Ads

Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

July 5, 2012

Me & Birthday Cakes



Salam semua.
Maaf (entah berapa kali maaf daa)... sebab asik tertangguh nak update blog. Aku dilanda kebizian.....penat dan banyak kerja. So, untuk entry kali ni aku update skit ajer...just nak tunjuk masa besday aku hari tu. Sehari sebelum besday...aku telah diraikan oleh peserta2 Cabaran Sihat. Terharu dan terkezut sebab tetiba tengah berucap di depan peserta..... dorang potong cakap aku dan nak buat announcement skit. Lahhhhhhaiiii nak nyanyi lagu happy besday rupanya hehehehe....seronok dan terharu pun ada. Thank anyway to my beloved friends of Cabaran Sihat for the wishes and cup cakes ni. Muahhh muahhh sayang uolsss.

Then the next day plak....on 1st July ada majlis cukur jambul my niece di KDE Ampang Jaya. Pastu kebetulan jatuh pada tarikh lahirku....potong cake sekali lah. Malu ahhhh....hehehehe. Nanti bila2 senang aku tunjuk gambar2 lain yea. Ni aku tunjukkan 3 pics sahaja. Busy maaaaaaa....


 kezutan daripada peserta2 Cabaran Sihat Musim 2...thanksss!!!!

 kononnnnn....besday yg ke....tettttttttttttttt rahsia!!!! Thanks pada yg hadir...

lil princess Ariesya Sofia...masa majlis aqiqah dan cukur jambul. Beautiful princess my niece.


Nanti aku citer panjang lebar lagi yeaaaa. Kebiziaannnnnn.......


p/s- thanks atas ucapan di sms, FB, twitter and personally wish.




July 2, 2012

It's My Birthday...Thanks For The Wishes!!!








Salam semua.
Thank you very much to all for the wishes, cakes and gifts. Selalunya tak pernah celebrate birthday sebab terasa diri dah tua plak nak tiup lilin bagai. Last year aku berada di Pulau Perhentian ketika hari lahirku. Pada tahun ni plak aku bersama-sama dengan family, sanak saudara dan sahabat handai. Terima kasih semua. Nanti next entry aku cerita detail tentang besday kali ni.


p/s - terkezut dengan kezutan....


February 21, 2012

Day 1 : Genting Highland Trip - Indoor Theme Park & Happy Birthday Zarieff





Bersambung lagi.
Sebaik kami sampai di area First World Hotel...kami terus menuju ke arah Indoor Theme Park. Biasalah kalau dah bawak budak...mesti nak main indoor game di sini. Aku ikut ajer sebab bukan aku nak main game pun. Dah puas dulu masa muda-muda duk mencuba semua game kat sini. Bila dah masuk usia sekarang ni....jadi pemerhati anak-anak sedara ajer lah hehehe.

Sementara menunggu my nephew tu duk main games di sini..aku naik ke atas tengok-tengok kedai kat situ. Tak membeli apa pun...window shopping ajer. Ramai sungguh tourist datang ke sini especially tourist Arab dan India. Tourist mat salleh tak minat this kind of tourist attraction. Depa lebih suka scenery and nature. Like me...kalau gi melancong aku kureng minat nak pi theme park mcm ni. Aku lebih suka tengok scenery, nature and sigh seeing (ehhh...nak mcm mat salleh jugak kan). Dulu masa pi Paris Disneyland pun sebab my friend tu beriya nak ke sana...so ikutkan ajer. Korang perasan tak....aku belum jejak USS, HK and Gold Coast......sebab aku kurang minat tempat2 theme park macam tu. Tetapi tidak semestinya aku tidak berminat utk menjejaki tempat-tempat itu....Insya Allah aku akan jejak juga nanti. Cuma lambat dan cepat ajer.


 my bro nampak goreng pisang kat sini....nak tau berapa harganya??

 RM6 utk 4 pieces....hahaha harga di puncak tu. Tapi beli jugak....pelancong kannn.

kalau sesapa tak dpt jejak Paris...jejak Genting Paris pun jadilah...

 budak 2 orang yg dalam train ini....dah tak sabar nak naik

 masa duk window shopping tu.....aku ternampak kiosk menjual serkup. Aku duk mencuba satu demi satu fesyen...akhirnya terbeli satu. Tapi bukan seperti dalam gambar ini...yg lain. Sekarang ni duk sakan wat koleksi serkup...rasanya dah dekat 7 koleksi hehehe. Standby for overseas trip actually.

 indoor theme park @ genting

 dah habis window shopping.....semua orang terpisah hehehe.....duk call seorang demi seorang nak jumpa utk minum teh tarik plak.

 lega dah minum segelas teh tarik yg berharga RM6.00. Korang mampu? hahaha...mampu di Genting ajerlah. Kalau kat KL mcm ni harga ....memang nak kena terajang mamak teh tarik tu.

 anak sedara aku semua ni memang favourite Famous Amos. Tiap kali nampak kiosk ni kat mana2...mesti nak membeli. Nanti mama leez buat lagi sedap drp ni tau!!!!

 aikkk budak kecik ni pun sama. Siap tunjuk tu mana-mana yg dia nak. 

