Ads
September 7, 2015
1st Raya Makan-Makan 2015
January 31, 2012
Thanks To My Blog Readers......
p/s - trip ke Melaka belum update lagi...tungguuuu yea.
October 10, 2011
Day 2 - Penang Trip 2011 : Beraya Rumah Teman-Teman
Wehuuuu...bersambung lagi kisah di Penang. Panjang lagi nak habis pasal Penang trip ni coz terlalu banyak acara kami di sini. Pastu ada banyak jugak gambar-gambar lain yang masih pending selagi entry Penang belum habis. Gambar2 event aku pun melambak-lambak lagi. Wehhuuu...event aku tu masuk dalam ruangan Kesihatan Mingguan Malaysia semalam....i feel so excited. Thanks Allah.
Ok back to Penang trip. Pagi tu kami nak kena gerak awal sebabnya sangat banyak acara makan-makan kami pada hari tu. So, sementara nak menunggu Azim and Azuan sampai....kak ipar Zaharah dah masakkan untuk kami nasi impit dan lodeh. Sedap sangat akak ni masak. Walaupun aku tak berapa suka lodeh tetapi aku rasa jugak sikit...memang sedap!!!!
2 jejaka ini katanya nak jogging pagi tu...muahahah akhirnya angan2 mat jenin ajor. Sebabnya tak larat nak bangun.....kepenatan dan kemengantukan.
Seterusnya ialah jemputan Hari Raya lagi daripada my blog reader, Madi. Rumah Madi terletak di area Taman Pauh Jaya. Sib baik Azim ada....so dia yang tunjukkan jalan nak ke mana-mana. Nak harap aku..huhhh jawabnya kena guna GPS ler. Senang ajer nak cari rumah Madi ni. Sebabnya hari semalamnya kami dah mai area ni...dekat dengan rumah Maz Daud yang semalam aku pi beraya open house tu.
January 13, 2011
Love All Of You ~~~ My Blog Readers
I LOVE BLOGGING ~~~
This is a special tribute to my blog readers.
Everyday kalau boleh aku akan pastikan i have something to write down here. Walaupun masa tu aku busy....walaupun masa tu aku penat....walaupun masa tu aku mengantuk...walaupun masa tu dah lewat malam dan juga walaupun masa tu aku takda mood nak berblogging.....aku gagahkan diri juga pastikan mesti luangkan masa kejap untuk update blog ini. Kalau weekend memang aku jarang sekali update coz aku tau kebanyakan blog readers semua pun busy dengan aktiviti hujung minggu. Takda masa nak baca...betul tak? Kalau time kerja...boleh curi masa bukak blog kat opis...kannnn!!!! :) hehehe.
Aku tak nak nanti pembaca blog aku susah payah bukak blog aku...tapi nan ado!! So, seboleh mungkin aku mesti nak update walaupun hanya coretan ringkas...asalkan update !!! Kenapa aku buat semua ini? Sebab nak kejar duit buat iklan???.....No!! its not the answer. Iklan tu semua sampingan ajer sajer suka-suka. Jawapannya ialah...sebab aku sayang anda semua pembaca blog ini. Anda semualah pemberi semangat untuk aku terus berblogging di dunia maya ini. Segala pujian, segala teguran, segala ucapan dan segala comment yg anda hantar kepada empunya blog ini....amat-amatlah aku hargai dan sangat berterima kasih. Tak tau nak balas camana. Ada yg hantar message kat shoutbox, ada yang hantar message kat email, ada yg hantar message melalui sms dan tidak lupa yg paling ramai hantar message ke Facebook. Terima kasih banyak-banyak semua. Terharu plak rasanya. Rasa mcm dah kenal lama dan rasa nak kenal dengan anda semua dengan lebih dekat lagi. You're welcome!!! Tidak lupa juga ada yg nak berkenalan lebih rapat lg dengan aku... baik perempuan mahupun lelaki. Yang lelaki plak ada jugak yang nak tackle. Heheheh...kadang-kadang nak gelak pun ada. Rasa macam artis pulak kan. Cehh!!!
Kalau korang nak tegur aku...jangan segan-segan tau atau terjumpa aku kat mana-mana jgn segan menegur....aku sangat hargai. Dan kalau ada yg rasa nak date dgn aku borak-borak pasal travelling...hehehe....boleh ajer tapi kena buat appointment dulu. Bila dah kenal ramai kawan-kawan kat dunia maya ni macam nak buat satu gathering khas untuk pembaca blog aku ini. Insya Alah one fine day kalau ada rezeki nanti. Travelling Blog Gathering!!
p/s - Aku tidak mengejar glamour tetapi aku mengejar kebahagian dalam hidup.