Ads

Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

April 19, 2012

Day 2 : Journey to Kedah - Penang - Perlis






Salam semua.
Sejak seminggu ni badan tak berapa sihat...demam dan tonsil. Mood pun terganggu. Aduhhh...udahlah kerja di opis melambak-lambak. Bila kita sakit....dosa kecil kita terhapus sedikit demi sedikit Insya Allah. Sorry yea kengkawan.... ada kala blog ini tak sempat nak update. Aku ni bila sakit....perangai terlebih manja dan mengada-ngada. 

Ok sambung kisah perjalanan aku di utara ni.
Pagi esoknya kononnya nak bangun cepat skit sebab kami nak berjalan jauh. Udah ler jangan berangan. Tidur pun lena di katil empok....terjaga jam 10.30 pagi uolss. Kami bersiap terus meninggalkan Sungai Petani dan bergerak lagi ke utara. Kami nak pi Padang Besar Perlis sebenarnya. Aku rasa dah bertahun-tahun jugak aku tak sana. Bila pergi dengan parents dulu....memanglah bermacam-macam diangkut bawak balik KL. Tapi kali ni...nak tau apa yg aku beli??? Jom roger...


dihujung highway utara kami singgah sebentar di restoran ini  Jo Cendul Pulut utk brunch (breakfast + lunch)

mcm2 makanan ada dijual di sini. Aku makan nasi dan sup campur. Ok boleh tahan sedap jugak. Jangan lupa makan Cendul Pulut specialty di sini.


Zaman dulu mana ada highway lagi nak pi Perlis (after tol). Kali ni dah ada highway cepat sikit sampai. Last aku gi masa majlis perkahwinan blogger enciksepul....masa tu ada highway. Tapi zaman arwah papa aku dulu...mana ada highway tapi tetap kami redah jugak sampai ke Padang Besar. 

Setibanya kami di Padang Besar....wahhhh dah banyak berubah dan banyak sungguh kedai-kedai yg cendawan tumbuh di sini. Dulu takat ada bangunan bulat bazar tu ajer. Dulu aku rasa org yg dtg ke sini perghhhhh punyalah berduyun-duyun sehinggakan nak parking sangatlah tersiksa. But now....aku tengok agak lengang sikit...kenapa yea??? Adakah org dah kurang berbelanja di sini? Agaknya rakyat mesia dah kaya raya skrg....shopping di Jakarta, Bandung Vietnam....tak mainlah Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian. Betul tak apa yg aku cakap???


aku hanya membeli 2 helai tudung ajer di sini. Tu pun sebab fesyen tudung tu takda kat KL. Baju di sini?? Hmmm.....memang not really my taste lah. 

fesyen baju Thai mmg aku tak berapa berkenan berbanding baju dari Indonesia. 

orang yg dtg berbelanja pun tak berapa ramai. Tak seperti dulu....tangan kiri kanan penuh dengan bag plastik. Naper yea??

ok...aku byk beli makanan di sini. Aku beli beras siam wangi, pulut hitam dan pulut siam....pastu beli gajus, asam dan kerepek2 di sini. Dulu mcm2 buah yg dijual di sini. Skrg ni nak beli mangga pn susah nak cari...mahal plak tu. Kan tengah musim mangga skrg. Hmmmm.

Aku masih kekenyangan. Teman-temanku plak nak merasa Laksa Thai. Inilah rupa Laksa Thai. Aku kureng skit rasa laksa ni.....entah...mungkin tak biasa kot.

Laksa Thai ni dimakan dengan sayur-sayur ulam di sebelahnya. Tengok daun sayur tu pun aku dah rasa pelik.

di tengah panas yg berdeting....bersama Kak Rosecun

Azie dan Mai.....pun duk merasa Laksa Thai tu.


Lebih kurang jam 4 petang barulah kami bergerak keluar dari Padang Besar ni. Terus shoot balik ke KL. Singgah dua kali di R&R utk solat dan makan. Al-maklum bila perut dah kenyang nak drive pun rasa mengantuk. So, bergilir-gilir memandu kereta. Alhamdulillah selamat sampai ke KL pada jam 12 tengah malam jugak. 

Sekian perjalanan singkat aku ke utara. Tetapi mcm2 tempat yg kami singgah. Oklah....jauh berjalan terbuka minda aku sikit. Ok guys...next entry kita bukak kisah lain pulak yea.


p/s - Cabaran Sihat Musim-2 akan bermula tak lama lagi.....jom joint!!!



