Ads

Showing posts with label England - Brighton. Show all posts
Showing posts with label England - Brighton. Show all posts

September 19, 2014

Day 4 : UK Honeymoon Trip - Crawley & Brighton


Salam semua.
Bersua kembali di alam maya.
Kali ini di hari keempat kami di bumi England. Cepatnya masa berlalu. Kejap jer dah hari keempat. Hanya 2 hari di kota London memanglah tak cukup. Rasa mcm tak puas nak meronda2 di kota London tu. Apa nak buat masa begitu cemburui kami berdua. Banyak lagi destinasi lain di bumi England ini kami nak lawat. So... Good Bye Kota London.

Pagi tu kami sambung lagi mengemas bag untuk check out hotel ini. Pada jm 11 pagi ada yang akan datang jemput kami. Destinasi kami seterusnya ialah ke West Sussex. Di sini terdapat sebuah pekan kecil yang sangat mendamaikan. Namanya pekan Crawley. Jarak dari hotel kami ke pekan ini mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Kenapa agaknya kami nak ke sana? Siapakah yang menjemput kami ke sana?


 Barang2 kami dah beranak-pinak. Boleh tahan jugak kami bershopping di London tu. Banyak brg2 utk family sebenarnya. 

 sambil menunggu kawan kami sampai...jom kita posing. Hotel ni memang klasik dan sangat tradisional. Aku suka.....

 Tepat jam 11 pagi....kawan kami sampai dengan menaiki kereta. Ingat tak aku ada cerita di awal entry day 1...bahawa percutian honeymoon kami ini merupakan hadiah perkahwinan dari seorang teman di sini. So, dia datang ambil kami di hotel ini dan dia kata nak bawa kami jalan2 di tepi pantai. Sebelum tu dia ajak kami berdua singgah ke rumah seorang lagi teman untuk makan tengehari terlebih dahulu. Habis makan.....dia suruh kami bersiap cepat. Bersiap untuk apa?? Hehehee.

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>


Tadaaaaaa.....my husband dengan baju melayu di tanah Kingdom.

perumahan ini terletak di pekan Crawley

nak jugakkkk melaram dengan baju pengantin tuuuuuuuuuuu.......hehehe

 dari Crawley kami menaiki kereta menuju ke sebuah tempat di tepi pantai....sangat terkenal dengan aktiviti kasino di sini. Kalau nak makan seafood or fish n chips sedap...juga di sini. Nama tempat ini ialah Brighton. Dari Crawley mengambil masa 45 minit untuk sampai ke pantai ini. 

 sama seperti London Eyes. 

sebenarnya tujuan kami pakai baju ni utk wedding outdoor photography. Tapi tak pakai cameraman professional pun. Sapa lagi yg jadi mangsa...kawan kami tu lah hehehe. Jom kita tengok hasilnya.

terlupa bawak kasut yg sesuai...maka pakailah kasut apa yg ada

apahal tetiba husbanku duduk atas batu tu hehehe.......

hehehe...tolong jangan muntah hijoooo........

gambar spontan....so teman kami main snap ajer 



newly wed....ketika ini iaitu 6 months ago.

Pantai di Brighton ni tak berapa mengancam.........lagi cantik pantai di Tganu

masa ni aku ditegur oleh seorang minah saleh....cantik baju dia kata...thank you madam!!!

untuk pengetahuan di pantai Brighton ni banyak pasangan gay memadu kasih...cuba tengok pic belah kanan terselit tu.

di sini juga terkenal dengan aktiviti kasino...

alamakkkk.......camana pic boleh terbalik cam ni.....dah banyak kali ubah...still the same. Belasah ajerlah.

tmpat ni juga agak happening dengan pelbagai aktiviti riadah. Kami tak sempat makan fish and chips di sini sebab baru ajer lepas makan nasi di rumah teman...masih kekenyangan.

kami balik dan singgah pekan Crawley....nak tengok apa benda yg boleh di shopping di sini. 

Masa ni dah nak senja.....cuaca makin sejuk. Pakai baju tipis macam tu memang mencengkam hingga ke tulang.




bandar ni sunyi ajer....tapi permandangan cantik. Sorry tak sempat nak snap pic lain sebab kami agak busy masa ni

Cuba tengok kasut tu hehehehe...belash ajerlah. Ahkak terlupa bawak kasut heel ler. 

Aku suka betul masuk kedai Poundland ni...sebabnya murah!!! Semua benda harganya GBP1 sahaja iaitu RM5.40. Aku borong biskut, coklat dan sempat beli syampu uolssss.....murah sangat harganya RM5.40 sebotol. Kat Msia mesti cecah RM18 utk saiz syampu yg aku beli tu. 

banyak shopping cik abe......siap berbaju melayu mcm beraya kannnnn

jom kita balik. Malam tu jugak kami bergerak ke Northampton dan bermalam di situ.


Next entry adalah kisah hari yg paling ditunggu2 oleh husband aku. Sampaikan tak boleh tidur malam sebab tak sabar menantikan hari esok. Apakah ia??? Tungguuuuuuuuuuu......

p/s - sedih bila dapat tahu kawan baik ada masalah rumahtangga.....semoga dia tabah.