Ads

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

July 21, 2011

Kek Lapis Kukus Asam Manis ~~


Sempena tak lama lagi nak menyambut bulan Ramadhan dan Raya ni...tetiba aku terlebih rajin nak membaking cake. Sajer nak mengisi masa lapang weekend aku. Resipi kek kukus asam manis aku dapat daripada blog Kak Kasihredha. Akak ni rajin mencuba resipi baru. Maafkan aku...kek aku tak sekemas kek akak ni...aku punya ntah apa2 (ada hati plak tu nak masuk dalam blog...ahaksss :p).


Bab-bab mencuba resipi cake atau dessert aku memang suka...tapi tengok juga cake apa. Sebabnya aku suka makan cake dan dessert. Tetapi bab-bab mencuba masak lauk-pauk tu ada kureng sikit. Sebabnya mak aku lagi terror tang tu.


Percubaan pertama membaking cake ini...mcm seronok pulak sebab aku suka rasanya. Nak kata sedap sangat...entahlah ikut citarasa masing-masing. Tapi so far aku dah bagi cuba rasa kat beberapa orang....sedap katanya hehehe. Cumanya aku nak tergelak tang combinasi colour yg entah apa-apa. Aku belasah ajer sebenarnya. Tengah duk buat cake ni aku terlupa next colour apa pulak. Contohnya: first layer- hijau, second layer-merah, third layer-biru....dan diikuti dengan ulangan colour layer yg first tadi. Tapi masa tu agaknya aku mengong jap entah apa yg aku fikir....aku ulang colour second layer pulak.....nak tau apa yg jadi?????


>>


>>


>>


>>


>>


warna yg lintang pukang ...hahahahaha


percubaan pertama yg entah apa2....tapi rasanya sedap (kata orang lah)....habis dalam masa sehari ajer...hehehe.



ini pulak percubaan kedua... minggu seterusnya....byk layer dpt buat walaupun tak berapa kemas. Aku letak byk sgt asam manis...akhirnya rasa asam yg lebih heheheh. Aku rasa sedap lagi percubaan yg pertama.



sekian sahaja resipi utk kali ini :)




p/s - terima kasih my dear friend Dr Siti Haida....sekarang hati ini tenang setenangnya. Khidmat nasihat kaunseling yg sgt memberi kesan..Alhamdulillah. Pedulikan orang lain...yg penting kita kena selalu mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan diri sendiri lagi bagus. Semoga Allah menlindungiku dan memakbulkan doa-doaku Ameennn.




June 12, 2011

Homemade Apam Polkadot & Carrot-Walnut Cake




Apam Polkadot. Dah jadi trend plak skrg orang buat apam ni kan. Sebabnya tarikan pada warna polkadot yang sangat menarik. Warna yang menarik perhatian kanak-kanak. Anak buah aku suka makan...hehehe.


Masa gi kenduri kahwin kat Singapore...dua-dua majlis menyediakan apam polkadot ini. Wahh trend dah sampai ke sana gak. Tapi rasa tak semuanya sama...ada yg sedap...ada yg biasa2 aje. Aku dapatkan resipi apam ni di internet. Korang google ajer type apam polkadot resipi... melambak-lambak keluar. Sama ajer resipinya.


Untuk filling yang aku buat ni...aku letak perisa coklat (coklat Tobleron tu), perisa rasberry dan perisa kaya. Memang sedap setiap satu perisa tu. Cubalah korang buat.


aku pilih 3 warna utama- biru, pink dan hijau.....cantik dan striking


Sangat gigih nak design polkadot pada apam ni dan bila masuk ke dalm mulut kejap jer dah habis. Hmmmm







Then, aku buat pulak carrot cake yg dihias dengan cream cheese dan kacang walnut. Dapat resipi dari teman pejabat yg mengikuti kelas kek. Hmmm...rasanya camana? mestilah sedap...ngeh3 :p




Sekian sahaja entry my food utk hari ini. Al-maklum dah nak masuk bulan Ramadhan ni....terlebih rajin pulak aku mencuba pelbagai jenis cake. Sesaja nak mengisi masa lapang.