 Ok jom balik.....kami naik cable car tu jugak. Kalau naik malam permandangan boring...gelap ajer. 


Sebaik kami sampai di Awana Genting semula..ketika itu jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Kami semua naik ke atas bilik untuk simpan beg dan buang air kecil. My bro plak pi order makanan di cafe. Sebabnya malam tu kami nak celebrate birthday...baby boy yang dalam gambar di atas tu. Baby Zarief dah 2 years old. 

My bro rupanya order food kat lounge...bukannya kat cafe. Dia kata tak jumpa pun cafe. Dia order just light food memandangkan bekalan nasi tomato siang tadi masih banyak ada. My bro kata sambil makan kita leh dengar muzik. Hmmmm...kalau dah bawak budak kecik mcm ni.....muzik entah ke mana nanti. 


 oreo cheese cake for besday boy!!!

 anak sedara aku yg dah tak sabar nak tiup lilin. As usual 4 budak ni mesti duk depan sekali hehehe.

 tau tak besday boy tu pada mulanya tak nak potong kek...sebab dia lagi suka explore tempat ni.....lari sana sini. Tapi daddy dia paksa juga angkat utk potong cake

 we're together in one family. I love my family very much. Aku benci org yg buat taik dalam family aku....i hate you pompuan jahat!!!! Dua orang maid adik aku tu pun dah mcm family kami. Sedih sebab mama takda masa ni.

 love all of you...muahhh muahh

 simple dinner for us...

 chicken wing ni sangat sedap.....total cost our food that night ialah RM250. Thanks to my bro izam belanja kami semua. Semoga dimurahkah rezeki lagi.

 besday day dah standy nak tiup lilin....pada mulanya dia tak nak sebab nak main kat bawah hehehe

 happy birthday to you...happy birthday to you...

 happy birthday to zarieff.....semoga menjadi anak yg soleh menurut kata kedua ibu bapa, rajin belajar dan dimurahkan rezeki . Luv u my darling!!!

 yang paling excited tiup lilin ialah 2 orang budak belah kanan tu hehehe.....everytime nak potong cake besday....depa 2 orang tukang tiup lilin hehehe

 jom kita makan cake............

my tab is always with me......sukalah duk Awana ni....WIFI is available here and FREE of charge. Dalam bilik pun ada....suka!!!!!


Ok itu sahaja aktiviti kami pada malam tu. Balik bilik kami adik-beradik berkumpul lagi dan borak-borak pasal kenangan silam kami masa kecil....ketawa tak sudah berdekah-dekah. My nephew semua tu plak tak kacau sebab sakan tgk kartun kat ipad and tab. Ubat utk bagi dorang diam ialah bukak kan kartun kat ipad/tab.

Apakah aktiviti kami esok hari???? Esok ajer aku update yea. 


p/s - menghitung hari lagi sebelum berangkat.....aku semakin sebak. Ya Allah kau permudahkan segala urusan pemergianku ke sana nanti. 



July 21, 2011

Kek Lapis Kukus Asam Manis ~~


Sempena tak lama lagi nak menyambut bulan Ramadhan dan Raya ni...tetiba aku terlebih rajin nak membaking cake. Sajer nak mengisi masa lapang weekend aku. Resipi kek kukus asam manis aku dapat daripada blog Kak Kasihredha. Akak ni rajin mencuba resipi baru. Maafkan aku...kek aku tak sekemas kek akak ni...aku punya ntah apa2 (ada hati plak tu nak masuk dalam blog...ahaksss :p).


Bab-bab mencuba resipi cake atau dessert aku memang suka...tapi tengok juga cake apa. Sebabnya aku suka makan cake dan dessert. Tetapi bab-bab mencuba masak lauk-pauk tu ada kureng sikit. Sebabnya mak aku lagi terror tang tu.


Percubaan pertama membaking cake ini...mcm seronok pulak sebab aku suka rasanya. Nak kata sedap sangat...entahlah ikut citarasa masing-masing. Tapi so far aku dah bagi cuba rasa kat beberapa orang....sedap katanya hehehe. Cumanya aku nak tergelak tang combinasi colour yg entah apa-apa. Aku belasah ajer sebenarnya. Tengah duk buat cake ni aku terlupa next colour apa pulak. Contohnya: first layer- hijau, second layer-merah, third layer-biru....dan diikuti dengan ulangan colour layer yg first tadi. Tapi masa tu agaknya aku mengong jap entah apa yg aku fikir....aku ulang colour second layer pulak.....nak tau apa yg jadi?????