January 16, 2010

Hadyai-Perlis-Penang Trip : Wedding at Perlis




After melepasi border Thai-Malaysia, kami menyusuri highway menuju ke Kangar, Perlis pulak for En Sepul's wedding. Actually this was kejutan from us. Pengantin tak tau kami nak mai wedding dia. Sajer ajer...nak bagi pengantin terharu meleleh air mata. Huhuhuh.

Sebelum kami sampai Kangar, kami singgah sebentar di tepian sawah padi yang sedang menghijau untuk sessi fotografi. Semalam lagi dah plan nak berhenti tepi highway. Finally kami turun gak kat Perlis ni. Huhuhu....bestnya. Cantiknya permandangan sawah yang kehijauan ini. Macam-macam aksi posing kami. Ada yang mcm burung terbang...ada aksi melompat dan aksi berlakun konon tengah tengok sawah padi pun ada...hehehe nampak so real. Aksi melompat tu paling lawak.




muka seronok di tepi sawah...

aksi burung terbang.....hehehe nice kan...

so cute kan.....

padi dah melentuk...siap untuk dituai....

wohooo...aksi melompat....aku jadi photographer aje lah....

ni plak aksi berlakon .....konon aje tu..



Wahhh...dah nampak rumah Sepul. Actually kan...before that kami dah sesat tau. Kami dah sampai bandar Kangar tapi tak tau nak ikut jalan ke mana hala ke rumah Sepul. Pusing punya pusing dah masuk ke area kampung balik. So, terpaksalah tanya orang sana sini. Thanks Che Burn....sangat rajin bertanya. Kalau malu bertanya, sesat jalan plak kan.

Finally, sampai juga ke rumah Sepul. Wahh...orang dah ramai ketika itu. Kami sampai lambat gak lebih kurang pukul 2 petang. Ketika kami sampai tu pengantin sudah pun selesai makan beradap. Alaaa...tak dapat nak amik gambar pengantin ketika tu.

Sampai aje kami terus masuk ke rumah pengantin coz nak jumpa pengantin dulu...saje nak tengok reaction dia. Masa tu pengantin sedang sakan bergambar dengan family. Masa tu tak silap aku, Sepul nampak Maksu dulu...yang dok sibuk snap sana sini. "Ehhh..maksuu.....terharunya!!"... pastu barulah dia nampak kami yang lain. Bergenang air mata Sepul ketika itu apabila tengok kami yang jauh di KL dan Maksu yang lagi jauhhh di JB akhirnya sampai jua ke Perlis. Yang buat pengantin terkejut sebab kami tak bagi tau dia nak mai. Song coverline bgtau Sepul kami tak dapat datang coz jauh sangat dan ada yang tak dapat cuti. Dia pun faham. Actually, itu bukan alasannya. Yang penting kami nak sama-sama gembira dapat hadir meraikan hari penting dalam hidup Sepul and Nita. We all pun dah tambah close and why not we spent time kejap mai Perlis. Sambil tu dapatlah kita jalan-jalan ke Hadyai. Betul tak Song?? Huhuhu.....

Kalau nak tau camana kami boleh sampai gak ke sini...hmmm macam-macam hal gak berlaku yang hampir-hampir membuatkan trip ini tidak jadi. Finally, jadi juga. Yang betul-betul confirm boleh datang ialah aku dan Song. Yang lain semua macam 50-50 aje. Last minute barulah confirm yang lain dapat menghadirkan diri. And this trip was fun actually. Trip pertama kami berkumpul sesama blogger. Alhamdulillah everything going so smooth and sangat santai.



jom makan....

kami semua di depan rumah pengantin...

from left : Song, Sepul, Nita and me.....

aku bersama pengantin baru yang sangat comel

Nita...you look so sweet on your wedding day....


biasalah....Sepul dengan aksi sengal nya.....

sepadan sangat...bagai pinang dibelah dua...



We spent here about one and half hours. After dah makan kekenyangan, kami pi jumpa pengantin borak-borak kejap dan sessi berposing bermula. Memang meriah dan sakan kami. Yang paling lawak ialan sampaikan Maksu di panggil oleh orang kampung yang nak bergambar dengan pengantin. Depa ingatkan Maksu ni wedding photographer..heheheh!!! Belasah ajelah Maksu...

Then, kami pun nak beredar pulang menuju Penang pulak. Suka tengok pengantin baru ni yang sangat sempoi dan sporting memberi pelbagai aksi untuk fotografi. Sepadan dan comel sangat!!! Selamat Pengantin Baru to both of you. Semoga berbahagia mengharungi alam berumahtangga.