Ads

Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

October 14, 2014

Honeymoon @ Port Dickson & Penang

Salam semua.
Maaflah yea....tak habis-habis dengan tajuk honeymoon. Yelah...sementara masih berdua ni kita kena spent time sekerap yang ada dengan pasangan kita. Nak jugak privacy berdua-duaan di tempat orang. Kami memang plan setiap bulan mesti bermalam di mana-mana hotel at least for one nite. Masa ni lah kami nak melakukan mcm2 aktiviti bersama seperti swimming, makan, berjalan-jalan dan shopping. 

Sempena majlis perkahwinan kami yang lepas, aku dapat hadiah perkahwinan dari seorang teman rapat masa belajar di UiTM dulu...lepas dah kerja pun masih rapat lagi. Dia bagi kami hadiah perkahwinan bermalam di Hotel Mayangsari Port Dickson. Terima kasih banyak2 kepada Rohaida dan suami di atas hadiah yang istimewa ini. Kami memang pergi pada hari weekday untuk mengelakkan orang ramai yg bersesak di PD. Best sangat sebab mandi pool takda orang hehehe......hanya kami berdua. Masa ni kami pergi sebelum bulan puasa.


ada 2 bilik dalam hotel ni.....

 bilik kami mengadap laut......nyenyak tidur dengan deruan ombak di pantai

 aktiviti wajib setiap kali stay di hotel. 

hotel ini banyak rangkaian hotel di luar negara.

 lepas bermandi-mandi kami berjalan di tepi pantai PD disaksikan lautan luas terbentang

 lepak jap tepi pantai sampai mengira pesawat di atas ....hehehe seronok jugak kira pesawat di awanan biru.


Lepas raya pulak kami plan nak makan angin di Penang. Kami nak merasa jalan-jalan cari makan yang sedap2 di sini. First time pergi Penang berdua. Sebelum tu singgah jap di Ipoh beraya di rumah mak sedara dan pak sedara. Then kami terus shoot ke Penang. Sampai sana dah petang. Terus kami cari hotel nak check-in dulu. Masa ni masih kenyang lagi...baiklah kami gi hotel dulu.

Kami memang sengaja cari hotel yang ada swimming pool...maklumlah berenang ialah aktiviti wajib laki bini ni. Sambil2 tu boleh membakar kalori. Kami stay di Hotel Georgetown City yang dulunya dipanggil Hotel Berjaya Penang. Rate satu malam termasuk breakfast ialah RM284.00. Cukuplah stay satu malam ajer.


 welcome to Penang

 view cantik...dapat tengok Gurney Drive dan laut.

 memang puashati sebab dapat katil king.

 petang tu kami keluar untuk mencari pasembor. Disebabkan kami memang nak ke Batu Feringgi.....so apa kata kita makan di Gurney Drive ajer. Total harga pasembor ini ialah RM22. Kami juga order laksa penang dan cendol.

 lepas kenyang...jom kita meronda di Hard Rock Cafe Penang pulak di Batu Feringgi. En suami nak beli tshirt di sini. Aku dah ada 2 tshirt....cukuplah. Ikut plan nak makan malam di sini...tapi dah kenyang mkn pasembor.

 seronoknya orang tu dah dapat tshirt Penang....siap tunjuk tangan mcm tu lagi.....Lepas tu plan kami nak jalan2 di Batu Feringgi. Tapi dah janji dengan seorang teman nak jumpa di Restoran Kapitan Gurney Drive pukul 10....so kita kena gerak dulu

 First time makan roti nan di cawangan Gurney Drive. Aku order nan dan tanduri tapi sedihnya ayam tanduri dah habis. So tukar makan dengan ayam beriani pulak. Oklah sedap jugak. Kenyang sangat kami malam tu. Jumpa Buzu dan Dzul di sini sambil berborak2.....


 esok pagi selepas breakfast aktiviti wajib kami ialah swimming. Pun takda orang di sini...kami berdua sahaja. Ohhh indahnya dan seronoknya.

 pool di sini terletak di tingkat atas......

 lepas check out....kami nak makan nasi kandar. Plan nak makan kat Kg Melayu tapi dah tutup pulak pada waktu tu. So tukar plan makan di Line Clear ajer. En suami kata dia tak pernah rasa di sini....jom kita tengok apa yg kami makan.

 tu dia....nasi kandar kami berdua. Kenyang yang amat kami masa ni. Plan asal nak gi tempat lain pulak sebelum meninggal kan Penang tapi disebabkan kami kekenyangan....kami terus balik. Husband masa ni dah ngantuk yang amat.....jomlah kita balik. Sampai KL pun kami masih kenyang...ishhhhh berhantu betul penangan nasi kandar ni. Lepas makan jadi lemah semacam....hehehe.

Alhamdulillah percutian yang singkat tapi tetap menggembirakan kami berdua. Sebulan sekali honeymoon mcm ni pun best....makin kita rapat dan mengenali pasangan masing2. Syukur pada Allah.

p/s - tak sabar nak honeymoon lagi next month.


