Ads
September 7, 2015
1st Raya Makan-Makan 2015
April 4, 2013
Jalan-jalan & Wedding @ Penang
p/s - Welcome to my life Mr. H.....you are my everything. Siapakah H ituewww?????
October 17, 2011
Hari Raya With Friends Part 3
Alhamdulillah dah habis citer Penang. Sambung balik citer raya..hehehe. Dah sebulan Syawal habis tapi citer raya aku tak habis-habis lagi. Tahun ni memang aku sakan beraya dan meriah dengan jemputan open house. Terima kasih pada rakan-rakan yang mengingati diriku dan kesudian menjemputku beraya ke rumah korang semua.
Kali ni aku nak citer pasal beraya di rumah Pak Azuan. Mesti korang terfikir kenapa aku panggil dia Pak Azuan....sebabnya dia ni dulu pernah duk Jakarta selama 3 tahun. So nama Pak tu mcm dah sebati dengan diri dia....secocok orang Indon kata...ahaksss. Jangan marah hah pak!!!!
Kami berempat termasuk aku, Azim dan Zaharah pi beraya umah Pak Azuan ni. Ada lagi 2-3 orang yang dia jemput tapi semua ada hal pada hari tu. Kebetulan juga Azim turun KL sebab dia masuk KL Marathon pada esok harinya. Korang yang baca blog aku ni....mesti terpikir balik2 muka dorang ni dalam blog aku...hehehe. Apa nak buek dorang bertiga nilah yang setia bersamaku ke mana saja aku pergi. Ahaksssss.......
Jom kite tengok apa yang Pak Azuan jamu kami pada hari tu. Makanan malam tu sedap-sedap uolsssssss. Mak ajuan yang masak...
kami tetamu sebelum menikmati juadah...tuan rumah tukang snap gambar
Jemputan beraya yang seterusnya ialah di rumah Qis/Burn. Disebabkan aku ada hal pada tengahari tu di Banting...so aku sampai agak lambat sikit. Jangan tak tahu......Azim dan Azuan pun ada sama waktu tu.....biasalah dorang tu asik nak mengekor aku jerrkkk. Hahahah...kena lagi sebijik. Taklah....dorang pun dapat jemputan juga.
Jemputan ini pula ialah daripada ahkak kesayangan ku Kak Rose. Sebenarnya masa ni bulan Syawal dah habis pun....tapi niat dia ialah nak menjamu kawan-kawan untuk majlis harijadi puterinya sekali. Oklah tu....two in one. Kak Rose masak mcm2 uolssss......memang tak larat aku nak makan...sebab banyak sangat makanannya. Yang paling aku tabik spring ialah...semua tu dia masak sendiri. Aku ulang sekali lagi....dia masak sendiri uolssss!!!!
--------------------------------------------------------------------
Selepas beraya di rumah Kak Rose, aku ada lagi satu jemputan di Shah Alam. Kali ni jemputan daripada teman blogger Kak Yan. This was my 2nd time jumpa dengan Kak Yan. Masa 1st time jumpa...dia datang beraya ke rumah ku. Aku dah biasa gak area Shah Alam ni...so takda masalah nak cari rumah Kak Yan. Besar dan cantik rumah dia.
Aku nama ajer blogger tapi tak semuanya aku kenal. Ada beberapa orang blogger yang aku jumpa malam tu di rumah Kak Yan...tapi aku tak kenal mereka. Dalam ramai-ramai tu aku kenal sorang ajer iaitu blogger Alin.
October 5, 2011
Day 1 - Penang Trip 2011 : Rumah Buzu & Open House Maz Daud
Wowww...makanan di atas nampak sedapkan? Bukan saja nampak sedap....tetapi memang rasanya sedap pun......(tetiba lapaq...oh no..no..no!!!)
Waduhhh blog dah lama tak update....barulah hari ni aku boleh bernafas dengan lancar. Lately ni aku busy tahap maksimum. Sampaikan nak pi makan pun tak dan. Seriuss dah turun 3 kg....huhuhu. Aku busy handle event Cabaran Sihat tu lah. Alhamdulillah launching ceremony dah lepas...great job Kevin bgtau...hehehehe. After this kena concentrate weekly activity plak....every Saturday kena kerja tau. Fitness, jungle trekking, futsal, amazing race, water rafting here i come.........
oh yea...lupa nak wish selamat datang kepada my new blog reader @ stalker yang berada di Brisbane, Skudai, Melaka dan Nilai. Alhamdulillah anda semua telah menaikkan lagi traffic blog ini ke angka yang sangat2 tidak ku jangka (walaupun dah seminggu x update blog). Alang2 korang dah masuk blog ni....sila2 lah click kat iklan2 tu yea. At least boleh jugak menambah2 kan lagi my ads revenue....boleh jugak tambah income nak pi jalan2 obersea...ahakssss. Kau mampu??
Tukar topikkk...jom kita citer pasal trip ke penang ni lagi. Masih lagi di hari pertama kami di sini. Lepas ajer solat Jumaat....kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke rumah Buzu yang juga my blogger friend. Dia bekerja di Kuala Kubu Baru, Selangor dan kebetulan juga Buzu balik kampung di Penang sebab nak uruskan persiapan weddingnya tak lama lagi. Rumah Buzu terletak di kawasan Gelugur. Nak harap aku tahu bab2 jalan di Penang....ohhh tidakkk. Sib baik ada orang Penang dan org Ganu dalam keta ni yang pandai jalan. Dah sampai di Gelugur tapi berpusing2 jugak kami nak cari rumah dia....tapi akhirnya sampai jugak...Alhamdulillah.
Nak tahu tak apa yang Buzu and family menjamu kami ketika tu? Jommmm tengok gambar makanan di bawah. Kami telah dijamu dengan nasi tomato dan lauk pauk yang sedap. Fuhhhh....makanan yang sangat sedappp...dimasak oleh tok Buzu.
ayam masak tomato...pun sedap