Ads

April 19, 2011

UK Trip : Old Trafford Stadium, Manchester





Mood aku untuk berblogging tetiba ajer mcm malas semula. Ia mempengaruhi mood dalam jiwa aku. Kalau aku dalam berkeadaan sedih...automatik mood aku jadi mati untuk melakukan apa sahaja. Kalau mood aku happy senyum sampai ke telinga...memang rajin yg amat aku nak berblogging sampaikan tak sabar2 dibuatnya...hehehe. So, korang doakan semoga aku tidak bersedih lagi. Sure aku update blog selalu ahakssss :p


Ok sambung berblogging. Setelah melalui perjalanan yang mengambil masa 4 jam dari Edinburgh....kami singgah ke daerah Manchester terlebih dahulu. Lepas ni banyak lagi persinggahan kami tau. Disebabkan Old Trafford Stadium dibuka awal jam 10.30gi...kami menuju ke sini dahulu. Masa sampai ni belum dibuka lagi. Kami menuju ke tempat ini berpandukan kepada GPS dan bila kami sampai ajer....dah nampak stadium tu tetapi tak reti nak masuk entrance kat mana. Ghopanya kawan aku tu dah tersalah masuk lorong...hehehe. Berpusing-pusing kat sini ajer dah amik masa setengah jam. Awal pagi kereta tak banyak di jalan raya.


Terpegun seketika melihat stadium ini. Walaupun aku bukanlah fanatic fan kepada Manchester United tetapi aku mempunyai keinginan yang tinggi untuk singgah di sini. MU sebagai kelab bolasepak berprestij tinggi dan berdiri gah di persada kelab bolasepak ternama dunia....so amatlah rugi jika kita berada di sini dan tidak mengambil peluang yang ada untuk melihat stadium ini. Tak apa keluarkan duit sedikit untuk tour dalam stadium ini tetapi pengalaman yang ada sangat berharga dan akan dikenang sampai bila-bila. Tak dapat tengok MU match...dapat duduk dalam stadium pun jadi lahhh...kau hadoh??? hehehe. At least cukuplah sekali. Satu lagi...sajer nak bagi jeles kat adik-adik aku yg tiga orang tu....mereka adalah fanatic fan kepada MU.


Cuaca ketika kami sampai di MU ialah 8C...matahari terpacak tetapi sejuknya tidak tertahan. Ketika ini di England memang tak ada snow lagi dan menuju ke spring season but still sejuk. Bila cuaca terang nak mengambil gambar pun senang dan hasilnya nampak cantik. Masa di Edin hari tu cuaca sejuk dan mendung...sebab itu gambar aku agak malap sedikit and tidak seperti my pic kat Manchester ini...sangat cantik dan terang.



me @ Old Trafford Stadium



bersama lagenda pemain bolasepak MU


dua lelaki yg tengah2 tu ialah kawan-kawan aku....masa ini menunggu pintu untuk di buka...kami nak tengok merchandiser dulu


sampai ajer... cuba tengok mcm2 jenis bola ada



mengabadaikan kenangan di pintu depan MU store


amat mendukacitakan...harga adult jersey di sini sangat mahal hokay iaitu GBP45 (RM225). If membership dapat disc 10% sahaja. Kalau beli online dapat harga GBP30 (RM150) tetapi aku beli di kedai sukan lagi murah iaitu GBP25 (RM125). Sama ajer original hokay!!!!


kalau nak beli t-shirt MU pun banyak ada....still mahal


cenderahati MU melambak2 di sini.....aku beli stationary set for my nephew , keychain and FM MU.....


baju untuk infants and kids pun banyakkkk......


habis membeli...aku keluar dari store itu untuk mencari pintu masuk for stadium tour


tengok ni.....dorang display jersey pemain start dari dulu sampai sekrang...


Untuk memasuki stadium ini for stadium tour dikenakan bayaran sebanyak GBP13 (agak...dah tak ingat hehehe)




tadaaa.....wahhh terpegun seketika sebab cantik sangat....rumputnya gemuk kehijauan .....


sebab takda penonton masa ni...memang nampak sangat cantik





stadium ni sangat bersih dan bangku duduk pun nampak kelasssss.....





ni kat tunnel stadium....pun bersih dan mcm nak baring ajer kat situ..ahaksss



ni kat bilik salin pakaian player....dapat ler jugak aku pegang2 baju dorang tu dan duduk atas bangku tu ahaksss. Kebetulan masa aku datang tu....semalamnya memang ada game kat sini.


hari tu pic aku dgn jersey Rooney...skg dgn Giggs plakk....ahaksss


lorong di mana player keluar ke padang.....


sempat lah jugak aku pegang rumput depa ni.....walaupun ada halangan kat situ...heheheh


tour guide tu sibuk memberi penerangan tentang stadium ini...aku plak sakan bergambar hahahaha....





old trafford stadium





bukti aku jejakkan kaki di sini...kau hadoh??? hehehe jgn marah



Bye Old Trafford.....aku nak balik dahhh.....mekasih Rooney bagi aku pegang jersey dia dan duduk kat bangku dia tu...hehehe. 2 tahun lepas aku bergambar dgn Rooney kat Madame Tussauds...kali ni aku dapat pegang jersey dia plak...ahakssss...mana tau next time dapat peluk dia betul-betul...... oppssss over tauuuu!!!........ohhh Rooney ku !!!!!!







6 comments:

kasihredha said...

kalau anak2 akak baca blog leez ni , menangis diaorang. Mereka semua peminat setia MU...akak je tak minat bola...hihi

Diana Diane Teo said...

Hi! Another travel blog. Love it. I am following ur blog. I blog about travel too.

Azian Elias said...

wow...berpinar bijik mata masuk MU store tu..

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

hehehe....samalah mcm adik2 saja mmg peminat MU.....sajer kasi jeles sebenarnya..hehehe

Leez M. Saaid said...

Diana -

hi ..... thanks for dropping by..
feel free to visit my blog again and again.
will visiting yours .... :)

Leez M. Saaid said...

kak yan -

bukan ajer berpinar kak...nak pengsan pun ada heheheh ahakss