May 21, 2013

Cousin's Wedding @ Penang & Ipoh


Salam semua.
Berjumpa kita lagi di dunia maya ini.
Pecah rekod tahun 2013...tak pernah blog aku bersawang mcm ni. Batasan kerja yg membuatkan aku jadi takda mood nak update blog. Lagipun takda cerita travel yg menarik nak share di sini. Dah lama sungguh aku tak pi travel. Entry kali ni pun pasal majlis wedding my cousin yg diadakan di Penang dan Ipoh. Pastu aku dah tak pi mana2. Terperap di Kuala Lumpur sibuk dengan tugasan yg tak pernah habis. Sampaikan aku selalu mengalami sakit kepala dan stress. Demi mencari rezeki...ku tabahkan hati.

Kami sekeluarga ke Penang pada bulan Mac yg lepas. Esoknya ialah majlis di rumah pengantin perempuan di Balik Pulau. So, sebaik kami sampai di Penang....jom kita singgah ke Kapilan Kling Tandoori. Niat di hati memang nak makan nasi beriani claypot. Hmmm....bila tengah lapar pekena nasi beriani memang tak pandang kiri dan kanan. Nyummm...nyummm sangat sedap uolssss. Rugilah sesapa yg mai Penang tak pekena nasi beriani di sini. Anda takkan menyesal.


kami sekeluarga pekena nasi beriani claypot. Tetiba aku ternampak my bro makan nasi kandar kat sini. Sampai ajer terus amik pinggan pilih lauk dan makan. Aku terpinga seketika. Ehhh...kenapa dia mkn nasi kandar di sini...bukan kita nak mkn nasi beriani claypot ke. Rupanya.....dia tak tau. hahahaha....lawaklah my bro ni. Kami mkn dgn lazatnya.....tp dia mkn terkial2 nak habiskan. Nasi kandar di sini tak sesedap di tempat lain di Penang. 

nasi beriani claypot dan nan tandoori di sini terbaik!!!!

bersabar my mum menunggu nasi beriani sampai

tadaaaaa....nasi beriani claypot yg sgt sedap. Habis kenyanggg...kami bergerak ke Batu Feringgi utk check-in di hotel. Maaf tak sempat nak snap gambar.....kemalasan sebenarnya. Malam pulak kami makan pasembor di Gurney Drive.....maaf again takda gambar huhuhu.

esok pagi kami check out hotel dan terus ke Balik Pulau ikut jalan yg berpusing2 tu...sampai kepala penaing nak termuntah. Fuhhhh mencabar betul. Majlis perkahwinan my cousin belah perempuan diadakan di sini.

tu dia pengantin yg sepadan bagai pinang dibelah dua. Tahniah to both or you....ami dan wani

cantik baju pengantin perempuan...hasil citarasa wanie sendiri

cinta sejati sejak zaman belajar di sekoleh menengah lagi. Akhirnya ke jinjang pelamin. Alhamdulillah jodoh mereka akhirnya.

with my family dan sanak saudara

tuan tanah bergambar dgn pengantin. Mana tau dapat berkat nanti. Doa-doakan lah yea. 

selesai majlis di rumah pengantin perempuan....kami pergi ke gerai Laksa Janggus yg popular itu. Padahal perut dah kenyang.....ahhhhh belasah ajerlah. Bila lagi nak pergi kannn. Katanya laksa di sini sedap. Bila ajer sampai ke tekak aku......apa?????? sedap ke???

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>



nak tau rasanya camana????


cer tengok muka model di atas. Rasanya laksa di sini memang umpphhhhhhh. Sehinggakan muka dia jadi mcm tu hahahahahaha. 

kami terus balik ke Ipoh pd hari yg sama. Tidur di rumah my auntie utk majlis pengantin lelaki pulak. tapi majlis di buat di dewan. Cantikkan hiasan pelamin di atas.

ni pulak hiasan meja makan pengantin. Aku dilantik oleh my uncle menjaga tetamu vip dan semasa pengantin berarak agar semuanya berjalan dgn lancar. Alhamdulillah semuanya suksess.

tetamu belum sampai.....hiasan di dalam dewan



sebelum masuk dewan...tetamu dijemput utk menurunkan ucapan kpd pengantin

pintu gerbang di hadapan pintu dewan

tetamu dari Singapore....my uncle and family

sanak saudara di meja gift utk tetamu......


Sekian...habis sudah. Lupa nak snap pic pengantin huhuhu...busy dengan tetamu. Petang tu jugak kami satu family balik ke KL....penat sungguh. Tapi tetap happy sebab dapat berjumpa sanak-saudara yg datang dari jauh. Tahniah to cousin Ami dan to Wanie welcome to our family.

Next entry aku nak citer pasal percutian aku sekejap di melaka. Balik hari ajer. Ok jumpaa lagi byeeeeeee.....


p/s - semoga impian dan harapan kita mendapat restu Insya Allah. Luv u........



