Lira.... Ten Lira ....Ten Lira"
" Discount...discount....Ten Lira"
Aku perhatikan bila ajer dengar Ten Lira tetiba jer ramai yang tak sabar nak naik atas dan mecari-cari harga discount tu. Maklumlah murah kan. Rugilah sesiapa tak beli. Kat Malaysia pun tak dapat. Alamak.....pasal apa cik abe aku dah jadi peniaga kat sini ni. Pulak tu aku nampak beberapa orang tengah membelek carpet 10 Lira tadi. Semua pakat tak sabar nak belilah tu. Salah seorangnya seperti gambar di bawah
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
hahahahahaha tetiba dia tergelak-gelak sebab ada yang terpedaya.....tipah tertipu bang!!!
Aunty Miskiah tertipu dengan Saupi kekekekekeke. Dia ingat betullah harganya 10 Lira. Rupanya cik abe saya memang sajer nak pekena semua orang. Nasib baik bini dia dah agak something wrong somewhere dengan harga tu.
akhirnya mereka bergambar dengan carpet "10 Lira" tadi. Kakakakaka....percayalah sangat harganya 10 Lira. Beratus-ratus juga harganya.
Bapak-bapak jutawan Malaysia sedang menunggu Mem Besar membeli carpet.
tu apahal terlentuk Cik Wardah oi. Kat sini takda pakwe Turkey yang hensem tau....semuanya dah veteren hahaha. Tak payah nak manja-manaja kat sini yea. :p
semuanya menanti dengan penuh kesabaran carpet-capet yang hendak dipamerkan
agak-agaknya semua dah berangan nak bawak balik Mesia berapa helai carpet yea.
apple tea dihidangkan kepada kami.
satu demi satu carpet dibentangkan. Ada mcm2 harga....rata2 harganya beribu dan sangat berkualiti. Aku pernah tengok carpet Kashmir di India dan aku bandingkan dengan carpet Turkey di sini. Terus terang cakap...carpet Turkey lebih nampak cantik design dan kualitinya. Tapi harganya tak boleh lawan carpet Kashmir yang lebih murah. Sangat lembut dan cantik.
masing-masing pakat merasa dengan tangan kelembutan carpet yang dihasilkan di sini.
Ikutkan hati mcm nak beli jer. Tapi ahkak tak mampu dik non.
jom kita balik. Sukanya adik baju biru tu. Dimana aku ada nak selfie...mesti dia ada di belakang aku hahahaha.....kinah ohh kinah
waduhhhh...ramai juga kat belajang aku rupanya hehehehe.....sajer-sajer suka-suka. Petang tu kami balik hotel awal juga. Hasan bagi kami berehat di hotel 2 jam sebelum kami keluar semula untuk menyaksikan Turkish Night.
Pukul 7 malam kami dah bersiap ke hotel restaurant untuk menikmati dinner. Tepat jam 8.00 malam selepas makan kami kena bersiap sedia dalam bus. Show bermula jam 8.30 malam.
restaurant hotel di Cappadocia ni memang terbaiklah. Aku rasa makanan di sini paling best dan sedap. Kami menetap di hotel 5 star iaitu Suhan Cappadocia Hotel. Makanan di sini pun 5 star juga.
fruits pun ada pelbagai jenis...ia bergantung kepada musim apa kita datang Turkey. Kami datang musim penghujung summer...so fruits yang disediakan pun memang sangat best belaka. Grape hijau dan hitam tu sangat manis dan sedap. Makanlah banyak mana pun....mesti mereka akan tambah lagi.
Buah tembikai tu nampak colournya mcm tak merah sangat kan....tetapi rasanya manis giler.
aku rasmikan dulu kek ni. Orang lain belum potong...aku dah potong dulu...muahahaha.
desert Turkey memang manis belaka...tapi sedap. Makan sikit2...utk merasa.
Lepas makan Hasan kata jangan lambat terus naik atas bas sebab show akan bermula jam 8.30 malam. Sesiapa yang takda dalam bas memang dia akan tinggalkan. Rupanya tour leader ni yang paling last hehehe...sebab sakan bershopping dalam hotel tu. Kat lobi hotel ada juga kedai jual souvenir. Sekali tengah sakan memilih...Hasan terpacul depan mata. Alamak...ahkak terlupalah dah jam 8.00 malam rupanya...hehehehe.
Ok nak bagitau. Sesiapa yang ikut pakej ke turkey bersama saya......you all akan dapat percuma Turkish Night di mana harganya ialah USD50 seorang. Ia sebenarnya adalah optional tour. Tapi special ikut pakej aku kami beri PERCUMA. Kalau ikut agent lain...berbayar hokay. Group kami hanya 2 orang sahaja yang tidak mahu join....keletihan agaknya.