>>


>>


>>


>>


>>


warna yg lintang pukang ...hahahahaha


percubaan pertama yg entah apa2....tapi rasanya sedap (kata orang lah)....habis dalam masa sehari ajer...hehehe.



ini pulak percubaan kedua... minggu seterusnya....byk layer dpt buat walaupun tak berapa kemas. Aku letak byk sgt asam manis...akhirnya rasa asam yg lebih heheheh. Aku rasa sedap lagi percubaan yg pertama.



sekian sahaja resipi utk kali ini :)




p/s - terima kasih my dear friend Dr Siti Haida....sekarang hati ini tenang setenangnya. Khidmat nasihat kaunseling yg sgt memberi kesan..Alhamdulillah. Pedulikan orang lain...yg penting kita kena selalu mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan diri sendiri lagi bagus. Semoga Allah menlindungiku dan memakbulkan doa-doaku Ameennn.




June 12, 2011

Homemade Apam Polkadot & Carrot-Walnut Cake




Apam Polkadot. Dah jadi trend plak skrg orang buat apam ni kan. Sebabnya tarikan pada warna polkadot yang sangat menarik. Warna yang menarik perhatian kanak-kanak. Anak buah aku suka makan...hehehe.


Masa gi kenduri kahwin kat Singapore...dua-dua majlis menyediakan apam polkadot ini. Wahh trend dah sampai ke sana gak. Tapi rasa tak semuanya sama...ada yg sedap...ada yg biasa2 aje. Aku dapatkan resipi apam ni di internet. Korang google ajer type apam polkadot resipi... melambak-lambak keluar. Sama ajer resipinya.


Untuk filling yang aku buat ni...aku letak perisa coklat (coklat Tobleron tu), perisa rasberry dan perisa kaya. Memang sedap setiap satu perisa tu. Cubalah korang buat.


aku pilih 3 warna utama- biru, pink dan hijau.....cantik dan striking


Sangat gigih nak design polkadot pada apam ni dan bila masuk ke dalm mulut kejap jer dah habis. Hmmmm







Then, aku buat pulak carrot cake yg dihias dengan cream cheese dan kacang walnut. Dapat resipi dari teman pejabat yg mengikuti kelas kek. Hmmm...rasanya camana? mestilah sedap...ngeh3 :p




Sekian sahaja entry my food utk hari ini. Al-maklum dah nak masuk bulan Ramadhan ni....terlebih rajin pulak aku mencuba pelbagai jenis cake. Sesaja nak mengisi masa lapang.






August 8, 2010

Tempahan Kueh Raya Dan Moist Choc Cake




Tempahan kueh raya dan moist choc cake dibuka SEKARANG !!!!



1. TART NENAS TRADISIONAL
Kueh tart tradisional buatan sendiri. Sekarang ni sukar untuk mencari kueh tart tradisional seperti ini. Rasanya memang sedap.... dan tidak rugi anda membeli.

HARGA : RM22.00
KUANTITI : 50 pieces
untuk satu balang bulat



tart nenas tradisional - hand made
satu balang bulat seperti ini - 50 pieces



2. CHOCOLATE CHIP
Buatan sendiri dan rasanya sebijik seperti Famous Amos. Amatlah rugi jika anda tidak mencubanya. Sudah merasa sekali...sudah pasti nak rasa lagi.

HARGA : RM22.00
KUANTITI : 55-60 pieces untuk satu balang bulat (500 gram)



tengok pun dah terasa kelazatannya....moh beli!!!!

satu balang bulat untuk 55-60 pieces








3. CORNFLAKES COOKIES
Cookies buatan sendiri. Adunan dicampur dengan kacang gajus dan salut dengan coklat. Rasanya sangat rangup dan sedap. Rugi jika anda tidak mencubanya. Jom beli!!!!

HARGA : RM22.00
KUANTITI : 50 pieces untuk satu balang





cornflakes cookies yang sangat sedap...percayalah!!!!

50 pieces untuk saiz balang ini



4. MOIS CHOC CAKE
Chocolate cake yang memang moist dan dimasak kukus. Tahan lama dan boleh simpan di peti sejuk selama 10 hari. Mesti cuba!!!!
Tempahan selepas Hari Raya untuk majlis Rumah Terbuka juga diterima.

HARGA : RM48.00
BERAT : 1.5 kg



kek ini sangat moist dan lembut.....jom cuba!!



saiz kek ini dengan seberat 1.5 kg




JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN...SILA HUBUNGI SAYA DI :


TEL : 013-3305023 (Leez)

(sila nyatakan tempahan dan no hp anda)


BAYARAN 50% UNTUK TEMPAHAN (MELALUI BANK)
DAN BAKI 50% SELEPAS ANDA MENERIMA TEMPAHAN


LOKASI DELIVERY : PETRONAS TESCO AMPANG, KAWASAN PANDAN DAN BANDAR BARU BANGI