April 4, 2013

Jalan-jalan & Wedding @ Penang


Salam kerinduan di angin lalu...hehehe.
Ok kali ni nak cerita pasal percutian aku di Penang yang berlangsung bulan satu tahun ini. Hahahaha lama dah ia berlaku. Mak sibuk lah nak update cepat2. Tu pun lepas habiskan trip Korea. Satu persatu kena habiskan. Maaf yea kalau citer ni dah basi.

Aku datang ke Penang tujuan utamanya untuk meraikan majlis perkahwinan my dear adik blogger yg terkenal ituewww...siapa lagi kalau bukan Azim Ashaary. Tahniah yea kerana telah selamat menjadi suami yg sah kepada isterinya. Di samping meraikan majlis perkahwinan Azim...di Penang ini juga kami teman-teman blogger berkumpul ramai-ramai. Lama dah tak berkumpul macam ni. Windu semua. Nak tahu siapakah mereka-mereka itu...jom tengok gambar-gambar ni.


aku bertolak dari KL pada pagi tu...terus ke Pearl Setia Country Club di mana majlis perkahwinan ini diadakan. Teman2 lain dah sampai awal. Aku datang dengan Nani...my beloved friend.

jom masuk ballroom....kami ikut rombongan pengantin lelaki. .

bersama temanku Nani. Ahkak berdua ni kelaparan gituewww sebab baru sampai dari KL. Kami datang berdua ajer. 

teman-teman yg hadir......Burn and Azuan


teman-teman ku juga... Qis & Nita

Umar tengah tidur....bila muzik berbunyi terus terjaga

tu dia pengantin baru kita......semoga berkekalan ke akhir hayat

Makanan yg dihidangkan sedap dan kami disediakan tempat duduk yg special oleh pihak pengantin...terima kasih byk2.


Dah habis majlis.....kami bergerak ke rumah Buzu pulak untuk solat dan menukar pakaian yg glamer itiewwww. Lepas tu....ke manakah kami???? Kami nak merasa makan di Padang Brown pulak. First time datang ke sini...macam2 makanan ada.


tak tau nak makan apa...aku order char kuew ajorrr

para jemaah yg hadir.....best sesekali berkumpul macam ni.


tu diaaa.....tetamu jauh dari Miri. Hai Nikli Nordin


Burn order pasemboq.....boleh tahan sedap...aummmmm


Malam tu barulah aku bergerak ke Batu Feringgi. Aku stay di sana ajer. Lepas mandi dan berehat sebentar kami keluar balik. Jumpa Burn, Qis dan Azuan semula untuk acara seterusnya. Apa lagi acara makan-makan ler hahaha. Kami turun ke bandar Penang semula untuk makan roti nan di Kapitan Keling. Memang aku mengidam sangat nak makan roti nan dan ayam tandoori di situ. Auummmm hingga menjilat jari ku. Maaf gambar takda lah hahahaha. Sakan makan hingga malas nak bergambar

Esok pagi nya ialah acara sarapan pagi di tepi pantai Batu Feringgi. Dah janji dengan Zaharah and family nak berkelah di sini. Belakang hotel kami ajer. Zaharah bawakkan nasi kandar Kg Melayu yg sedap ituewww. Kenyang giler tersandar di tepi pantai hahahaha. Memang best lah bercuti di Penang ni.....makanan memang meletoppp.

Sebelum balik KL...aku singgah di Pasar Chowrasta untuk membeli jeruk Pak Ali, laksa dan kueh mueh untuk dibawa balik. Tetiba aku mendapat jemputan makan lagi lepas tu. Siapakah yg nak belanja kami tu??? Ingat tak aku pernah ceritakan di blog ini mengenai seorg my blog reader dari Penang....aku dan teman-teman pernah ke rumahnya makan tengahari dan dia juga telah print my blog journal semasa aku ke Europe. Yesss......namanya En Madi. Dia message aku nak belanja makan mee udang. Alhamdulillah rezeki datang lagi. Memang murah rezeki aku di Penang ni. Terima kasih Zahrah and En Madi.


ini kedai makan mee udang di Sungai Dua

namanya Selera Sri Tambang

ada udang fresh yg pelbagai size. Mula2 kena pilih udang dulu.

ketam pun ada...tapi kami tak amik ketam pun

Taraaaaa dah siap. Mee udang yang sangat sedap. Memang kenyang giler masa ni. Risau camanalah aku nak drive balik KL hehehe.

Mee goreng udang pun ada order sekali


Lebih kurang pukul 5 petang aku bergerak balik ke KL. Sampai di KL malam jugak.Esoknya ahkak kena kerja uolsss. Walau camana pun aku tetap enjoy percutian di Penang ni. Enjoy makan sebenarnya hehehe. Ok....chowssss.


p/s - Welcome to my life Mr. H.....you are my everything. Siapakah H ituewww?????