December 19, 2010

Resipi Apam Balik



Baru-baru ni aku telah mencuba untuk membuat apam balik my favourite. Aku dapatkan resipi ni daripada Little Parlour. Thank you..memang menjadi resipi ni. Cuma aku terpaksa gunakan sauce pan utk membakarnya. Okayla tu...asalkan sedap..huhuhuhu.


Bahan-bahan :

Tepung gandum 2 cawan
Air 1 1/2 cawan
Gula 1/2 cawan
Telur 1 biji
Soda bikarbonat 1 sudu teh
Baking powder 1 sudu teh

Kacang tumbuk
Jagung dalam tin
Gula
Butter




goreng kacang hingga garing


pastu tumbuk kacang tu...jgn hancur sangat


gula dan telur hendaklah dipukul hingga kembang


masukkan air, soda, baking powder dan esen kuning


masukkan tepung gandum


pastu tuangkan sesenduk adunan tepung ke dalam sauce pan. Taburkan gula, kacang tumbuk tadi, sedikit butter dan jagung.

Siap dahh...jom makan.





November 25, 2010

Resipi TRIFLE - Selamat Mencuba !!









Sejak aku masukkan gambar hidangan TRIFLE ni kat FB dan blog...ramai dok tanya aku resipinya. Entah aku pun dah lupa mana aku amik resipi trifle ni. Rasanya kat blog someone...but lupa dah sapa punya. Sebab aku surf banyak blog....then aku pepandai sendiri tokok tambah mana yg patut. Maka jadilah trifle ini. I like...... and family aku pun suka sebab tak berapa manis pun. Kena kurangkan gula dalam makanan.


Jom tengok resipinya. Simple ajer tapi agak renyah nak buat. Lepas satu....satu lagi. Step by step. Selamat mencuba semua!!

Bahan-bahan :

Kek swiss roll (perisa butter, pandan dan coklat - bergantung taste masing2. Aku belasah semuanya)

1 tin fruit cocktail

1 tin buah peach

1 tin susu cair

4 sudu besar tepung kastard

2 kotak jelly crystal (jenama Nona) - amik 2 perisa yg berbeza (strawbery dan orange)

soft whipping cream (jual dalam kotak atau spray)

hirisan kacang badam (almond)

sedikit gula



Cara membuatnya :

1. 1st layer- kek swiss roll dipotong dan susun rapat2 di dalam bowl. Suggest guna bowl tinggi dan warna jernih. Supaya nampak cantik dari luar.

2. Air yg telah ditapis dari tin fruit cocktail di siram sedikit demi sedikit ke atas kek swiss roll tadi. Supaya kek lebih sedap dan moist.

3. 2nd layer - masakkan jelly crystal follow apa yg dicatatkan pd kotak tu. Guna perisa strawbery warna merah. Tuangkan ke atas kek tadi. Biarkan sejuk dan keras.

4. 3rd layer - campurkan 4 sudu penuh tepung kastard, 1 tin susu cair, gula dan air satu tin susu cair tadi. Gula mengikut citarasa masing2. Aku lebih suka yg kurang gula. Kacau dan masakkan atas api yg perlahan. Kacau sampai kastard jadi likat. Tuangkan rata ke dalam bowl tadi. Biarkan sejuk dan mengeras.

5. 4th layer - tuangkan buah-buahan dari fruit cocktail tadi ke atas castard tadi.

6. 5th layer - kalau ada lagi kek swiss roll tadi, susun sekali lagi ke atas adunan ini.

7. 6th layer - masak sekali lagi jelly crystal. Kali ni guna perisa orange pulak. Seperti biasa tuangkan ke dalam bowl tadi. Biarkan sejuk dan mengeras.

8. 7th layer - buat layer kastard sekali lagi. Tuangkan ke atas adunan.

9. 8th layer - Jika guna whipping cream yg jenis spray, spray kan ia ke atas adunan sehingga rata. Jika guna whipping cream jenis kotak. Kena tambahkan air dan putarkan ia. Then tuangkan ke atas adunan.

10. 9th layer - Susunkan buah peach ke atas whipping cream tadi.

11. 10th layer - bakarkan badam hiris sehingga garing. Tabur ke atas adunan. Dah siap!!!

12. Sedia untuk dimakan....yeehaaaa!!




Senang tak? :D. Selamat mencuba !!!!
Kena sentiasa simpan di dalam fridge.