Pandangan peribadi aku lah. Kalau kita pergi melancong jangan melepaskan peluang join mana-mana tour yang diberikan. Kalau berbayar tu lain ceritalah kan. Macam Turkish Night ni.....akan ditunjukkan persembahan
1. Derwish Dance - tarian sufi
2. Anatolian Dance- tarian masyarakat Anatoli
3. Belly Dance - tarian belly yang terkenal di negara2 arab
Tak salah jika kita datang untuk melihat kebudayaan masyarakat sini. Kita kenali budaya mereka. Dah alang-alang datang kan. Selain kita kenal makanan mereka....budaya mereka...kita nak juga tahu keistimewaan aktiviti masyarakat sini. Bila kita datang...kita tengok...kita jangan komplen. Kita kena hormat budaya mereka. Mungkin ada sesetengah budaya mereka yang agak keterlaluan berbanding budaya kita....itu kita tak nafikan. We just enjoy it. That's it. Terus terang cakap...kalau saya pergi melancong saya akan enjoy untuk segala benda. Kalau ada show....lagilah saya enjoy.
perjalanan selama setengah jam ke tempat ini. Sebaik masuk nampak lampu samar2 ajer. Ada disediakan makanan ringan dan minuman untuk yang hadir. Aku dan En Boss dari awal duduk di bahagian depan...hehehe overkan.
meja sebelah sana.....wajah ceria. Nanti tengoklah dah malam sikit...semua jadi lemau.
permulaan show ialah persembahan derwish dance atau tarian sufi. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Lagipun lampu malap jer. Rupa-rupanya ada sebab kenapa kami tidak dibenarkan snap pic ketika ini. Aku plak bantai bercakap dengan En Bos...kuat agaknya. Tetiba pekerja di sini datang bgtau suruh senyap...alamak. Nak tau kenapa? Meh aku citer.
Tarian ini dari Timur Tengah yang diasaskan oleh seorang pensyair Turki bernama Mevlana Cellaludin Rumi. Tarian ini membawa maksud bahawa dasar kehidupan manusia di bumi ini adalah berputar. Ia dianggap ekspresi dari rasa cinta, kasih dan sayang yang maha tinggi dari seorang hamba pada Sang Pencipta. Gerakan tubuh berputar berlawanan dari arah jarum jam sebagai bentuk menyatukan diri dengan Sang Pencipta.
Para penari terus berputar mengikut alunan muzik, semakin lama putaran itu kian cepat dan panjang. Malah kostum akan semakin berkibar indah. Semasa berputar Mevlana Rumi membuang semua emosi duniawi. Hanya pada Yang Satu yang dirasakan iaitu kerinduan, kecintaan yang besar pada Sang Pencipta.
Terpulang lah pada firasat masing-masing. Ohhhh patutlah pekerja tu suruh kami senyap. Rupanya penari tu tengah menghayati setiap putaran yang dilakukan. Kalau bising....penghayatan itu akan terganggu.
Terus terang cakap i really enjoy menyaksikan tarian ni. Lagunya memang sedap didengar. Ikutkan nak tunjukkan video yang aku sempat snap...tapi size besar sgt untuk dimuatkan dalam blog ni.
lepas persembahan sebenar tadi...barulah mereka buka lampu terang sikit. Then mereka menari sekali lagi sekejap ajer. Masa nilah kita boleh ambil video dan snap picture. Ooooo patutlah yg tadi tu tak boleh. Ok baru faham.
Then....ada persembahan Anatolian Dance. Memang rancak giler tarian mereka. Akhirnya aku dan cik abe kena tarik ke depan untuk menari bersama-sama mereka. Alamak....ahkak malulah. Bila pikir balik.....kita kena sporting guys. Pasrahlah juga. Berpeluh menari depan orang ramai hahaha. Sib baik takda yang snap pic kami.
Persembahan mereka ni lama sangat sehingga kan ada yang terlelap di meja hehehehe. Tapi kami berdua masih segar mata layan muzik. Ada satu lagi tarian yang ditunggu2...sehingga yg terlelap mata tadi menjadi segar bugar hahaha.
ohhh kejap....rupanya ada surprise birthday cake untuk birthday girl sekali lagi hehehe. Kali ni aku dah plan dengan Hasan untuk buat surprise ini. Sukanya birthday girl.
tengok tu senyum sampai ke telinga bila abang hensem suapkan cake hahahaha.
Jeng jeng tarian paling panas abad ini...belly dance. Masa penari ni menari nampak biasa ajer sebab tak cukup gelek. Lepas tu ada seorang lagi yg akan menyusul.....paling panas...sorry gambar takda. Memang agak segan bila melihat tarian ini di depan pakcik makcik kita yang veteran. Tapi...nak buat camana.....pandang sikit2 ajerlah. Sebab tu lah kami duduk depan sekali....sebab takda sapa tengok kami hahaha. Ada orang sudah berbisik sama aku lepas habis show ni tadi....seorang peserta rombongan cik leez sampai ternganga mulut tengok tarian ni hahahaha. Siapakah itu sila angkat tangan hahahaha.oppsssssss.
persembahan terakhir dari mereka. Habisss sudah. 2 jam persembahan yang sangat menghiburkan.
Kami balik jam 10.30 malam. Masing-masing dah lemau dan mengantuk. Sebaik kami sampai di hotel sambung lagi shopping hehehe. Kedai souvenir tadi tak tutup lagi. Sepatutnya dah tutup....rupanya mereka tunggu kami balik hotel. Tengok tu sanggup menunggu pelanggan. Kami difahamkan sejak peristiwa bom di Turkey....kedai ini tidak menerima pelanggan dari Malaysia lagi. Mereka tak harapkan pelanggan dari negara lain sebab mereka bukan kaki shopping mcm orang Malaysia.
Esok pagi kami akan bersiap gerak ke tempat lain pulak. Agaknya apakah peristiwa lucu berlaku di sana. Jangan lupa ikuti blog ini lagi.
p/s - bulan dec...bulan duduk rumah diam-diam.